Tuesday 26 September 2023

Kepentingan dan Keunikkan Vitamin C Shaklee

Pengedar Shaklee Elmina



Vitamin C.. rata-rata memang kenal VitaminC  dengan buah-buah bercitrus seperti oren,lemon dan grapefruits kan. Vitamin C ini bukan terdapat hanya  pada  vitamins/ supplement tetapi juga terdapat dalam product-product kecantikan seperti serum, cream. Malah terdapat juga tambahan vitamin C dalam minum-minum jus. Tak hairan la juga bertapa banyakknya supplement-supplement Vitamic C dari pelbagai brand yang ada dipasaran.

Pernah tak terfikir, kenapa kena ada tambahan-tambahan Vitamin C ini dalam product kecantikan, supplement harian mahupon dalam minuman berjus?

JOM KENALI VITAMIN C

๐Ÿ‘Vitamin C merupakan vitamin yang larut dalam air. 
๐Ÿ‘Badan manusia tidak mampu menghasilkan ataupon menyimpan nutrien Vitamin C dalam. Ia hanya boleh didapati melalui pemakanan.
๐Ÿ‘Vitamin C memainkan pelbagai peranan dalam tubuh badan kita, promoting a good health for teeth, gusi, kulit , tulang dan juga yang utama fungsi vitaminC dalam badan sebagai Antioksida.

Vitamin C hanya boleh diambil melalui pemakanan? Saya memang pengemar buah-buahan dan sayur-sayuran.. Saya mesti ambil buah & sayur setiap hari. Cukup la kan untuk badan saya?
Soalan yang lazimkan kita dengar kan? 
 
Ketahuilah bahawa dalam menyediakan makanan, kandungan Vitamin C akan berubah-ubah ketika kita mencuci, memotong dan memasak. Ini kerana Vitamin C juga mudah musnah dalam suhu tertentu. Untuk mendapatkan 500mg vitaminC dalam pemakanan harian, kita perlu 7.5 biji orange, 6 cup brokolli dan juga 119 batang carrots. ๐Ÿ˜„
Belum pernah lagi saya jumpa orang yang sanggup makan sebanyak itu, plus kosnya juga bukan murah.

Vitamin C juga bersifat mudah larut dalam air. Badan kita hanya akan menyerap vitaminC yang diperlukan dalam badan. Sekiranya berlebihan, badan kita akan keluarkan vitaminC yang tak diperlukan melalui urin/ air kencing. Kajian medical menunjukkan bahawa pengambilan vitamin C secara berlebihan (Contohnya 3000mg/day) hanya membawa risiko 'low toxicity' dan tiada kesan sampingan lain. Walaubagaimana pun, KKM menyarankan pengambilan Vitamin C harian adalah 200mg.

Dan bagi mereka yang merokok, ada juga kajian menunjukkan bahawa perokok kebanyakkannya mempunyai nutrien vitamin C yang sangat rendah. Perokok memerlukan dose Vitamin C yang banyak untuk menjalani fungsi-fungsi badannya berbanding yang bukan perokok. Boleh juga kita lihat dari luaran kan, kulit perokok lebih mudah kusam dan mengalami masalah kulit lain seperti jerawat, kuku mudah pecah, antibody tidak berapa kuat dan lain-lain. 


Pengedar Shaklee Elmina

 Keunikkan Vitamin C Shaklee

Memang tidak dinafikan perlbagai supplement VitaminC yang ada dipasaran sekarang. Walaubagaimana pun, kita perlu bijak dalam memilih yang terbaik.
Dan Vitamin C Shaklee mempunyai keunikkan yang terbaik. 

1. Sustain Release System - Sustain Release (SR) ini bermaksud pelepasan secara perlahan-lahan. Shaklee berjaya menghasilkan vitamin C yang melepaskan vitamin C secara perlahan-lahan selama 5 jam. Kepentingannya adalah penjimatan dalam penyerapan vitaminC dalam badan itu sendiri. Vitamin C tidak akan membazir dan terbuang dengan begitu sahaja oleh badan.

2. Bioflavonoids - Menyokong fungsi dan meningkatkan penyerapan Vitamin C dalam tubuh badan. Disamping itu juga ia menlindungi vitamin C daripada teroksida/ rosak.

Pengedar Shaklee Elmina
Sapa sini makan oren bersama kulit dia untuk mendapatkan bioflavonoids??๐Ÿ˜…


3. Bahan Semua Jadi - Kepentingan VitaminC adalah untuk mendapatkan kesihatan yang optimum, menjadikan kulit lebih sihat serta meningkatkan daya pertahanan diri. Jadi  amatlah penting bagi memastikan sumber bahan itu juga bersih daripada bahan-bahan kimia seperti gula, bahan pengawet serta bahan kimia.

4. Lembut pada perut - Sesetengah orang memiliki perut yang sensitif. Dengan pengambilan citrus yang berlebihan mungkin menyebabkan ketidakselesaan. Vitamin C Shaklee telah difomulasikan supaya lembut pada perut dan tidak menyebabkan ketidak selesaan.

Pengedar Shaklee Elmina

 Vitamin C  sudah menjadi keperluan harian  manusia tak kira golongan. Bagi yang berusia dan perokok mereka memerlukan dos harian yang lebih tinggi. Ini kerana Vitamin C memainkan peranan yang penting bagi sel-sel badan kita berfungsi dengan baik. Keperluannya merangkumi dari sudut luaran ( kulit, kuku, rambut, mata) termasuk juga sudut dalaman seperti meningkatkan immune badan, membantu penghasilan collegen bagi otot badan, membantu penyerapan iron untuk menghasilkan sel darah merah dan banyak lagi fungsi vitamin C. Adalah sangat pentin untuk kita memastikan badan kita mendapat sumber Vitamin C dengan secukupnya.

Pengedar Shaklee ELmina


Bagi mereka yang inginkan maklumat lanjut mengenai Vitamin C Shaklee, boleh je terus hubungi saya.๐Ÿ˜Š


xoxo
Sarah Hussain
Pengedar Shaklee Elmina
SID :862703


*These statement have not been evaluated by the FOOD and Drug Administration. These products are nit intended to diagnose, treat,cure or prevent any disease.. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan dinasihati untuk mendapatkan rawatan/konsultasi dari Doktor atau mana-mana pakar perubatan bertauliah.

Wednesday 13 September 2023

Set Mengandung Shaklee feat. Embun


Hey whatsup mommies!!!

Cant wait to share you the good news to all Mommies out there..! Soooo Excited!

9.9 lepas shaklee baru sahaja lancarkan Set Mengandung Shaklee ;Prenatal & Post Natal.
Erti kata lain, set mengandung shaklee for mommy to be  dan juga yang sudah bersalin.

Saya too excited sebab set kali ini lain dari lain.. Kenapa la Shaklee lambat sangat nak keluarkan set ni?? WHY SHAKLEE WHYY????
Mommy now dah tutup kilang๐Ÿ˜…, walaubagaimana pun saya still  A PROUD SHAKLEE MAMA. And Alhamdulillah, keempat-empat my kids are ALL SHAKLEE BABIES!

PRESENTING... SHAKLEE MAMA feat. EMBUN by Tanamera!





BEST kan Set Mengandung Shaklee kali ini? Tak pernah lagi Shaklee jv dengan mana-mana company luar. However, setelah mengkaji latar belakang dan juga vision Tanamera yang 'Harmony with Nature' gitu (juga beberapa kriteria utama yang lain). Shaklee bersetuju untuk berkerjasama. Ia mengambil masa 2 tahun ya untuk Shaklee memberi kelulusan setelah mendapati segala standard dicapai. 
Sebab itu la lambat๐Ÿ˜

Macam sebelum ini saya ada cerita mengenai Set Mengadung Shaklee (Boleh klik sini) dengan lebih detail, tetapi kali ini saya nak cerita lebih kepada Embun, iaitu product yang di fomulasi oleh Tanamera khas untuk Shaklee. Yer tiada dipasaran luar ya. Hanya untuk Shaklee consumer sahaja.

Untuk Set Prenatal kali ini termasuk juga 2 product Embun iaitu Smooth tummy Oil & Relexing Magnesium Oil.

 Relaxing Magnesium Gel dia buat dari pati lavender, minyak halia bentong dan juga minyak magnesium. Ketiga-tiga bahan active ini sangat berguna untuk:

  • Relax muscle & nerve function.
  • Deep moisturization & optimal hydration.
  • Natural Linalool (in Lavender oil)- aroma & calming effect and reducing stress.
  • Gingerol - give scents that has the potential to reduce stress and anxiety.
Manakala Smooth Tummy Oil pula dibuat daripada minyak kelapa dara, squalane tebu dan halia bentung yang diformulasi khusus untuk regangan kulit.
  • Coconut oil :Lauric acid yang boost production collagen dan melembabkan kulit. Ia juga antioxidant yang mengurangkan inflamation.
  • Tebu : Natural Emolient yang melembabkan kulit disamping membaiki keanjalan kulit. Juga Non comedogenic yang tidak akan menyumbat liang-liang roma.
  • Ginger Oil : Kaya dengan antioxident yang melindungi kulit. Juga Anti bacterial and anti microbe yang mengawal masalah acne pada kulit dan infection.

Manakala untuk Post Natal set focus untuk ibu-ibu yang sudah bersalin dan juga menyusu. Set Menyusu juga pernah saya ceritakan di blog sebelum ini (klik sini untuk baca) . Pengambilan ESP, Alfafa, Ostematrix dan juga Omega Guard sangat-sangat membantu saya menjayakan penyusuan penuh ke semua anak saya. Alhamdulillah, kesihatan anak-anak juga baik seiring tumbesaran mereka.

Dengan ESP, alfafa, ostematrix serta Omega memberikan khasiat yang lengkap bagi ibu dan juga bayi. Embun untuk post natal pula memberikan kesihatan serta kesegaran dari sudut luaran buat ibu-ibu.

Feminine Herbal Wash dirumuskan untuk kesegaran dan keselesaan dikawasan sulit wanita terutamanya selepas bersalin. Ramuan utamanya
  • Tumeric : as a bioactive compound. Anti inflammation yang memulihkan kulit dan mengurangkan rasa sakit.Juga bersifat anti-microbial yang membantu mengurangkan masalah kegatalan pada kawasan sulit.
  • Manjakani: Tannic Acid as bioactive compound. Ia juga membantu mengetatkan dan keanjalan pada otot vagina. Dan juga antibacterial bagi membantu mempercepatkan  wound healing.
  • Bentong ginger yang membantu reduce pain, heal wound dan juga sebagai deodorizes and protect bateria dari menghasilkan bau yang kurang menyenangkan. 

Warming Herbal Bath merupakan mandian herba.Ramuan herbal yang terdiri daripada serai, tumeric, temulawak, cinnamon & bentong halia.

  • antiseptic & antibacteria
  • Anti inflamation; reduce redness, acne cause by bacteria, reduce musle stifness
  • Improve blood circulation
  • Melembabkan kulit disamping memberikan aroma yang menyenangkan






Best kan set prenatal & postnatal kali ini? Rasanya sesuai sangat dengan gaya dan kehidupan rakyat Malaysia, yang pentingkan penjagaan semasa mengandung & selepas bersalin secara tradisional. Dah yang penting juga set ini memberi penjagaan secara dalaman dengan memberi nutrisi yang lengkap buat ibu dan anak.

Bagi saya, set mengandung Shaklee memang memberikan effect yang cukup baik. Dari set mengandung, berpantang  dan menyusu saya semuanya bersama Shaklee. Anda boleh membaca tentang testimoni saya sendiri : Hamil dan Penyusuan Penuh .

Bagi wanita mengandung yang inginkan yang terbaik untuk diri dan anak yang dikandungkan. Jom cuba set prenatal & postnatal Shaklee ni. Bukan itu  sahaja, untuk product Wellness Shaklee ini juga tak  limit untuk ibu mengandung sahaja, juga wanita yang inginkan kesihatan yang baik Manakala Embun memberikan kesegaraan dari sudut luaran.



xoxo
Sarah Hussain
Pengedar Shaklee 
SID:862703



*These statement have not been evaluated by the FOOD and Drug Administration. These products are nit intended to diagnose, treat,cure or prevent any disease.. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan dinasihati untuk mendapatkan rawatan/konsultasi dari Doktor atau mana-mana pakar perubatan bertauliah.

Monday 11 September 2023

Keperluan Wanita Mengandung bagi Anak Pertama



Anda Hamil?? TAHNIAH....

Masih segar dalam ingatan ketika saya mengetahui saya hamil. Seronok tak terkata. Mana tidak, bila dapat tahu je ada 'lil hoooman' dalam perut, terus rasa mcm  geli-geli kan perut. Alhamdulillah, rezeki yang diberikan oleh Allah. Dan kita sebagai hambanya perlu la menjaga diri kita serta amanahnya.

Jadi, bagi mereka yang pertama kali mengandung, apakah yang perlu kita ketahui sepanjang 9 bulan perjalanan ini.

Keperluan wanita mengandung perlu tahu.


1. Pakaian yang selesa
Pakai pakaian yang selesa untuk rutin harian kita. Baju tidak terlalu ketat dan juga kain yang 'breathable' sangat penting. Ini kerana apabila berbadan dua ini, ada sesetengah ibu-ibu akan cepat berasa panas & berpeluh. Jadi kain yang breatable seperti cotton sangat membantu diri berasa selesa sepanjang hari. Selain pakaian, kasut juga penting. Kasut yang selesa berjalan dan tidak mengakibatkan kita jatuh itu sangat penting.

2. Nutrisi pemakanan yang lengkap
Apabila kita mengandung, keperluan zat-zat bagi badan sudah tidak sama. Zat-zat yang diperlukan adalah duakali ganda daripada biasa. Mana tidak, badan kita memerlukan zat- zat seperti protein, kalsium, asid folic, omega serta vitamin C  ketika badan kita menhasilkan janin dari sebesar 'biji benih' sehingga sebesar 'tembikai'.๐Ÿ˜‚

Nutrisi lengkap bagi wanita mengandung juga berbeza mengikut fasa/trismester. Bahayanya kekurangan zat ketika mengandung juga boleh memberi kesan kepada kandungan.

3. Hadiri kelas Antenatal
Teringat dulu, masa dalam labour room doctor suruh tarik nafas & hembus macam diajar dalam kelas antenatal.... saya terus panic, apa doc? Kelas apa tu? lain ke tarik nafas dari biasa?๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Itu la dia naifnya saya tak tahu pasal kelas antenatal. Kelas yang memberikan ilmu prenatal buat ibu & ayah supaya dibekalkan ilmu mengenai proces mengandung, process melahirkan anak, menjaga bayi juga menyusukan bayi. Bagi mereka yang mengandung anak pertama sangat disarankan untuk mengikuti kelas ini supaya lebih bersedia.

4. Kurangkan aktiviti berat.
Sudah tentu la bagi yang mengandung anak pertama, kita perlu berjaga-jaga ya. Kurangkan aktiviti berat serta aktiviti lasak. Aktiviti seperti mengangkat barang-barang berat, melompat trampoline, memanjat serta perkara-perkara yang boleh menyebabkan ibu jatuh dan mengakibatkan keguguran.

5. Jauhi makanan tidak masak (raw) & unpesturiezed susu.
Makanan yang tidak masak serta unpesturiezed susu mengandungi bateria atau parasit yang boleh menggangu pembesaran bayi. Lebih membahaya, ia boleh menyebabkan keguguran serta komplikasi yang lebih serious.

6. Exercise dan tidur mencukupi
Walaupun ibu-ibu sudah mengandung, bila dikatakan tidak melakukan aktiviti berat tetapi senaman diri tetap penting dan perlu dilakukan. Senaman-senaman ringan sambil duduk/baring masih boleh dilakukan bagi memastikan badan ibu tetap segar dan berat badan tidak naik mendadak. Exercise boleh membantu kita mengawal emosi serta hormon disamping mendapatkan tidur yang mencukupi.

7. Menyediakan plan/budget bersalin seawal mungkin
Yang ini mungkin ramai yang terlepas pandang, tapi menyediakan budget untuk bersalin sangat penting. Perbelanjaan untuk bersalin sangat besar jika ibu-ibu menginginkan bersalin di hospital yang selesa. Bukan itu sahaja, perlu juga sediakan duit lebih sekiranya perlu melahirkan anak secara C-zer (Emergency Czer). Bukan itu juga, jika dibuat dari awal, boleh juga kita sediakan perbelanjaan untuk confinement lady (Bidan) ketika pantang (Boleh baca dilink sini.)




Jom share apa lagi keperluan wanita mengandung anak pertama perlu kita tahu.๐Ÿ˜Ž



*These statement have not been evaluated by the FOOD and Drug Administration. These products are nit intended to diagnose, treat,cure or prevent any disease.. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan dinasihati untuk mendapatkan rawatan/konsultasi dari Doktor atau mana-mana pakar perubatan bertauliah.

Tuesday 22 August 2023

Doa Perisai Utama Wanita


Doa merupakan perisai utama. Siapa la kita sebagai hamba Allah yang lemah dah tidak mempunyai apa-apa. Hanya DOA yang dipanjatkan sebagai perisai diri ..

Doa itu sendiri membawa maksud 'memohon, permintaan atau rayuan seseorang kepada Allah SWT yang dipohon dengan keiklasan, rendah hati dan bersungguh-sungguh terhadap permintaanya'.

Suatu masa dahulu, Neelofar mendedahkan doa yang menjadi amalannya. Dan doa tersebut menjadi viral dan famous. Mana tidahk, jika dia lihat kejayaan dan doa yang diamalkan memang setanding. Doa yang ringkas tetapi padat. Permintaan yang hanya Allah yang berkuasa sahaja mampu memberi.  



Doa merupakan permintaan setiap insan. Setiap insan juga mempunyai keinginan dan kemampuan yang berbeza. Hanya diri sendiri yang tahu apakah keinginan dan kemahuan kita. Tak salah sekiranya kita  memasukkan juga doa seperti yang dibaca oleh Neelofar dalam doa harian kita. Selagi doa yang dibaca itu doa yang baik.

Jadi berdoa lah kepada-Nya dan luahkan segala isi hati kita. Hanya Allah yang Maha mendengar dan memahami segalanya.

Sebagai seorang wanita mahupon seorang ibu, kita pasti mahukan yang terbaik untuk diri dan keluarga kita. Janganlah kita lupa untuk mendoakan keselamatan dan kesehateraan suami yang bertugas, titipkan doa juga untuk anak-anak yang membesar tak lupa juga doa untuk ibu bapa sama ada yang masih hidup mahupun telah meninggal. 

Disini suka saya nak kongsikan Doa Mustajab dan menjadi perisai kepada semua umat islam khususnya wanita. Ayat Kursi merupakan ayat 255 dari surah Al-Baqarah juga dikenali sebangai penghulu segala ayat Al-Quran. Ia mempunyai keistimewaan tersendiri seperti

1. Menghimpunkan nama-nama Allah swt yang indah
2. Ayat yang paling agung dalam Al Quran
3. Sebagai pendinding diri daripada syaitan
4. Bagi melindungi rumah dari syaitan 
5. Sebagai batu loncatan ke Syurga



Marilah kita jadikan ayat kursi ini sebahagian daripada doa-doa harian kita. Amat digalakkan untuk dijadikan doa di waktu pagi & petang, sebelom tidur mahupon sebelum memulakan perjalanan.

Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Berkuasa

xoxo
Sarah Hussain



*These statement have not been evaluated by the FOOD and Drug Administration. These products are nit intended to diagnose, treat,cure or prevent any disease.. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan dinasihati untuk mendapatkan rawatan/konsultasi dari Doktor atau mana-mana pakar perubatan bertauliah.

Saturday 19 August 2023

Asas Vitamin Untuk Wanita

17 Ogos : HAPPY BIRTHDAY!!

Wow, selamat datang ke 4 series.๐Ÿ˜Ž Kalau dulu orang tanya umur birthday ke berapa.. malu-malu nak jawap kan. Tahun ni saya siap mintak lagi nak belon umur yang besar! 



Well, age is just a number! 
Betol kan? Number yang dikira sejak lahir sahaja. 

Apa yang penting? Sudah semestinya la kesihatan yang baik. Itu yang paling penting.
Zaman yang serba moden ini, kesihatan sangat mahal. Nak dapat pemakanan yang sihat juga bukan murah, tengok sahaja bahan-bahan oraganic berbeza sekali harganya. Arus moden yang banyak mengubah pembesaran tumbuh-tumbuhan serta haiwan ternakkan, semua ni memang agak sukar untuk kita elakkan. Semua ini kebanyakkan boleh merosakkan diri wanita dan selalunya akan kacau hormon-hormon kita.

Dan dari hormon yang terganggu la boleh menyebabkan banyak masalah wanita yang lain, seperti kulit bermasalah, period tak teratur, monopus di awal umur dan lain lagi.
Nampak remeh, tetapi kesannya agak berat.

Dua tahun lepas saya pernah diganggui oleh hormon yang tak stabil. Saya ingat lagi dikala umur 38, hormon saya sangat teruk. Akibat dari tu yang menyebabkan saya diserang eczema yang sangat teruk, period yang tidak terurus, moody, rambut gugur yang terus, senang stress dan sebagainya. Pelbagai cara saya cuba meredakan eczema yang teruk ditangan, tukar sabun badan , segala sabun yg saya sentuh, buat allergic test (result shown not allergic to any food) dan akhirnya saya buat hormon test. Dari sini saya cuba perbetulkan semua dengan mengambil nutrisi-nutrisi yang diperlukan. Nanti saya ceritakan result saya untuk blog akan datang ya.

Panjang pula mukhadimah kali ini๐Ÿ˜…, secara keseluruhannya kesihatan sangat penting tak kira la berapa umur kita ;30an, 40an ataupon 50an. Pemakanan yang seimbang, aktif bersukan, tidur yang mencukupi perlu kita amalkan. Dan bagi saya zamanyang serba moden ini, memang perlu untuk mengambil pemakanan tambahan (supplement).

JOM kita lihat vitamin apa yang wajib saya ambil untuk memastikan nutrisi dalam badan saya mencukupi.  4 - Vitamin untuk Wanita yang sangat saya recomend.

1. VITALIZE ini merupakan multivitamin yang sangat penting. Ini kerana ianya lengkap dengan 25 jenis nutrisi. Gaya hidup sekarang, dengan makanan harian yang boleh dikatakan asal kenyang je, saya pasti sukar untuk mendapat nutrisi yang lengkap. 




2. OMEGA GUARD merupakan Omega-3 yang sangat bagus untuk jantung. Dengan peningkatan umur, risiko untuk mendapat kolestrol yang tinggi, sakit jantung dan sakit sendi sangat tinggi. Selain itu juga Omega juga merupakan nutrien anti-radang. Radang yang dimaksudkan bukan sahaja keradangan yang kita lihat dari luaran (bengkak, gatal-gatal, etc) tetapi keradangan termasuk juga dalaman akibat dari kekurangkan tidur, stress, merokok serta pengambilan makanan ringan.





3. OSTEMATRIX merupakan Calcium yang lengkap dengan Magnesium. Bila kita sebut kalsium ni, memang sudah menjadi kewajipan bagi setiap wanita untuk mengambilnya. Tahukah anda, calcium dalam badan akan hilang bersama haid (period) setiap bulan. Bukan itu sahaja, bagi ibu yang menyusu juga akan kehilangan calcium dimana ia akan disalurkan kepada bayi melalui susu badan. Tak hairanlah kepada wanita perlu mengambil Calcium tambahan melalui pemakanan. 
Dan untuk mengambil Calcium, pastikan ianya lengkap dengan Magnesium bagi penyerapan calcium yang optimum dalam badan. Tanpa magnesium juga calcium sahaja tidak lengkap.





4. GLA atau dikenali sebagai Gamma Linolenic Acid merupakan nutrien yang sangat penting untuk HORMON penting wanita. GLA juga mengatur kitaran haid, meningkatkan kesuburan dan juga membantu dalam menangani menopos. Bukan itu sahaja ia juga bagus untuk kecantikan kulit dengan adanya vitamin E.




Keempat-empat vitamin untuk wanita ini merupakan vitamin yang basic dan lengkap untuk badan. Tak perlu tunggu sehingga kita berumur 30an atau 40 an untuk consume. Tetapi sangat disarahkan dari umur 20an lagi untuk kita melihat kesan yang positif terhadap tubuh badan kita. Teringat baru-baru ini Shaklee Convention di US, Shaklee ada menyatakan ' with Shaklee we can be 'AGELESS'๐Ÿ˜Ž. 

 
Anda rasa saya ada masa untuk pening kepala??๐Ÿ˜…


Kalau pening pon, perlu gagahkan jua demi menjaga keluarga kan. Lenguh badan, sakit kepala, demam selesema itu kadang-kadang tak boleh lari pon. Tetapi apa yang kita nak badan kita cepat recover. Betol kan? Tua ke Muda ke kita perlu menjaga kesihatan kita. 


So apa lagi, jom hubungi saya sekiranya anda perlukan bantuan.




xoxo,
Sarah Hussain
Pengedar Shaklee Elmina
SID:862703




*These statement have not been evaluated by the FOOD and Drug Administration. These products are nit intended to diagnose, treat,cure or prevent any disease.. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan dinasihati untuk mendapatkan rawatan/konsultasi dari Doktor atau mana-mana pakar perubatan bertauliah.

Tuesday 8 August 2023

Coenzyme Q10 (CoQ-10) : Kenapa ia penting untuk jantung


"Sarah, awak kena amik CoQ10 ni.. penting untuk jantung!"

Teringat lagi kisah lama, sewaktu kerja dengan Qatar Petroleum project..Project Manager saya tegur dan bercerita pasal CoQ10 bagus untuk jantung semua. Dalam hati fikir, "takpe la bos dah 40++ memang patut la amik coQ ni..PM lak tu sure la stress tinggi. Iols muda lagi yer".๐Ÿ˜‚ Bertapa naifnya saya ketika itu. Punya panjang lebar dia cerita, masuk telinga kanan keluar telinga kiri je.. yang saya ingat dia menekankan pasal coQ yang diambil dari extract mangosteen. Dalam hati iakan jer la...

Jadi apa itu CoQ10 ni??


Coenzyme Q10 (CoQ10) adalah nutrisi larut lemak (fat soluble nutrient ) yang wujud dalam SETIAP sel tubuh badan manusia.

Mitochondria merupakan ‘powerhouse’ bagi setiap sel. Untuk menjana tenaga, molekul makanan bersama coQ10 diperlukan bagi penghasilan tenaga sel (ATP).

Food Molecule+CoQ10= ENERGY




Apa kaitan CoQ10 dengan kesihatan jantung?




Jantung kita berdegup sebanyak 100,000 kali sehari..

Jantung merupakan organ yang berkerja berterusan tanpa henti - 24 jam tanpa henti. Jadi oto-otot jantung memerlukan tenaga yang banyak untuk mengepam  oksigen ke seluruh tubuh badan. Tak hairan la Mitochondria memang terdapat banyak pada jantung bagi menghasilkan tenaga yang berpanjangan. Tanpa tenaga yang mencukupi, badan akan cepat berasa letih, lesu dan cepat mengantuk. Untuk menjaminkan jantung berkerja dengan baik, coQ10 merupakan kunci kepada penghasilan tenaga bagi setiap sel.

Walaupun coQ10 ini dihasilkan secara natural dalam badan kita, tetapi semakin meningkat usia kita penghasilan coQ10 dalam badan juga semakin menurun. Bukan itu sahaja faktor kesihatan (terutama mereka yang menghidap penyakit kronik) serta pengambilan ubat sintetik seperti Statin (terdapat dalam ubat merendahkan kolestrol) juga merupakan faktor coQ10 dalam badan semakin menurun.

Actually coQ ini bukan sahaja untuk jantung.. dia merangkumi seluruh sel-sel dalam badan kita.




๐Ÿ˜Ž  Kalau ada rezeki saya jumpa boss lama tu..  boleh la saya  bagi tahu bahawa saya skang mengambil coQ10 juga! Dan coQ10 perlukan Resveratrol dan juga Tocopherols untuk memastikan coQ10 diserap secara baik dalam badan. 








Jom kita menjana tenaga sel-sel tubuh badan dengan coQ-Trol Plus.
Dapatkan coQ Trol Plus anda dengan klik link ini  Saya Nak coQ-Trol Plus



xoxo
Sarah Hussain
Pengedar Shaklee
Sid:862703











*These statement have not been evaluated by the FOOD and Drug Administration. These products are nit intended to diagnose, treat,cure or prevent any disease.. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan dinasihati untuk mendapatkan rawatan/konsultasi dari Doktor atau mana-mana pakar perubatan bertauliah.

Monday 7 August 2023

Vitamin E - Supplement Essential bagi Lelaki & Wanita





Apa itu Vitamin E?

Vitamin E atau nama lain Tocopherols merupakan vitamin yang larut lemak dan mengandungi antioksidan yang mampu melawan radikal bebas. Vitamin E juga merupakan vitamin yang tidak boleh dihasilkan oleh badan. Ia perlu diconsume dari segi pemakanan. 

Sumber makanan yang mengandungi Vitamin E adalah daripada sayur-sayuran berwarna hijau gelap, kekacang dan biji-bijran serta minyak sayuran. Contoh lain sumber vitamin E adalah seperti gandum, kacang soya, gandum, almond, 

Vitamin E merupkan nutrient yang penting juga bagi penglihatan, penghasilan benih (reproduction) serta kesihatan jantung, sel darah dan juga kulit.

Jadi apa terjadi sekiranya kita kekurangkan vitamin E? Kekurangan vitamin E boleh menyebabkan ganguan kepada sistem pertahanan tubuh, gangguan penglihatan sehingga boleh merosakkan saraf serta juga kulit akan lebih cepat berkedut.

Kekurangan Vitamin E


 Manfaat Vitamin E pada Lelaki & Wanita

1. Mengurangkan risiko penyakit jantung.

    Mempunyai tekanan darah yang tinggi serta tahap lipid darah yang tinggi seperti LDL dan trigiliserida yang tinggi penyebab penyakit jantung.
Dengan pengambilan 800Iu vitamin E sehari boleh melingungi sel darah merah untuk mengelakkan pengasidan lipid, meningkatkan kolestrol baik (HDL), mengurangkan pembentukan sel darah beku pada salur darah serta vitamin E bertindak sebagai anti-oksidan melindungi sel daripada radikal bebes.

2. Anti penuaan

    Vitamin E bersifat antioksida yang membantu menghalang radikal bebas daripada memudaratkan kulit. Kajian menunjukkan, penggunaan Vitamin E bersama Vitamin C didapati dapat memberikan kesan anti penuaan dengan lebih effective. Anti penuaan yang dimaksudkan adalah melindungi kulit daripada kedutan, garis-garis halus, menghilangkan parut, tona kulit yang sekata serta keguguran rambut.

3. Meningkatkan kemampuan reproduktif 

    Vitamin E juga selalunya dikaitkan dengan vitamin lelaki. Ini kerana vitamin E mampu meningkatkan kemampuan reproductif. Para lelaki yang mengambil 600Iu - 800Iu setiap hari mampu meningkatkan penghasilan sperma yang sihat.


4. Kecantikan kulit & anti radang

    Sedar tak kebanyakkan skin product yang ada dipasaran sekarang mengandungi vitamin E? Ini kerana vitamin E juga berfungsi sebangai anti radang. Bagi mereka yang mempunyai masalah kulit berjerawat atau gatal-gatal (ruam/ekzema), vitaminE berfungsi meredakan radang yang berlaku pada kulit. Selain itu juga vitamin E juga membantu mencerahkan parut-parut pada kulit

5. Membantu melawan Menstural Pain ( Dynsmenorrhea)

Dynsmenorrhea merupakan ciri-ciri dimana sakit haid yang teruk dan kerap, seperti senggugut ataupun sakit pelvic. Para penyelidikan mencadang dengam pengambilan Vitamin E ini boleh membantu mengurangkan menstrual pain ini. Dimana kajian menunjukkan dengan pengambilan 200iu setiap hari melegakan kesakitan period ini lebih daripada plasebo. Walaubagaimana pun, keberkesananya adalah lebih effective dengan mengambil juga Omega -3 yang mengandungi 180mg EPA dan 120mg DHA.

Keistimewaan Vita - E Complex Shaklee


  1.  400IU vitamin E yang di extract secara semula jadi dari kacang soya (semulajadi) yang lebih mudah diserap oleh tubuh badan.
  2. Mengadungi 65mcg selenium dimana ia merupakan salah satu komponen yang penting bagi memastikan vitamin E dapat bertindak dengan lebih optimum.
  3. Mengadungi 39.4mg proanthocyanidins (daripada exract biji anggur) yang merupakan sebatian yang tinggi antioksida.


DID YOU KNOW??

Adalah terbaik bagi mengambilan sebanyak 400IU SEHARI

Dengan sifat Vitamin E yang hanya boleh diperolehi dengan food consumption ( tidak boleh dibuat dalam tubuh badan), mampukan anda mengambil 8kg bayam setiap hari?๐Ÿ˜ณ. Jadi kenapa perlu menyusahkan diri, jesteru Vita- E complex Shaklee mampu memberikan keperluan harian anda.

JOM dapatkan Vita-E Complex anda dengan saya.


xoxo
Sarah Hussain
SID: 862703
Pengedar Shaklee

*These statement have not been evaluated by the FOOD and Drug Administration. These products are nit intended to diagnose, treat,cure or prevent any disease.. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan dinasihati untuk mendapatkan rawatan/konsultasi dari Doktor atau mana-mana pakar perubatan bertauliah.




Friday 28 July 2023

Percutian Shaklee : Apa yang best?




Seperti mana yang kita tahu Business Shaklee ni memberikan kita 3C; Cash, Convention & Car. So harini saya nak citer pasal convention Shaklee, iaitu Percutian Shaklee.

Untuk pengetahuan, Percutian Shaklee ini ada 2 jenis.
  • Regional Trip - Negara-negara ASEAN 
  • International Trip; terbahagi kepada 2 bahagian 
    • International - Mana-mana negara
    • Umrah bagi yang beragama Islam sahaja.
Bagaimana pula untuk melayakkan diri anda untuk Convention Shaklee ini.
  • Regional trip; anda perlu menjadi effective leader serta mempunyai 570 Convention Point (CP)
  • International Trip: juga effective leader, rank Coordinator serta 1150 convention point (CP)
 Uniknya dengan Shaklee ini kita boleh membawa mana-mana ahli keluarga kita untuk menyertai percutian Shaklee ini. Sekirannya CP kita melebihi dari 1 tiket, tak kisah ibu bapa ke, suami atau anak-anak sekali pun boleh mengikuti percutian ini. Best kan? Memang ramai leader-leader Shaklee akan berkejar untuk dapatkan tiker lebih dari 1.   

Yer la kan, Shaklee akan announce di awal tahun untuk convention destination. Untuk FYP2022/23 , International Convention akan ke USA pada bulan Ogos ini dan Regional pula akan ke Korea pada bulan October.



Dan untuk tahun 2023/2024 pula akan ke Japan untuk international dah Royal Carribean Cruise untuk regional.



Teruja tak nak pegi FREE trip Shaklee ni? Tak.?? Jom baca lagi sampai bawah apa yang bestnya Percutian Shaklee ni.

1. Percutian Percuma - Mesti la trip percuma..tak perlu fikiran tiket, hotel mahupun duit makan sepanjang percutian. Semuanya di sediakan oleh Shaklee.

2. Makanan Halal - Ini yang paling best, bila kita bercuti sudah semestinya kita hendak merasa masakkan tempatan kan? Dan sepertimana kita tahu, bukan senang untuk kita dapatkan makanan tempatan yang halal kan. Tetapi dengan Shaklee tidak perlu risau, kerana Shaklee akan menguruskan dan memastikan makanan yang dihidang adalah HALAL.

Pengedar Shaklee Elmina
Cheese Foundue kebanyakkannya tidak halal, tetapi trip Shaklee dibuat special.

3. Penginapan Mewah - Hotel yang mewah 5 start sudah semestinya menjadi pilihan Shaklee bagi setiap qualifier. Hotel yang tak terjakau dek akal untuk kita pergi sendiri.๐Ÿ˜

 
Pengedar Shaklee Elmina
Hotel Burgenstok yang diduduki qualifier di Swiss tahun lepas.


4. Full of Suprize - Bayangkan percutian anda sudah ditanggung, makan minumpon tak perlu keluarkan duit. Balik hotel ada pulak suprize yang menanti dibilik anda. MasyaAllah seronoknya!! Bukan sekali ya...

Pengedar Shaklee Elmina
Malam pertama di Swiss dah terima goodies dalam bilik.

Pengedar Shaklee Elmina
Limited edition Olimpic Watch diterima setiap orang yang bercuti di Swiss.

5. Jumpa dengan orang yang berjaya & positive - Masa convention ini la kita akan berjumpa dengan ramai orang-orang yang dah berjaya dalam Shaklee ini. Bukan itu sahaja kita akan berjumpa juga dengan orang-orang yang 'living proof' pengguna tegar Shaklee yang bertahun-tahun lamanya. Sedikit sebanyak ini akan berikan aura yang positif dan bersemangat melihat kejayaan orang lain.

Pengedar Shaklee Elmina


Pengedar Shaklee Elmina
CEO Shaklee -Roger Burnett 


 
Pengedar Shaklee Elmina
Living Proof Shaklee dari US berusia 90 tahun.


Business Shaklee biar sampi layak dapat Percutian Shaklee!

Begitu la target yang perlu kita kecapi dalam business Shaklee ni. Jangan kata sekali setahun, tapi kita boleh untuk dapat kedua-dua trip! - International & Regional. 
Ini kerana dah pergi sekali pasti berkobar-kobar untuk ke trip seterusnya. Layanan 5 star dari hotel, makanan serta tempat dikunjungi sudah pasti tidak dapat dilupakan.
Begitu juga dengan Umrah, sudah pastinya akan mendapat hotel yang dekat dengan masjid.

Jom sertai saya dan kita kejar sampai dapat trip Percutian Shaklee!


xoxo
Sarah Hussain
Pengedar Shaklee Elmina
SID:862703


*These statement have not been evaluated by the FOOD and Drug Administration. These products are nit intended to diagnose, treat,cure or prevent any disease.. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan dinasihati untuk mendapatkan rawatan/konsultasi dari Doktor atau mana-mana pakar perubatan bertauliah.

Tuesday 25 July 2023

Tips Travel Umrah Bersama Anak-anak

"Mommy.. Thia rindu la nak gi Mekah lagi."

YA ALLAH.. anak kecil ni pun tahu rindu akan rumah Allah. Inikan pula mak ayah yang dewasa kan. Setiap kali azan di TV berkumandang, menunjukkan gambar-gambar Masjidil haram mesti anak-anak saya kan bercakap pasal nak pergi Umrah.

Memang Rindu...

Kali terakhir kami menjejakkan kaki di bumiAmbia adalah pada tahun 2019. Tahun sebelum dunia dilanda wabak Covid. Sebelum rumah Allah juga ditutup dari dunia luar.



Alhamdulilah, keadaan sekarang sudah semakin pulih dan jemaah dari seluruh negara dibenarkan melakukan umrah tanpa apa-apa sekatan sekarang ini. 

Alhamdulillah juga mommy diberi rezeki untuk bawa setiap anak-anak mommy ke tanah suci. Bak kata orang, sebelum melawat ke negara lain kita melawat dulu rumah Allah. (Tapi ini semua mengikut kemampuan dan niat masing-masing).  
Pada tahun 2015, anak sulung - Faiq Iman menjejak kaki di umur 1 tahun 5 bulan.
Lahirnya Fathia Imani, kami kembali ke tanah suci pada tahun 2016 ketika dia berumur 10 bulan. Dan terakhir bersama Fayyad Israr - 9 bulan  pada Syawal tahun 2019. 

Tak menganggu nak beribadat ke bila bawa anak-anak ni? 
Sudah tentu Tidak kalau kita tahu tipsnya...

Jom ikuti TIPS TRAVEL saya sendiri ketika menjalani ibadah Umrah.

Sediakan persalinan & permainan ketika berada dalam kapal terbang.

Semua ini bergantung pada jadual perjalanan kapal terbang itu sendiri, sekiranya flight pada waktu malam, sebaik-baiknya cuba penatkan dia dengan berjalan keliling  airport supaya bila masuk kapal terbang anda boleh berikan susu dan akan tidur sepanjang perjalanan. Tetapi sekiranya jadual berada pada waktu siang, saya akan sediakan satu beg untuk setiap seorang membawa mainan yang mereka hendaki. Selalunya saya juga akan menyediakan aktiviti books bagi mengisi masa lapang mereka.

Membawa keperluan anak-anak mencukupi

Keperluan anak-anak bukan sahaja dari segi pakaian, tetapi termasuk juga dari segi perubatan dan makanan. Dari segi pakaian, perlu kita ambil tahu tentang suhu sewaktu di Mekah dan Madihah. Selalunya Madihah akan lebih sejuk.. Dan juga baju sejuk untuk anak-anak saya perlu terutama bila kita nak iktiqaf di masjid pada waktu malam dan subuh. Dapat pula tempat duduk tepi lubang aircon, boleh tahan juga sejuknya.
Untuk perubatan pula memang perlu siapkan segala macam ubat; ubat demam, cool patch, batuk, selesema dan juga ubat alahan. Harga ubat disana boleh tahan mahal ya.
Begitu juga dari segi makanan, bagi anak-anak yang masih dibawah 1 tahun, memang perlu bawa bekalan makanan mereka. Ada masa memang saya bawa periuk nasi juga untuk memudahkan masak bubur. Bagi sayur dan buah-buahan memang senang sahaja untuk dapat di Bin Dawood.๐Ÿ˜‚

Stroller, Baby Carrier dan Baby Harness.

Ini memang menjadi kewajipan  untuk bawa. Kalau tidak, mau sakit pinggang ibu ayah bila nak bawa jalan-jalan. Persekitaran masjid sahaja dah besarrrr nak pusing-pusing. Walaubagaimanapun, sangat disarankan untuk bawa stroller yang kecil & mudah dilipat. Bukan apa, ada masa mak guard kat pintu-pintu tak benarkan bawa stroller masuk kedalam masjid. Sekiranya kita plan untuk buat tawaf sunat bersama anak-anak adalah senang bersama stroller ataupon baby carrier bagi yang masih baby.
Selain itu juga bawa juga alas untuk anak-anak baring-baring di masjid. Ada masa tidak dapat solat atas carpet, alas la penyelamat untuk anak-anak baring dan main.

Pengedar Shaklee ELmina
Fayyad 9 bulan ketika menunggu waktu Dhuha.


Menjaga kebersihatan 

Ini sangat penting terutama berada didalam rumah Allah. Sebab itu sewaktu disana saya memang bawa banyak pampers (Bagi anak yang masih dlm pampers). Bagi setiap waktu, sebelum ke masjid, saya akan tukar pampers baru untuk pastikan kita tidak membawa najis kemasjid. Memang beg akan besar dan penuh dengan pampers, tetapi jangan risau sebab habis ke pampers, ada la ruang untuk kita isi cenderamata dari sana pula.๐Ÿ˜…
Selain itu juga, pastikan kita lengkapi wipes dan plastic ketika di masjid kalau-kalau ada yang perlu dibersihkan.

Pastikan anak-anak cukup rehat

Ini juga sangat penting apabila kita membawa anak-anak menunaikan umrah. Tolak ansur diantar suami isteri juga sangat penting. Kalau ikutkan tenaga kita yang dewasa memang kita akan berkejar untuk melakukan ibadat/ solat di masjid untuk setiap waktu. Tetapi anak kecik kita mungkin tidak. Perlu di ingat apabila anak kita mula moody, kita akan tidak selesa dan hilang kusyuk kita untuk beribadat. Jadinya jangan stress-stress. Cuba cari penyelesaiian dan kesesuaian waktu  untuk bawa anak ke masjid dan jika perlu salah seorang tinggal di bilik untuk menemani anak, tiada salahnya untuk solat dan beribadat di bilik hotel sekalipun.

Teringat saya dahulu, Faiq Iman dijangkiti Chicken Pox ketika kami hendak bertolak ke tanah suci. Sangat mencabar dan mendebarkan untuk kami, alhadulillah pihak airline benarkan kami menaiki penerbangan. Disana memang saya banyak habiskan masa di dalam bilik. Disini la tolak ansur antara suami isteri sangat penting. Alhamdulillah, suami sangat memahami dan kami bersetuju untuk ambil giliran waktu solat di masjid. Ketika Faiq Iman selesa dibilik dan tidak perlukan saya, saya akan berlari ke masjid untuk beribadat. Alhamdulillah juga chickenpox faiq tidak mengambil masa lama, hanya 4-6 hari, dan cepat kering.Menjaga anak-anak juga satu ibadah kan.

PEngedar shaklee Elmina
Mommy Abi bawa tawaf sunat n amik feel Sae'i setelah lama ddk dalam bilik.

Mainan

Bagi saya tak perlu pon bawa mainan dari rumah. Banyak sahaja mainan yang murah-murah jual disepanjang perjalanan balik hotel. Heheh kedai 2Riyal pon banyak mainan. Memang selalunya saya jadikan habuan untuk anak-anak bila dia behave dalam masjid. Alhmadulillah memang dengar kata๐Ÿ˜‚. 
Tips untuk bawa mainan ke dalam masjid pastikan yang tidak ada bunyi/music ya. Kalau mak guard dapat tahan memang tidak benar untuk bawa masuk masjid takut mengganggu jemaah lain kan. Makanya dalam masjid, saya lebih gemarkan kertas & pensil warna untuk mereka mewarna. Bawa la lebih sedikit, sebab kadang-kadang boleh buat geng dengan anak mak arab untuk mereka mewarna. 

Pengedar Shaklee Elmina
Muka bahagia abi upah lepas solat di masjid.

Masuk Raudah bersama anak kecil

Semasa disana mesti ada terlintas dihati nak bawa anak masuk Raudah kan? Saya memang memasang niat untuk bawa anak-anak saya ke Raudah jika diberi peluang. Sepanjang masa disana,saya diajar oleh ustazah-ustazah yang membawa jemaah disini sekiranya berhasrat untuk bawa anak kecik ke taman syurga jika boleh ambil slot yang terakhir.Dia lebihkurang bersesak dan ada masa yang panjang sedikit dibandingkan dengan yang slot-slot yang awal. Dan yang paling penting adalah sentiasa berdoa kepada Allah supaya mempermudahkan urusan untuk masuk ke Raudah. Alhamdulillah walaupon bersama anak kecil dapat kami beribadat dan berdoa sepuas-puasnya.

Pengedar Shaklee Elmina
Bukti Faiq Iman masuk ke Raudah

Pengedar Shaklee Elmina
Sempat lagi menyusu di taman syurga.

Seronok tak terkata apabila anak-anak kecik sudah memahami kewajipan untuk menunaikan solat 5 waktu. Apabila anak-anak tahu akan rumah Allah, kepentingan menjaga kebersihan, adab & tata tertib ketika berada di masjid. Walaubagaimana pun untuk capai ke tahap itu, Ibu Bapa la yang perlu banyak bersabar dan bertolak ansur serta banyak menasihati mereka. Ibu bapa juga tidak dinafikan perlu sentiasa belajar memahami karenah anak-anak. Ujian dan dugaan tetap akan ada sewaktu berada di tanah suci, kita hanya perlu bersabar dan berdoa agar Allah permudahkan urusan. Percayalah ada rezeki  lain dituruni Allah bagi anak-anak ini  apabila  kita membawa mereka menjalani ibadah Umrah.

Ya Allah, kau jemput la kami sekeluarga lagi ke Tanah Suci mu. Semoga ada rezeki Faris Isyraf menjejakkan kakinya di rumahmu - InsyaAllah. 

Pengedar Shaklee Elmina
1 Syawal di Madinah - 2019




*These statement have not been evaluated by the FOOD and Drug Administration. These products are nit intended to diagnose, treat,cure or prevent any disease.. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan dinasihati untuk mendapatkan rawatan/konsultasi dari Doktor atau mana-mana pakar perubatan bertauliah.

Thursday 13 July 2023

5 Tips Business Online



Sekarang ni business online ni sangat la popular, mudah dan boleh dibawa kemana-mana sahaja. Semuanya dihujung jari.

Dunia digital pula kian meningkat. Yer la kan internet ni wujud lama sudah semakin lama semakin laju gak internet, 3G kepada 4G dan sekarang dah 5G.
Begitu juga la pemasaran di dunia digital. Semakin banyak platform-platform yang ada bagi memasarkan peniagaan kita, contohnya dia Tiktok, IG, FB Ads, BLOG, Google dan macam-macam lagi. Kadang-kadang tu memang tak terkejar kita untuk ikut keadaan semasa.

Walaubagaimana pon, kita perlu tahu basic tips untuk kita mulakan business online. Tak kesah la apajua produk, tetapi apabila langkah permuaan kita betul insyAllah you on the right track.๐Ÿ˜Š



5 Tips Dalam Perniagaan Online

1. Bina audience dari awal.
    Bayangkan seorang penyanyi nak buat konsert tanpa war-warkan kepada umum. Tak pernah menyanyi di youtube, atau mana-mana media sosial tiba-tiba terus buat konsert. Anda rasa ada orang nak datang? Silap-silap takde siapa pon.
Bina audience dari awal. Enggage dgn golongan sasaran dari awal. Ini penting untuk built trust. Disini juga penting untuk kita bina database pelanggan.

2. Buat Personal Branding
   Personal branding penting untuk kita bina kepercayaan orang lain.  Bila orang selalu tengok kita kongsikan hal-hal yang memberi manfaat, secara tak langsung orang akan mula percaya dengan kita. Unlikely untuk kita jadi scammer.

3. Jangan beli lambakan stok
    Dengan membeli lambakan stok, maksudnya duit kita akan beku. Kita perlu habiskan dahulu stok-stok yang ada bagi mendapat balik pulangan duit. 
Tak salah untuk adakan sedikit stok dirumah, tetapi pelu kita tahu juga product mana yang menjadi kegemaran ramai dan pasti akan habis stok tersebut.

4. Belajar skill pemasaran digital
    Dunia digital sekarang sangat laju, dan sangat luas. Ada pelbagai cara untuk pemasaran digital seperti di Ig, Tiktok, FB Ads, blog dan banyak lagi. Untuk kita menaikkan jualan kita, kita perlu tahu selok belok bagaimana untuk kita menaikan audience. Jangan lak kita ikut jer.. orang buat FB ads, kita pon buat juga Tapi sales takde la mencanak naik. Kena tahu ilmunya.

5. Fokus untuk memberi nilai
    Bila kita melihat sesuatu laman jualan contohnya di IG, kita tengok asyik post pasal product sahaja. Sedikit sebanyak kita akan rasa boring kan? Sebab itu kita tidak boleh untuk fokus pada product sahaja, sebaliknya fokus pada Nilai. 
Kongsikan hal-hal yang bermanfaat pada aundience sedikit sebanyak meningkatkan lagi kepercayaan pelanggan pada kita dan juga product. Berikan tips-tips atau pun kata-kata motivasi.


JOM kita mulakan business online dengan SHAKLEE bersama saya!
You will be our own BOSS! 



Walaupon boleh online, kadang-kadang seronok juga keluar dr rumah!๐Ÿ˜Ž




xoxo
Sarah Hussain
SID: 862703
Pengedar Shaklee Elmina



*These statement have not been evaluated by the FOOD and Drug Administration. These products are nit intended to diagnose, treat,cure or prevent any disease.. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan dinasihati untuk mendapatkan rawatan/konsultasi dari Doktor atau mana-mana pakar perubatan bertauliah.