Showing posts with label Motivation. Show all posts
Showing posts with label Motivation. Show all posts

Tuesday, 22 August 2023

Doa Perisai Utama Wanita


Doa merupakan perisai utama. Siapa la kita sebagai hamba Allah yang lemah dah tidak mempunyai apa-apa. Hanya DOA yang dipanjatkan sebagai perisai diri ..

Doa itu sendiri membawa maksud 'memohon, permintaan atau rayuan seseorang kepada Allah SWT yang dipohon dengan keiklasan, rendah hati dan bersungguh-sungguh terhadap permintaanya'.

Suatu masa dahulu, Neelofar mendedahkan doa yang menjadi amalannya. Dan doa tersebut menjadi viral dan famous. Mana tidahk, jika dia lihat kejayaan dan doa yang diamalkan memang setanding. Doa yang ringkas tetapi padat. Permintaan yang hanya Allah yang berkuasa sahaja mampu memberi.  



Doa merupakan permintaan setiap insan. Setiap insan juga mempunyai keinginan dan kemampuan yang berbeza. Hanya diri sendiri yang tahu apakah keinginan dan kemahuan kita. Tak salah sekiranya kita  memasukkan juga doa seperti yang dibaca oleh Neelofar dalam doa harian kita. Selagi doa yang dibaca itu doa yang baik.

Jadi berdoa lah kepada-Nya dan luahkan segala isi hati kita. Hanya Allah yang Maha mendengar dan memahami segalanya.

Sebagai seorang wanita mahupon seorang ibu, kita pasti mahukan yang terbaik untuk diri dan keluarga kita. Janganlah kita lupa untuk mendoakan keselamatan dan kesehateraan suami yang bertugas, titipkan doa juga untuk anak-anak yang membesar tak lupa juga doa untuk ibu bapa sama ada yang masih hidup mahupun telah meninggal. 

Disini suka saya nak kongsikan Doa Mustajab dan menjadi perisai kepada semua umat islam khususnya wanita. Ayat Kursi merupakan ayat 255 dari surah Al-Baqarah juga dikenali sebangai penghulu segala ayat Al-Quran. Ia mempunyai keistimewaan tersendiri seperti

1. Menghimpunkan nama-nama Allah swt yang indah
2. Ayat yang paling agung dalam Al Quran
3. Sebagai pendinding diri daripada syaitan
4. Bagi melindungi rumah dari syaitan 
5. Sebagai batu loncatan ke Syurga



Marilah kita jadikan ayat kursi ini sebahagian daripada doa-doa harian kita. Amat digalakkan untuk dijadikan doa di waktu pagi & petang, sebelom tidur mahupon sebelum memulakan perjalanan.

Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Berkuasa

xoxo
Sarah Hussain



*These statement have not been evaluated by the FOOD and Drug Administration. These products are nit intended to diagnose, treat,cure or prevent any disease.. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan dinasihati untuk mendapatkan rawatan/konsultasi dari Doktor atau mana-mana pakar perubatan bertauliah.

Monday, 26 June 2023

Amalan Gaya Hidup Sihat

Mengamalkan gaya hidup sihat merupakan kunci kepada kehidupan seseorang. Ia bermaksud keadaan keseluruhan kehidupan seseorang itu berada dalam keadaan yang sihat, cergas serta bebas dari perkara-perkara negative. Ia merupakan impian semua manusia yang waras. Ia merangkumi seluruh aspek seseorang, dari sudut fizikalnya, mental, emosi, perhubungan sosialanya serta persekitaran.

Sejauh manakah amalan gaya hidup kita sekarang ini? Pernahkah anda terfikir?
Jom kita cuba lihat amalan gaya hidup sihat dah perbaiki yang mana kurang.


AmalanGayaHidupSihat #1: Penjagaan Diri dari dalaman & Luaran.
Penjagaan diri ini bukan dari sudut dalaman/ permakanan sahaja, tetapi faktor luaran juga penting. Seperti mana yang ramai tahu, untuk gaya hidup sihat kita perlu menjaga pemakanan. Permakanan yang seimbang serta berkhasiat amatlah penting bagi menjamin kesihatan diri kita. 
Walaubagaimana pun, saya ingin menekankan  pada faktor luaran iaitu dari sudut persekitaran. Kebersihan tempat tinggal kita, merangkumi pada katil, bilik air serta persekitaran. Adakah anda menukar cadar tilam anda setiap minggu? Membasuh tuala mandi anda setiap 4hari? Semua ini memainkan peranan bagi gaya hidup yang sihat  Begitu juga kebersihan luaran pada badan kita sendiri, kebersihan kulit, gigi, rambut mahupun kuku. 


AmalanGayaHidupSihat #2: Tidur yang berkualiti.
 Tidur bagi sesetengah orang mungkin memerlukan 7-9 jam, tetapi ada juga yang hanya perlukan 4-5 jam sahaja. Tidur yang berkualiti adalah sangat penting bagi memastikan badan anda 'recharged'. Tidur yang berkualiti dengan erti kata lain adalah 'Deep Sleep'. Persoalannya berapa lama kita boleh perolehi DeepSleep dalam semalam. Zaman sekarang ramai yang mempunyai smartwatch, cuba dan lihat berapa jangka masa DeepSleep kita semalamam. 
Deep sleep ini sangat penting. Tak kira berapa lama atau singkat waktu tidur anda, sekiranya anda dapat memperolehi deep sleep yang diperlukan  anda pasti dapat recharged badan anda apabila bangun.
 

AmalanGayaHidupSihat #3: Tangani Stress
Pada zaman sekarang memang tak dapat lari dari stress. Jangan kata orang dewasa sahaja yang stress, anak-anak kecil pon tak lari dari stress. Ia menjadi lumrah kehidupan. Walaubagaimana pun, persoalannya adalah bagaimana anda menangani stress?
Ada yang suka ke gym apabila stress, ada yang suka mengadu pada kawan rapat/ibubapa, ada yang melepaskan stressnya dengan melukis atau menulis.Malah ramai sahaja yang mencari makanan sebagai mengatasi stress. 
 Apa pun stress perlu ditangani dengan baik. Sekiranya masalah anda tidak dapat diselesaikan sendiri, kongsikan dengan rakan rapat atau keluarga. Moga-moga pendapat mereka dapat membantu anda yang kebuntuhan. Dan sekiranya masih kebuntuhan, jangan sesekali kita lupa untuk minta petunjuk dan bantuan dari Allah yang Maha Esa.




AmalanGayaHidupSihat #4: Lakukan Senaman
Senaman memang tidak dapat dipisahkan dalam mencapaikan kehidupan yang sihat. 
Dengan menjaga pemakanan dan melakukan aktiviti senaman, badan kita akan membakar kalori sekaligus ia dapat mengelakkan badan kira untuk mendapat masalah kesihatan. Senaman diperlukan bagi mengerakkan seluruh anggota badan kita. 
Amalan senaman yang diperlukan hanya selama 20-30 minit sehari, dan 3 kali seminggu. 

AmalanGayaHidupSihat #5: Lakukan Pemeriksaan Kesihatan.
Selalunya kita hanya akan pergi ke klinik/hospital apabila kita sudah jatuh sakit. Tetapi kita tidak sedar untuk kita mengetahui tubuh badan sendiri samaada dalam keadaan baik atau tidak kita perlu melakukan pemeriksaan kesihatan. Sekurang-kurangnya pemeriksaan ini perlu dilakukan setahun sekali. Dan sebaik-baiknya adalah 2 kali setahun.  Dari keputusan pemeriksaan ini kita akan lebih mengetahui keadaan tubuh badan kita dengan lebih baik. Kita juga boleh mengawal dan mengambil langkah selanjutnya sekiranya terdapat apa-apa masalah kesihatan sebelum terlewat.

Secara kesimpulananya, amalan gaya hidup sihat ini perlu dimulakan dengan diri sendiri. Kita perlu memupuk semangat untuk hidup dengan lebih sihat. Amalan ini bukan sahaja perlu diamalkan apabila dewasa, tetapi amat penting untuk dipupukan pada anak-anak kecil. Dengan gaya hidup yang sihat, insyaAllah urusan harian kita juga akan lebih teratur dah tersusun. Dari gaya hidup yang sihat la otak akan menjadi lebih cergas dan juga badan akan lebih bersemangat dah bertenaga.

Oleh itu, mulakan dengan perkara yang mudah seperti menetapkan waktu tidur.. berunsur-unsur kepada penjagaaan makanan disertai dengan jadual senanaman. InsyaAllah your on the right track untuk kehidupan yang lebih sihat.



So ... Dont Wait. Lets Start an healthy Lifestyle.



xoxo

Sarah Hussain
Pengedar Shaklee Elmina


#ShakleeTriumph2023
#ShakleeThrive2023
#ShakleeElmina




*These statement have not been evaluated by the FOOD and Drug Administration. These products are nit intended to diagnose, treat,cure or prevent any disease.. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan dinasihati untuk mendapatkan rawatan/konsultasi dari Doktor atau mana-mana pakar perubatan bertauliah.

Friday, 2 June 2023

Motivation: If you wanna be somebody




Teringat lagi waktu zaman-zaman belajar dahulu, saya suka dengarkan Lagu dari cerita SisterAct2 sebagai motivasi saya .


 Dalam kan maksudnya? Waktu dulu bila mengantuk je dalam dewan kuliah mesti saya teringatkan kata-katanya. You better Wake Up and Pay attention! sambil ketuk-ketuk pen di tangan.😂  

Kadang-kadang kita perlukan motivasi diri untuk kita keep going. Kata-kata Motivasi boleh datang dari kata-kata, datang dari lagu mahupon perbuatan. So dont worry guys, ada masa kita akan down.. just keep going and remember kata-kata dari dr Dr Forrest C Shaklee😍