Tuesday, 25 July 2023

Tips Travel Umrah Bersama Anak-anak

"Mommy.. Thia rindu la nak gi Mekah lagi."

YA ALLAH.. anak kecil ni pun tahu rindu akan rumah Allah. Inikan pula mak ayah yang dewasa kan. Setiap kali azan di TV berkumandang, menunjukkan gambar-gambar Masjidil haram mesti anak-anak saya kan bercakap pasal nak pergi Umrah.

Memang Rindu...

Kali terakhir kami menjejakkan kaki di bumiAmbia adalah pada tahun 2019. Tahun sebelum dunia dilanda wabak Covid. Sebelum rumah Allah juga ditutup dari dunia luar.



Alhamdulilah, keadaan sekarang sudah semakin pulih dan jemaah dari seluruh negara dibenarkan melakukan umrah tanpa apa-apa sekatan sekarang ini. 

Alhamdulillah juga mommy diberi rezeki untuk bawa setiap anak-anak mommy ke tanah suci. Bak kata orang, sebelum melawat ke negara lain kita melawat dulu rumah Allah. (Tapi ini semua mengikut kemampuan dan niat masing-masing).  
Pada tahun 2015, anak sulung - Faiq Iman menjejak kaki di umur 1 tahun 5 bulan.
Lahirnya Fathia Imani, kami kembali ke tanah suci pada tahun 2016 ketika dia berumur 10 bulan. Dan terakhir bersama Fayyad Israr - 9 bulan  pada Syawal tahun 2019. 

Tak menganggu nak beribadat ke bila bawa anak-anak ni? 
Sudah tentu Tidak kalau kita tahu tipsnya...

Jom ikuti TIPS TRAVEL saya sendiri ketika menjalani ibadah Umrah.

Sediakan persalinan & permainan ketika berada dalam kapal terbang.

Semua ini bergantung pada jadual perjalanan kapal terbang itu sendiri, sekiranya flight pada waktu malam, sebaik-baiknya cuba penatkan dia dengan berjalan keliling  airport supaya bila masuk kapal terbang anda boleh berikan susu dan akan tidur sepanjang perjalanan. Tetapi sekiranya jadual berada pada waktu siang, saya akan sediakan satu beg untuk setiap seorang membawa mainan yang mereka hendaki. Selalunya saya juga akan menyediakan aktiviti books bagi mengisi masa lapang mereka.

Membawa keperluan anak-anak mencukupi

Keperluan anak-anak bukan sahaja dari segi pakaian, tetapi termasuk juga dari segi perubatan dan makanan. Dari segi pakaian, perlu kita ambil tahu tentang suhu sewaktu di Mekah dan Madihah. Selalunya Madihah akan lebih sejuk.. Dan juga baju sejuk untuk anak-anak saya perlu terutama bila kita nak iktiqaf di masjid pada waktu malam dan subuh. Dapat pula tempat duduk tepi lubang aircon, boleh tahan juga sejuknya.
Untuk perubatan pula memang perlu siapkan segala macam ubat; ubat demam, cool patch, batuk, selesema dan juga ubat alahan. Harga ubat disana boleh tahan mahal ya.
Begitu juga dari segi makanan, bagi anak-anak yang masih dibawah 1 tahun, memang perlu bawa bekalan makanan mereka. Ada masa memang saya bawa periuk nasi juga untuk memudahkan masak bubur. Bagi sayur dan buah-buahan memang senang sahaja untuk dapat di Bin Dawood.πŸ˜‚

Stroller, Baby Carrier dan Baby Harness.

Ini memang menjadi kewajipan  untuk bawa. Kalau tidak, mau sakit pinggang ibu ayah bila nak bawa jalan-jalan. Persekitaran masjid sahaja dah besarrrr nak pusing-pusing. Walaubagaimanapun, sangat disarankan untuk bawa stroller yang kecil & mudah dilipat. Bukan apa, ada masa mak guard kat pintu-pintu tak benarkan bawa stroller masuk kedalam masjid. Sekiranya kita plan untuk buat tawaf sunat bersama anak-anak adalah senang bersama stroller ataupon baby carrier bagi yang masih baby.
Selain itu juga bawa juga alas untuk anak-anak baring-baring di masjid. Ada masa tidak dapat solat atas carpet, alas la penyelamat untuk anak-anak baring dan main.

Pengedar Shaklee ELmina
Fayyad 9 bulan ketika menunggu waktu Dhuha.


Menjaga kebersihatan 

Ini sangat penting terutama berada didalam rumah Allah. Sebab itu sewaktu disana saya memang bawa banyak pampers (Bagi anak yang masih dlm pampers). Bagi setiap waktu, sebelum ke masjid, saya akan tukar pampers baru untuk pastikan kita tidak membawa najis kemasjid. Memang beg akan besar dan penuh dengan pampers, tetapi jangan risau sebab habis ke pampers, ada la ruang untuk kita isi cenderamata dari sana pula.πŸ˜…
Selain itu juga, pastikan kita lengkapi wipes dan plastic ketika di masjid kalau-kalau ada yang perlu dibersihkan.

Pastikan anak-anak cukup rehat

Ini juga sangat penting apabila kita membawa anak-anak menunaikan umrah. Tolak ansur diantar suami isteri juga sangat penting. Kalau ikutkan tenaga kita yang dewasa memang kita akan berkejar untuk melakukan ibadat/ solat di masjid untuk setiap waktu. Tetapi anak kecik kita mungkin tidak. Perlu di ingat apabila anak kita mula moody, kita akan tidak selesa dan hilang kusyuk kita untuk beribadat. Jadinya jangan stress-stress. Cuba cari penyelesaiian dan kesesuaian waktu  untuk bawa anak ke masjid dan jika perlu salah seorang tinggal di bilik untuk menemani anak, tiada salahnya untuk solat dan beribadat di bilik hotel sekalipun.

Teringat saya dahulu, Faiq Iman dijangkiti Chicken Pox ketika kami hendak bertolak ke tanah suci. Sangat mencabar dan mendebarkan untuk kami, alhadulillah pihak airline benarkan kami menaiki penerbangan. Disana memang saya banyak habiskan masa di dalam bilik. Disini la tolak ansur antara suami isteri sangat penting. Alhamdulillah, suami sangat memahami dan kami bersetuju untuk ambil giliran waktu solat di masjid. Ketika Faiq Iman selesa dibilik dan tidak perlukan saya, saya akan berlari ke masjid untuk beribadat. Alhamdulillah juga chickenpox faiq tidak mengambil masa lama, hanya 4-6 hari, dan cepat kering.Menjaga anak-anak juga satu ibadah kan.

PEngedar shaklee Elmina
Mommy Abi bawa tawaf sunat n amik feel Sae'i setelah lama ddk dalam bilik.

Mainan

Bagi saya tak perlu pon bawa mainan dari rumah. Banyak sahaja mainan yang murah-murah jual disepanjang perjalanan balik hotel. Heheh kedai 2Riyal pon banyak mainan. Memang selalunya saya jadikan habuan untuk anak-anak bila dia behave dalam masjid. Alhmadulillah memang dengar kataπŸ˜‚. 
Tips untuk bawa mainan ke dalam masjid pastikan yang tidak ada bunyi/music ya. Kalau mak guard dapat tahan memang tidak benar untuk bawa masuk masjid takut mengganggu jemaah lain kan. Makanya dalam masjid, saya lebih gemarkan kertas & pensil warna untuk mereka mewarna. Bawa la lebih sedikit, sebab kadang-kadang boleh buat geng dengan anak mak arab untuk mereka mewarna. 

Pengedar Shaklee Elmina
Muka bahagia abi upah lepas solat di masjid.

Masuk Raudah bersama anak kecil

Semasa disana mesti ada terlintas dihati nak bawa anak masuk Raudah kan? Saya memang memasang niat untuk bawa anak-anak saya ke Raudah jika diberi peluang. Sepanjang masa disana,saya diajar oleh ustazah-ustazah yang membawa jemaah disini sekiranya berhasrat untuk bawa anak kecik ke taman syurga jika boleh ambil slot yang terakhir.Dia lebihkurang bersesak dan ada masa yang panjang sedikit dibandingkan dengan yang slot-slot yang awal. Dan yang paling penting adalah sentiasa berdoa kepada Allah supaya mempermudahkan urusan untuk masuk ke Raudah. Alhamdulillah walaupon bersama anak kecil dapat kami beribadat dan berdoa sepuas-puasnya.

Pengedar Shaklee Elmina
Bukti Faiq Iman masuk ke Raudah

Pengedar Shaklee Elmina
Sempat lagi menyusu di taman syurga.

Seronok tak terkata apabila anak-anak kecik sudah memahami kewajipan untuk menunaikan solat 5 waktu. Apabila anak-anak tahu akan rumah Allah, kepentingan menjaga kebersihan, adab & tata tertib ketika berada di masjid. Walaubagaimana pun untuk capai ke tahap itu, Ibu Bapa la yang perlu banyak bersabar dan bertolak ansur serta banyak menasihati mereka. Ibu bapa juga tidak dinafikan perlu sentiasa belajar memahami karenah anak-anak. Ujian dan dugaan tetap akan ada sewaktu berada di tanah suci, kita hanya perlu bersabar dan berdoa agar Allah permudahkan urusan. Percayalah ada rezeki  lain dituruni Allah bagi anak-anak ini  apabila  kita membawa mereka menjalani ibadah Umrah.

Ya Allah, kau jemput la kami sekeluarga lagi ke Tanah Suci mu. Semoga ada rezeki Faris Isyraf menjejakkan kakinya di rumahmu - InsyaAllah. 

Pengedar Shaklee Elmina
1 Syawal di Madinah - 2019




*These statement have not been evaluated by the FOOD and Drug Administration. These products are nit intended to diagnose, treat,cure or prevent any disease.. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan dinasihati untuk mendapatkan rawatan/konsultasi dari Doktor atau mana-mana pakar perubatan bertauliah.