Saturday 25 February 2023

Best ke Community Shaklee? 9 Sebab.

Saya sebenarnya seorang pengguna Shaklee yang sudah bertahun-tahun lamanya. Mana taknya, saya mengenali Shaklee dari ibu bapa saya sendiri di waktu saya masih belasan tahun. Dari dulu saya perhatikan community Shaklee ni walaupon hanya dari sudut seorang pengguna sahaja, ia sangat menarik. Community yang terdiri dari perbagai generasi (tua & muda) malah pelbagai latar belakang yang berbeza. Community ini bila berjumpa sangatttt meriah.



Seperti sedia maklum Shaklee memang menawarkan 3C - Cash,Car & Convention. Tetapi disebalik itu terdapat perkara-perkara yang unik terhadap comminity ini.
Disini saya senaraikan 9 TOP reason kenapa Community Shaklee ini menarik.



1. Best Support systems 
 Dalam Shaklee ni, we all support each other. Walaupun berada dalam organisasi yang lain.. ( upline, downline, sideline) kami semua akan support each other. Dari group yang berbeza, akan saling memberi motivasi, sokongan, idea bagi menjayakan misi dan target kita. 

2. Product guide walau hanya consumer saja
Bagi seorang pengedar Shaklee, sudah menjadi tanggungjawap untuk menyampaikan segala info berkaitan shaklee kepada consumer tanpa ada apa-apa selindung. Walau bagaimanapun, sebagai consumer mereka juga boleh mendapatkan segala maklumat-maklumat terkini terus dari company melalui laman web shaklee dan yang terbaru shakleeToday. Maklumat dari sudut business, product guide, malah nota dari nutrision juga. 

3. Training offline & Online
Masih ingat lagi dalam ingatkan saya sewaktu masih student. Setiap hari Selasa, pukul 8.30 mak ,ayah saya akan bawa saya & adik ke kelas Shaklee secara Offline di branch Wangsa Maju ketika itu. Dizaman itu masih belum lagi dunia cyber.. masing-masing datang bersama buku nota, kerusi penuh singgah keluar kedai semata-mata untuk menuntut ilmu. Meriahhhhh..
Tapi sekarang zaman teknologi, walau dimana anda berada diseluruh Malaysia malah dunia boleh mengikuti kelas Online yang dianjurkan oleh Shaklee, upline even dari organisasi/group lain. Mudahkan?

4. Anyone can do this business.
Business Shaklee tidak memerlukan modal. Ini yang memudahkan lagi business ini dilakukan, dengan hanya bermodalkan yuran keahlian. Apabila anda sudah merasakan keberkesanan product shaklee ini, percaya la it speak for itself. Tak kira anda seorang pelajar, jurutera, manager, suri rumah semuanya berjaya menjalani business ini. Berjanjikan cita-cita & impian anda pasti berjaya.

5. Anytime and anywhere. Mobile business.
Shaklee, ia tidak mempunyai limitasi. Di mana sahaja anda berada, business Shaklee masih boleh dilakukan. Pergi holiday kemana sahaja, business tetap On ya. Nak pindah rumah ke, nak duduk kampung 3-4 bulann pon takde masalah. Tak terjejas pon business kita. 

6. Belajar dgn doktors and saintis and nutritionis.
Yang ini pon best sebab community Shaklee banyak memberi pendedahan tentang nutrisi dalam badan kita. Kelas nutrisi ini pon bukan sebarang orang yang beri, hanya nutrisionist dan juga pihak ketiga yang mempunyai kelayakkan dalam bidang perubatan dan nutrisi sahaja. Kelas-kelas sebegini betul-betul membuka mata ya.


7. Dual rewards. : Can earn income and healthy
Ini pon best juga ni, serampang 2 mata. Community shaklee kebanyakkannya; faktor utama mereka mencuba Shaklee ini bermula dari mencari vitamin sebagai alternative meds untuk mendapat kesihatan yang baik. Dan disitu kami mula "fall in love" dengan product Shaklee dan berkongsi kebaikkannya. Bila mula berkongsi, makanya kita dapat ganjaran wang dari Shaklee. So badan sihat , income pon terjana.. Best-Best.


8. Best reward system: cash, convention
😚 Yang ini ramai yang tahu Shaklee ada menjanjikan 3C - Cash, Convention &Car program apabila kita capai target-target yang dikehendaki. Shaklee menyediakan trip yang terbaik, pernah diluahkan dari tour guide yang bertugas (bukan dari Shaklee) mereka sendiri terkejut layanan dah tempat-tempat yang dibawa memang tidak semua travel agent akan bawa. Dah la bawa tempat-tempat best, duit belanja juga diberikan pada setiap peserta. Mau tak best. Malah Shaklee juga tidak menghalang kita untuk bawa sesiapa ahli keluarga kita dengan syarat memenuhi syarat-syarat ditetapkan.

9. Built legacy
Apabila kita telah berjaya mengkukuhkan organisasi kita dengan jayanya, kita pasti akan mempunyai impian untuk menjadikan kejayaan anda dapat dinikmati oleh ahli keluarga anda. Seperti Mr roger Barnett, CEO of Shaklee sendiri beliau meletakkan nama anak lelakinya di pintu pejabatnya dgn impian anaknya kan mewarisi legasinya. Ini lah keunikkan Shaklee, perniagaan anda sebenarnya boleh diwarisi oleh ahli keluarga anda.

Banyak lagi sebenarnya sebab-sebab BESTNYA COMMUNITY SHAKLEE ni..Business yang kids friendly, dapat berjumpa dengan ramai kenalan baru, dapat upgrade soft skills         
dan macam-macam lagi. 
Jomjoin saya dah rasakan sendiri betapa bestnya Community Shaklee ini.




#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#megablog


*These statement have not been evaluated by the FOOD and Drug Administration. These products are nit intended to diagnose, treat,cure or prevent any disease.. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan dinasihati untuk mendapatkan rawatan/konsultasi dari Doktor atau mana-mana pakar perubatan bertauliah.

Thursday 23 February 2023

MegaBlogShaklee1.0

Makcik memang Motor!!!

 
hahahha... tu la dia ayat suami saya beri pada saya bila dia dapat tahu saya berjaya menang hadiah untuk project #MegaBlogShaklee1.0
Siapa sangka kan... setelah lama saya tinggalkan dunia blog ni. Sekali dapat top 15 ya.😎
Alhamdulillah
Pengedar Shaklee Elmina
Bile Upline & Sideline duduk bersama brainstorming


Sebenarnya 2 minggu lepas saya ada mengikuti program MegablogShaklee yang dianjurkan oleh Master Norita & Master Salwa. Program ini hanya dijalankan selama 2 minggu dengan 2 tugasaan. Alhamdulillah banyak juga yang saya dapat belajar sepanjang program ini.

Terus terang saya sebenarnya bukan la seorang yang pakar IT ni..
Blog ini saya ingat hanya satu platform untuk menulis/ meluahkan kata-kata. MasyaAllah rupanya ilmu blog ini lebih dari itu. Dengan program ini saya dapat belajar benda-benda baru dalam blog ini, seperti keyword SEO, macam mana nak link dengan blogger-blogger lain. Cara penyampaian yang berkesan, malah even nak tukar templete, tambah footer semuanya saya baru belajar secara detail.πŸ˜‚πŸ˜‚
Mungkin disebabkan ini la kot, blog saya ni sebelom-sebelom ini bersawang jer.

Selain dari itu, saya tak sangka dalam project ini saya dapat merasakan a good vibration dengan peserta-peserta lain. Mana taknya, bukan saya kenal kesemua peserta-peserta yang ada, hanya segelintir sahaja yang saya kenal. Tetapi support & motivasi yang diberikan ... SubhanaALLah tak sangka sungguh.  Kami berkenalan tanpa rasa segan silu.. kejar - mengejar antara satu sama lain. Selagi tak siap blog tu .. rasa tak senang duduk la pendek kata. Rumah sepah kejab pon takpe la.. janji blog siap πŸ˜„. Settle post je back to housechores. #housewifeguilt

Pengedar Shaklee Elmina
Tetap semangat walaupon terpaksa memangku Faris

Disamping itu, program ini dapat membuka minda dan membuang perasaan malu saya untuk berkongsi. Selama ini, saya jarang share/menceritakan kisah hidup saya, hanya pendam pada diri sendiri dah keluarga. Tetapi kali ini ia membuka mata saya untuk berkongsi segala pengalaman saya yang ada. Seperti motivasi pagi di IKIM pagi tadi berkata, pengalaman & kemahiran seseorang haruslah di kongsi bersama sebagai pengajaran kepada orang lain. Betol kan?

Percaya atau tidak program ini juga mengajar kelemahan diri saya sebagai penulis. Kali terakhir buat karangan zaman sekolah kan? hahahahah Kelakar bila kenangkan teman- teman komen bila ada yang buat penulisan secara tesis, terlalu straight forward, terlalu santai ada juga isi tak kesampaian. Takper la, saya sendiri masih belajar benda ni. Sedikit sebanyak kita baiki kelemahan. 

Pada mula saya berniat untuk join program ini hanyalah sekadar untuk belajar ilmu blog dan mengisi masa lapang sahaja. Tak terniat langsung saya untuk menang apa-apa hadiah. Allah Maha Berkuasa..Alhamdulillah, saya tersenarai sebagai top 15 blog yang berjaya memenuhi criteria-criteria yang telah ditetapkan. Dan sebagai ganjaran, saya telah memenangi VIVIX (berharga RM 399) #happyfeetdance

Makcik memang VIvix!

Masih banyak lagi ilmu- ilmu blogging ni yang saya kena belajar. Bersyukur sangat program #MeagaBlogShaklee ini ada kesinambungannya..πŸ‘πŸ‘
Jutaan terima kasih tak terhingga saya pada Master Salwa & Master Norita yang banyak membimbing kami. Semoga ilmu yang diberi dapat menaikkan semula semangat para pengedar Shaklee diseluruh Malaysia. 
Jom kawan-kawan kita fighting untuk #MegaBlogShaklee2.0 
Never Give UP!


#MegaBlogShaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTrimph2023

*These statement have not been evaluated by the FOOD and Drug Administration. These products are nit intended to diagnose, treat,cure or prevent any disease.. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan dinasihati untuk mendapatkan rawatan/konsultasi dari Doktor atau mana-mana pakar perubatan bertauliah.

Tuesday 21 February 2023

Pengedar Shaklee Elmina: Harga ESP Shaklee

Assalamualaikum semua semoga dalam keadaan sihat sentiasa.

Petang tadi saya terbaca satu post PAMA di instagram yang amat mengejutkan saya.


MasyaAllah.. ngerikan?

Sebagai ibu yang telah melahirkan empat orang anak secara C-zer, saya sangat-sangat memahami bertapa siksanya. Anak pertama saya lahir pada tahun 2013 , 2016, 2018 dan 2020.. Yes.. i repeat 4 orang yang penghuni rahimku yang semuanya nak keluar ikut tingkap. 😁

Penjagaan C-zer memang bukan mudah. Lapisan kulit dan isi yang dipotong sebanyak 7 lapisan memang memerlukan penjagaan rapi. Di fasa-fasa awal pembedahan, kita perlu menjaga luka itu dengan rapi, selepas mandi perlu dipastikan bahawa luka dilap sehingga kering.Pemakaian bengkung yang boleh memegang kawasan luka supaya tidak  banyak bergerak serta banyak lagi. 

Bukan mudah ya, pengalaman saya sendiri luka pembedahan c-zer yang keempat la paling lambat sembuh, mungkin disebabkan disebabkan pembedahan itu di lakukan di tempat yang sama sebanyak 4 kali. Makanya, sel-sel kulit disitu juga sudah semakin nipis. Tapi alhamdulillah, dalam beberapa bulan luka saya pulih sepenuhnya

Apa tips saya? 
Alhamdulillah saya sendiri mengamalkan pemakanan yang sihat. Terus terang, sewaktu pantang, saya bukan la ikut pantang secara betul-betul. Pakai stoking tu selalunya bila tido jer..πŸ˜‚ orang cakap tak boleh makan telur bagai.. saya belasah je. Menu pantang wajib saya selalunya - Pizza Hut. #mommguilty.πŸ˜…

Tapi minumam wajib saya setiap hari adalah ESP!
Memang setiap hari saya akan minum ESP pagi dah malam sebelom tidur. Sebab utama saya minum ESP

1. Untuk pulihkan luka : ESP adalah sumber protein yang utama dah membantu untuk membina sel-sel yang telah rosak. 
2. Sebagai milk booster: Ya, protein yang ibu minum akan dialirkan menjadi susu. Dan susu yang terhasil juga penuh khasiat. Percayalah, kesemua anak saya alhamdulillah membesar dengan jayanya bersama  Set menyusu Shaklee ye. #ShakleeMomsClub😎




Oleh itu, bagi ibu-ibu diluar sana yang mengalami kesukaran luka C-zer lambat sembuh, jom kita iktiar bersama ESP.  Kebetulan  bulan ini juga Shaklee ada promosi untuk ESP.  Shaklee sekarang offer RM150 untuk 2 tong/canister bagi ahli baru. Murah sangat sebab Rm75 untuk satu, dimana harga asal RM 173.75. Sangat berbaloi.




Tambah pula  kita nak berpuasa dah sekarang kan. ESP ini juga sangat membantu ya, ibu mengandung, ibu menyusu..ibu sibuk anak ramai jugaπŸ˜‚

Jom dapatkan offer ini dengan hubungi saya. InsyaAllah anda juga boleh mendapatkan tips-tips lain.

#MegaBlogShaklee
 #Shakleetriumph2023 
#Shakleethrive2023,


*These statement have not been evaluated by the FOOD and Drug Administration. These products are nit intended to diagnose, treat,cure or prevent any disease.. Pengedar Shaklee Elmina berminat nak beli product Shaklee? Berminat nak JOIN AHLI Shaklee? Nak makan vitamin Shaklee secara PERCUMA? Email: ssarah.hussain@gmail.com. Call/Whatsapp:012-9188995.

Thursday 16 February 2023

Pengedar Shaklee Elmina: Get clean with BasicH


Assalamualaikum mommies

Sapa sini suka basuh toilet? berapa kerap kah kita cuci bilik air?
Saya faham.. Bilik air kan? Sapa je yang suke spend time dalam toilet. Walaupon memang wujud je sestengah manuasia yang boleh duduk dalam toilet like berejam kan? Ntah la business apa depa buat dlm tu. Bila keluar nak kata toilet berkilat tak jugak kan?πŸ˜… Tapi kebersihan harus dijaga ya.

Toilet kita ni hendaklah dicuci sekurang-kurangnya seminggu sekali. Tak susah pon, just take 15 minit je. Janji kita menggunakan perkakasan & pencuci yang bersesuaian. Sini saya nak share mengenai pencuci. Saya tahu ramai yang gunakan peluntur and pencuci lantai yang berada di pasaran. Tak salah pon, cuma ada bahayanya.πŸ˜‰

Tapi apa kata kita tukar pencuci yang diperbuat daripada bahan organic. Lebih selamat pada kulit, sistem penafasan & mata.
Saya ingin memperkenalkan Basic-H, our Get Clean product yang diperbuat daripada ramuan semulajadi yang diektract daripada minyak jagung dah minyak kelapa.

  Pengedar Shaklee Elmina;Get Clean

Saya sendiri sebenarnya akan mencuci bilik air 1-2 kali seminggu. Anak saya ni selalunya main di laman rumah tanpa pakai kasut. Bila masuk bilik air, masyaAllah punyala comot lantai bilik air saya. Memang sakit je mata kan bila tengok bilik air kotor.
Rumah saya ada 4 bilik air dah siapa la nak cuci? Saya juga la kan.. 😏#housewifelife.

Dan selalunya masa yang saya mencuci bilik air adalah bila saya mandikan anak-anak saya..😁
1. Jimat masa; sambil anak seronok dok main air, sambil cuci toilet.
2. Ajar anak-anak untuk jaga kebersihan bilik air ; dengan ajar mereka berus setiap inci bilik air.
3. Penggunaan BasicH tidak mengandungi bahan kimia yang boleh merosakkan/ketidakselesaan pada kulit, hidung, sistem pernafasan, malah mata.
(Kalau pakai peluntur tu memang kena buka pintu/tingkap kan? Sesak nafas ddk dalam toilet dgn baunya)
4. Satu pencuci boleh cuci dari lantai, dinding , toilet bowl, sinki, cermin dan juga gelas/kaca. Senang kan..
Pengedar Shaklee Elmina; Get Clean
Teach them young✌


Basic-H ini sebenarnya mempunyai 1001 kegunaan. Dia boleh mencuci segala permukaan dah menghapuskan segala kotoran degil. Ramuannya yang ultra pekat dimana untuk menggunakannya kita hanya perlu larutkan 1 liter air dgn 1-2 titik basic H.
Pengedar Shaklee Elmina; Get Clean
Banyak lagi kegunaan Basic-H ni.
1. Membersihkan fabric, nylon serta semua jenis fabric.
2. Menghapuskan segala kotoran yang degil.
3. Memudahkan anda mengiron pakaian (anti-static)
4. Sebagai pencuci kenderaan.
5. Sebagai pencuci binatang peliharaan.
6. Membersihkan barangan kulit.
7. Sebagai pencuci sayur & buah-buahan.
Dan macam-macam lagi.

Pencuci ini memang saya sarankan ada di setiap rumah.  Ianya sangat selamat dan juga menjimatkan. Mudah juga bagi suri rumah diluar sana dgn satu pencuci kita boleh mencuci satu rumah, tanpa risau boleh menghakiskan kulit. 
Jom hubungi sayahubungi saya dah dapatkan maklumat lanjut serta dapatkan promosi Get Clean bulan ini.                                                                                                                                
PENGEDAR SHAKLEE ELMINA; GET CLEAN
Promo Febuary2023 sangat berbaloi.


        
*These statement have not been evaluated by the FOOD and Drug Administration. These products are nit intended to diagnose, treat,cure or prevent any disease. Pengedar Shaklee Elmina berminat nak beli product Shaklee? Berminat nak JOIN AHLI Shaklee? Nak makan vitamin Shaklee secara PERCUMA? Email: ssarah.hussain@gmail.com. Call/Whatsapp:012-9188995.

Tuesday 14 February 2023

SET KURUS SHAKLEE

Semasa BLNC 2023, haritu terdapat speaker Micheal Tan Cun menceritakan pengalaman beliau menurunkan berat badannya 20kg dengan menggunakan set Hello New You disamping mengamalkan Intermittent Fasting.

Kebanyakkan kita, bila fikir nak turun kan berat badan/ kurus ni mesti fikir diet; kurang makan, jangan makan dengan kuantiti yang banyak, puasa dan sebagainya.
Tapi terfikirkah kita, bila kita kurang makan meaning badan kita juga kurang zat. Dari mana kita nak dapat zat jika bukan dari makanan kan? Dan dari apa yang kita makan, cukupkah zat-zat penting masuk dalam badan kita?

Di sini, Shaklee ada memperkenalkan set Hello New You atau dikenali Set Kurus Shaklee. Set ini mengadungi Cinch, Lechitin , Omega & Herb Lax.  
Set kurus shaklee

Cinch Shake merupakan minuman yang berasaskan protein berfungsi sebagai meal replacement sepanjang process menurunan  berat badan. Pengambilan Cinch akan memberikan rasa kenyang yang memuaskan. Istimewa Cinch Shake ini adalah kerana mengandungi Leucine. Fungsi leucine ini menjaga jisim otot dimana ia bertanggungjawap untuk pertumbuhan otot dan mengekalkan pertumbuhan otot tersebut. Biasakan kita lihat apabila seseorang itu menurunkan berat badan dari besar ke kurus, perut & lengan mula lembik (flabby). Inilah yang dikatakan otot badan juga hilang ketika process menurunkan berat badan ni. Tak bagus ye kengkawan. Otot sangat penting untuk badan kita.

Kedua, kita juga memerlukan nutrient yang membantu kita memecahkan lemak dalam badan. Inilah fungsi Lechitin. Lechitin diestrak dari kacang soya tanpa menggunakan pewarna, mengawet atau pemanis. Lechitin boleh mengemulsikan/ mengurai
 lemak- lemak kepada size yang lebih kecik supaya mudah disingkirkan. Ia jugak menecegah mengumpulan lemak dalam hati dah menyingkirkan tosin dari hati.



Selain dari Lechitin, Omega Guard juga memainkan peranan penting untuk penyingkiran lemak. Omega Guard ini memainkan peranan penting dalam pembakaran lemak yang termendap. Lemak-lemak degil dibawah kulit, dalam salur darah & lemak yang berkumpul disekeliling organ. Sebab itu, Lechitin & Omega Guard ni bila bergabung, ia lebih mempercepatkan penyingkiran lemak.Bukan itu sahaja fungsi Omega Guard  dalam set kurus shaklee ni, ia juga mengingkatkan paras hormon Leptin, iaitu sejenis hormon yang mengawal selera makan. Leptin ini juga meningkatkan metabolisme, sekali gus membantu pembakaran lemak dalam badan. Fungsi ketiga Omega ini juga adalah ia membantu meningkatkan kadar rangsangan sensitiviti insulin dalam badan. Apabila kadar insulin rendah, pembakaran lemak-lemak terkumpul akan berlaku untuk ditukarkan kepada tenaga. Ini yang kita mahukan.

Herb-lax pula merupkan campuran tumbuh-tumbuhan (herbs) semulajadi. Salah satu ramuannya adalah daun senna, yang merupakan salah satu bahan laksatif semulajadi. (Laksatif =Bertindak bagi mempercepatkan menyingkiran makanan tidak hadam dengan sempurna) . Bagaimana dia berfungsi? Dengan merangsang pergerakkan usus, maka ia dapat melancarkan process perkumuhan dengan sempurna. Ia juga dapat membuang najis-najis lama yang tersekat dan tersimpan lama dalam tubuh. Oleh itu, segala toxic dalam badan jugak dapat dibuang. Uniknya Herb-lax ini, dia bukan macam julab ya, makan terus nak cari toilet. Dia membersihkan usus secara lembut, dia hanya berkesan 8-12 jam setelah mengambilan. Sebab itu, Herb-lax ini disaran ambil sebelum tidur ya.
supaya lancar perjalanannya esok pagi.
 
Set Kurus Shaklee



Disini juga saya senaraikan Vivix dalam set kurus shaklee ini. Kenapa vivix ya?
Ha ini kerana saya katagori kan Vivix ni sebagai super-vitamin.😍 Vivix ini diperbuat daripada 4 jenis tumbuhan yang tinggi antioksidan iaitu muscadine grape, carrot purple, european elderberry dan japaness knotweed. Vivix ini mengandungi Polifenol yang sanagt membantu untuk mengurangkan berat badan. Polifenol ini membantu menaikan metabolisme, meningkatkan sensitiviti insulin dalam badan dan ia akan mengurangkan rasa craving. 

Secara keselurahan, Set Kurus Shaklee ini boleh membantu seseorang untuk menurunkan berat badan. Walaubagaimana pun, ia memerlukan komitmen and usaha yang kuat untuk mencapai berat badan yang diingini. Perlu diingatkan juga penjagaan makanan juga penting dengan mengamalkan konsep suku-suku-separuh.Selain itu juga senaman juga perlu diamalkan bagi mempercepatkan process penuruan berat badan.
Tanpa usaha, macam mana nak dapat hasil kan?

Berminat? Jom hubungi saya.


#MegaBlogShaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#PengedarShakleeElmina

*These statement have not been evaluated by the FOOD and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat,cure or prevent any disease. Pengedar Shaklee Elmina berminat nak beli product Shaklee? Berminat nak JOIN AHLI Shaklee? Nak makan vitamin Shaklee secara PERCUMA? Email: ssarah.hussain@gmail.com. Call/Whatsapp:012-9188995.

Monday 13 February 2023

BLNC 2023

PENGEDAR SHAKLEE ELMINA
BLNC 2023

Setiap kali Shaklee buat event, mommy cuba untuk free kan jadual untuk attend.Cepat booking dengan suami.. mintak izin tolong jaga anak-anak pulak. Bukan apa.. biasanya BLNC ni kanak-kanak tak dibenarkan masuk hall. Dia buat khas untuk leader to focus and menaikkan semangat tanpa ganguan anak kecik tetiba ckp nak gi toilet kan.. πŸ˜† Seperti tahun-tahun sebelom ini, BLNC(Business Leader National Convention) di adakan di Sunway Convention Center.
BLNC2023
#Shakleethrive 2023

BLNC ini dianjurkan khas bagi pengedar-pengedar Shaklee yang effective. Alhamdulillah, tahun ni akhirnya kami dapat berjumpa dengan all the leaders face-to face setelah tiga tahun sebelum ini BLNC hanya dijalankan secara online disebabkan oleh COVID.

Selalunya BLNC ni tujuan utamanya adalah perjumpaan diantara Shaklee management dengan semua leader. Pada tahun ini, kami dapat berjumpa dengan  President Shaklee Malaysia terbaru iaitu Mr Leong Kok Fong.

Disini juga management Shaklee akan update kami sebarang informasi-informasi terbaru. Dan yang paling ditunggu-tunggu oleh semua leader adalah dimana Shaklee akan reveal Convention bagi qualifier.
Untuk 2023/24.. Shaklee akan bawa naik Symphony of the Sea for national.. and Jepun for International.. Woww seronoknya.
BLNC2023
Thought by Dr Forrest.


Dan yang paling seronok gi event Shaklee ni, goodie bag dia kasi mesti the bomb! Tahun ni kami dapat Hero Kiddo, Set Shampoo Pro Sante & mini Set Clean dalam this cute hand made bag! Marvelous.
Seriously.. Shaklee kalau kasi hadiah mesti best!.
BLNC2023


Ya Allah, makbulkan la hajatku untuk qualify Conventions Shaklee 2023/24. 
Jom sertai saya dah berebut peluang untuk join Shaklee trip to Japan!!

XoxO

Pengedar Shaklee Elmina
Sarah Hussain.


*These statement have not been evaluated by the FOOD and Drug Administration. These products are nit intended to diagnose, treat,cure or prevent any disease.. Pengedar Shaklee Elmina berminat nak beli product Shaklee? Berminat nak JOIN AHLI Shaklee? Nak makan vitamin Shaklee secara PERCUMA? Email: ssarah.hussain@gmail.com. Call/Whatsapp:012-9188995.

Friday 10 February 2023

I.F BERSAMA SHAKLEE

PENGEDAR SHAKLEE ELMINA
I.F BERSAMA SHAKLEE

MasyaAllah, baca artikel mengenai Islamic Intermitten Fasting daripada pengalaman Farah sungguh menakjubkan. Bagi yang tertanya-tanya cerita ini, boleh baca di blog sebelom ini disini.

Menarikkan...

Intermittent Fasting ini memang sangat disyorkan. Oleh itu pihak Shaklee jugak ada mengeluarkan cadangan product yang boleh diamik ketika kita memlakukan IF ini.
Boleh dibaca disini.
I.F bersama Shaklee

I.F Bersama Shaklee

Ada beberapa product  Shaklee yang dapat membantu kita dalam menjayakan program IF ini. 

1. ESP :Merupakan protein yang berasaskan tumbuhan yang berkualiti. Dia memberikan tenaga yang berpanjangan untuk membina asas yang kukuk. Tiada kolestrol, tiada lemak trans, rendah GI. 

2. CINCH.: Cinch merupakan Meal Replacement. Di mana ia mengadungi 20 jenis nutrient yang lengkap serta mengandungi Leucine yang berfungsi mengekalkan lemak otot. 
  

Tidak perlu mengambil kedua-dua ESP dan Cinch secara serentak. Untuk ESP boleh diambil dipermulaan masa berbuka untuk mengembalikan tenaga. Manakala Cinch diminum ketika penutupan waktu makanan sebagai meal replacement.

2. CINCH TEA MIX: Ini merupakan campuran eksklusif teh putih, hijau & merah serta taurina. Dia dapat memberikan tenaga secara segera.Serta membantu meningkatkan metabolism badan 

4. VITA-LEA: Merupakan multivitamin..seperti yang pernah saya ceritakan sebelom ini, disinilah permulaan nama VITAMIN. Jom baca balik..

5. Vita -C: Bertindak sebagai anti-oksidan yang membantu mengurangkan risiko kerosakan sel dalam badan akibat daripada radikal bebas. Kadang-kadang bila kita buat IF, badan kita ada stress tanpa sedar. Jadi keperluan vita-C ini boleh membantu.

IF bersama shaklee ini sangat mudah. Ada banyak lagi product-product Shaklee yang boleh membantu.Bergantung kepada keperluan badan seseorang. Boleh ikuti juga pengalaman dari adik saya, Huda.



Disclaimer: Segala testi7moni/penulisan tentang product yang dikongso dilaman inibukan bertujuan utkmerawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.

Thursday 9 February 2023

TIPS INTERMITTENT FASTING


Intermittent Fasting skang ini merupakan salah satu trend yang famous. Kebanyakkan sekarang IF ini sangat disyorkan bukan sahaja untuk mengurangkan berat badan, tetapi ia juga untuk meningkatkan kadar kesihatan badan. 




Seperti yang kita ketahui, Intermittent Fasting ini sebenarnya adalah Corak permakanan seharian kita dengan berpuasa. Method yang paling dikenali adalah 16:8 method. Dimana 16 jam adalah dimana kita berpuasa dah 8 jam waktu diboleh makan. Dengar macam lama kan berpuasa? heheh.. jgn yg risau.. 16 berpuasa itu termasuk la waktu tidur. 

Walaupun dikatakan berpuasa.. tetapi bukanlah berpuasa seperti di bulan Ramadhan dimana tidak boleh makan dah minum. Intermittent Fasting ini kita masih boleh minum sepanjang masa. Walau bagaimanapun,
kita perlu ingat minuman yang diboleh ketika waktu puasa hanyalah minum yang tidak bergula!. Ya,Teh atau Kopi juga dibenarkan...cuma jangan lupa -- tanpa gula!πŸ‘ŒPendek kata minuman tanpa kalori.

Macam mana pula ketika waktu makan? apa pantang larangan IF  apabila waktu makan?
Ianya bergantung kepada niat asal kita melakukan Intermittent Fasting ini.. sekiranya kita berhajat untuk kuruskan badan, jauhilah makanan berkarbohidrat,berlemak, berminyak. Sekiranya melakukan IF untuk mendapatkan kesihatan yang optimun, makanya kurangkan la makanan berkalori tinggi dan jugak process food. 
Ingat ya.. 4-8 jam kita berpuasa, blood sugar dalam badan kita semakin menurun, jangan la bila berbuka kita melantak sehingga boleh menaikkan blood sugar dalam badan semula. Rugi yer..

Simple explaination dari sihatologi.



Dalam IF ini pasti ada cabaran dan pantang- larangnya.
1. GULA .. aka SUGAR
    Berhenti mengambil Gula bukan la sesuatu yang mudah. Sejak kecik kita sudah terbiasa dengan gula. Gula bukan sahaja dalam minuman.. tepati juga makanan.  Gula dalam makanan yg tinggi inilah yang membuat makanan itu berkatagori makanan yang tinggi kalori. InsyaAllah dengan Intermittent Fasting ini kita cuba untuk menahan diri dari mengambil gula yang tinggi. 

2. Menahan Diri dari lapar.
     Badan yang masih belum biasa dengan Intermittent Fasting ini pasti terasa sangat lapar.. Bukan apa, kita tahu kita bukanla berpuasa seperti di bulan ramadhan, tapi kita hanya berpuasa diwaktu tertentu..  Sebab itu, lakukan IF ini dengan menentukan sendiri waktu berpuasa bergantung pada aktiviti harian  dan juga ambil kesihatan kita sekira ada. Sekiranya seseorg itu masih breastfeeding juga perlu menentukan waktu & jam yang berbeza untuk berpuasa. Sekiranya belom masa untuk makan, cuba tahan diri ya ...

Itu kita dah bincangkan pasal cabaran.. tapi apa pula TIPS nya.

1. Skip BREAKFAST.
  Ini yang selalu dilakukan bagi mengamal Intermittent Fasting, sebab waktu tidur sebelum itu badan sudah dalam mode berpuasa. Hanya tambahkan beberapa jam lagi untuk complete waktu berpuasa.  ( contoh ; Last dinner pukul 7 ptg smlm hingga 7 am seterusnya sudah 12 jam; hanya bebaki 4 jam utk berpuasa). Makanya, breakfast hanya diambil sekali dgn waktu Lunch. 
Mudah kan.

2. Water
     Perbanyakkan minum air kosong. Tahukan anda kadang-kadang badan kita tak dapat mebezakan sama ada kita lapar atau dahaga. Sebab itu apa bila kita berasa lapar, cuba minum air kosong dahulu.. insyaAllah akan hilang rasa lapar. Dan bagi mereka yang sukar untuk minum air kosong, kita boleh minum infuse water ; air kosong + lemon atau air kosong + timun / mint yang akan menaik rasa & bau dlm minuman. Tapi ingat ya tanpa gula!

3. Sibukkan Diri
    Mind over body. Ni la kitakan diversion untuk badan kita. Apa kata cuba sibukkan otak kita dengan kerja-kerja yang tertangguh atau mungkin excersice juga dapat melupakan diri daripada fikir nak makan apa kan? Dan selesai excersice .. teguk la berbotol-botol air kosong. Confirm kenyang. πŸ˜…

4. Start Slow.
    Dont compare yourself with others. kalau ada kenalan yang juga melakukan IF ni, jangan banding-bandingkan waktu IF anda. Ingat ya semua bergantung pada badan masing-masing. Bagi yang nak mula mungkin boleh lakukan 12:12. Paling senang - 12 jam berpuasa, 12 jam makan . Cuba kawal diri dahulu dengan gula.. makanan berkarbohidrat dah sebagainya.


Mungkin banyak lagi info-info yang  berkaitan Intermittent Fasting Intermittent Fasting ni yang boleh kita belajar dan sesuaikan dengan diri kita. 




#MegaBlogShaklee #Shakleetriumph2023 #Shakleethrive2023
# Intermittent Fasting
#ESP #Cinch,


*These statement have not been evaluated by the FOOD and Drug Administration. These products are nit intended to diagnose, treat,cure or prevent any disease..  Pengedar Shaklee Elmina berminat nak beli product Shaklee? Berminat nak JOIN AHLI Shaklee? Nak makan vitamin Shaklee secara PERCUMA? Call/Whatsapp:012-9188995.

Wednesday 8 February 2023

Pengedar Shaklee Elmina | ReadyStock

Memang menjadi kebiasaan sekiraanya cuaca elok & selesai mkn malam saya akan membawa anak-anak ke taman permainan untuk anak-anak beriadah. Nak dijadikan cerita, semalam saya berjumpa dengan jiran baru.. dia bertanyakan sudah berapa lama saya menetap disini memandangkan perjiranan Elmina ni boleh dikatakan perjiraan baru yang masih membangun.

Sedar tak sedar, sudah hampir 2 tahun setengah saya berpindah ke Elmina. Saya masih ingat, sebelum ini saya Pengedar Shaklee di Taman Melawati sehingga anak sulung saya selesai kindy. Kami berpindah ke Elmina ini bagi memulakan persekolahan baru di tempat baru.

Alhamdulillah, aturan Allah sangat cantik. Kami berpindah pada akhir 2019, dah bila masuk tahun 2020, satu dunia di landa wabak Covid.
Alhamdulillah walaupon kami telan berhijrah, business Shaklee masih boleh berjalan dengan baik. Walau dimana kami berada, business Shaklee tetap kami teruskan.


Dikala itu, product shaklee yang menjadi permintaan ramai adalah Vit-C, B-Complex & Alfafa menjadi perhatian. Ketiga-tiga product in merupakan ready stock kami kerana ia juga merupakan product amalan harian kami sekeluarga. Masih terdapat banyak lagi product Shaklee yang bermutu boleh anda dapatkan sebagai permakanaan tambahan.

Pengedar Shaklee Elmina
Set basic Shaklee ReadyStock



Saya, Pengedar Shaklee Elmina| ReadyStock akan membantu anda dalam pemilihan product Shaklee yang tepat dengan mengambil kira faktor kesihatan dah alahan anda.
Oleh itu, saya galakkan anda menghubungi saya dahulu untuk mendapat rundingan serta konsultasi terlebih dahulu untuk mengelakkan diri anda dari memilih product yang salah.

Pengedar Shaklee Elmina
Training bersama Dr Redza di TH hotel, Kelana Jaya


Anda juga boleh menyertai saya dah berdaftar menjadi ahli Shaklee. Disini saya sertakan kelebihan menjadi ahli Shaklee
 
✅ Mendapat harga Ahli
✅ Boleh membuat belian dari Shaklee Online Shop 24/7 
✅ Promosi Ahli dari semasa ke semasa
✅ Rundingan dah Check kesihatan percuma di cawangan Shaklee
✅ Panduan permakanan dan cadangan product Shaklee
✅ Kami dapat bimbingan dari pakar Doctor dah Nutrisi yang bertauliah
✅ Serta pelbagai manfaat yang lain.

Pengedar Shaklee Elmina
Discussi bersama Shaklee member


Bagi warga Elmina atau yang berada dikawasan sekitar yang berminat menyertai saya sebagai Shaklee member. Boleh hubungi saya di talian 012-9188995 . Hubungi saya segera untuk maklumat lanjut.



*These statement have not been evaluated by the FOOD and Drug Administration. These products are nit intended to diagnose, treat,cure or prevent any disease.. Penghantaran product Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan. Pengedar Shaklee Melawati berminat nak beli product Shaklee? Berminat nak JOIN AHLI Shaklee? Nak makan vitamin Shaklee secara PERCUMA? Email: ssarah.hussain@gmail.com. Call/Whatsapp:012-9188995.

Tuesday 7 February 2023

Morning Routine Seorang SuriRumah

Setiap pagi lepas breakfast dah pekena kopi secawan.. saya akan ronda my lil garden .. seronok tengok pepagi bunga2 telang & japaness rose yang kembang mekar..  orang kata dengan tanaman ni kena cakap2 skit dengan pokok2 ni.. hahah ntah la betol tak. Saya takde la bercakap directly, takut kang anak saya kata mommy ni betol ke tidak kan? 😁 Normally time ni la saya zikir pagi saya sambil hadap pokok-pokok ciptaan Allah ni.

Selalu settle dah my lil garden, its time saya amik suppliment saya. Hal garden ni selalunya cukup la sejam untuk saya jarangkan pengambilan coffee dgn daily suppliment saya.

Suppliment pertama yg saya capai semestinya Vita-Lea.  Pagi tadi  saya buka sekali tengak dah nak abis , cepat pulak vitaLea ni nak abis detik hati sy.  Tapi tak dinafikan vitaLea ni mmg wajib saya amik sejak… sy sendiri pon tak ingat. Sejak belajar sekolah menengah, sejak berkerja, sejak bersalin anak pertama sehingga dah 4 orang Vita Lea mesti ada stock dirumah.

 Vitalea merupakan multivitamin yg lengkap dgn 28 essential nutrient.. complete untuk kesihatan yg optimum.  Vitalea ni ibarat macam baja untuk badan kita. Day to day seorang housewife memang penat… sedikit sebanyak Multivitamin byk berikan saya tenaga yg pack dr pagi smpi malam. Mmg dah jadi suatu kemestian utk amik multivitamin ni. Even kalau terlupa pepagi nak amik vitalea ni, tgh hari bile dah nak drain energy tu cepat- cepat makan. Alhamdulillah segar sampai ke ptg.

Sand Paper Flower
Sand paper Flower

Bunga Telang Rose
Bunga Telang Rose


Teringat pesan Dr Redza haritu, suppliment ni sebaiknya di amik waktu sihat.. bukan waktu dah sakit. Dah sakit kita carik ubat utk solve the problem.  Tapi.. suppliment  just like baja yang membantu sel-sel badan yang kurang setiap hari. So keep on baja our body😊


My Lil Garden
Bayam & Sawi yang saya telek setiap pagi☺


#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023


*These statement have not been evaluated by the FOOD and Drug Administration. These products are nit intended to diagnose, treat,cure or prevent any disease.. Penghantaran product Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan. Pengedar Shaklee Elmina berminat nak beli product Shaklee? Berminat nak JOIN AHLI Shaklee? Nak makan vitamin Shaklee secara PERCUMA? Email: ssarah.hussain@gmail.com. Call/Whatsapp:012-9188995.