Showing posts with label Cinch. Show all posts
Showing posts with label Cinch. Show all posts

Wednesday, 17 May 2023

Dapatkan Berat Badan Ideal dengan Hello New You


Assalamualaikum semua!

Sebelum ni saya ada share pasal kurus sebelum raya (klik sini). Tapi sekarang raya pon dah nak sampai penghujungnya. So amacam? Dah dapat ke berat badan yang diidam- idam kan?? BELOM?? ALAMAKKKKK...

Haa jangan nak salahkan sebab raya yer!😁

Takpe..masih belom terlambat lagi.. masih sempat lagi untuk mendapatkan  berat badan yang ideal.Mungkin ada yang dah dapat berat ideal masa bulan puasa. Tapi bila raya ni.. almaklum je la. Its okay. Apa yang penting dalam berat yang idea ni pon sebenarnya adalah bergantung pada Jisim Badan seseorang itu juga.. erti kata lain BMI index (Body Mass Index).  Berat badan yang ideal tu macam mana kita nak tahu? Jom kita buat kira-kira untuk renungan bersama. 

BMI Calculation
Kiraan BMI


Senang je nak kira.. hanya perlukan berat badan dan juga ketinggian. Bahagi kedua-duanya dah kita boleh dapat BMI . Dari nilai BMI itu kita tengok sama ada kita berada dalam BMI normal atau overweight.

Index BMI.

So macam mana BMI kita lepas raya ni?
Overweight atau Obess atau Normal..

Jaga-jaga ya. Seperti mana yang kita semua tahu. Overweight atau obesiti sangat membahayakan kesihatan. Ia boleh menjadi punca kepada penyakit-penyakit kronik yang lain seperti kolestrol tinggi, serangan jantung, strok, serangan asma mahupon cancel. 

Jom say HELLO TO NEW YOU!


Alhamdulillah, sebenarnya saya sendiri baru mengamalkan  set Hello New You ni pada bulan puasa yang lepas secara serious. Alhamdulillah dengan bantuan set ini memang memberi tenaga yang memberangsangkan. Sepanjang bulan puasa ni saya berjaya turunkan berat badan sebanyak 5kg.

Dan..

Dan menariknya, sepanjang syawal ini juga saya berjaya kekalkan berat badan saya. Yer, di musim-musim raya ni, setiap minggu ada open house. Bukan satu.. tapi 2-3 buah rumah. Bagi saya satu yang mengkagumkan yer.. bukan senang. Di bulan Syawal ni terus terang ni saya bukan la yang menjaga pemakanan sangat. Boleh kata semua saya belasah. Maklumla tambah-tambah juga musim-musim panas ni. Memang segala air saya minum.. yang manis-manis pon lagi banyak saya minum. #guilty.

Tetapi bila berat badan saya masih maintain macam bulan puasa. WOW!
Apa yang saya amalkan? Semestinya set Hello New you dari Shaklee.

Pengedar Shaklee Elmina

Pepagi lagi saya akan bancuh Cinch & ESP sebagai alas perut. Ye saya cepat lapor pepagi.. πŸ˜… Mesti minum ESP & Cinch ni then baru saya boleh menguruskan hal anak-anak ke sekolah. Lepas balik tu mesti la cari breakfast, tapi alhamdulillah dengan Cinch & ESP ni membantu saya mengawal nafsu untuk makan yang berat. Sekadar roti sekeping pon boleh tahan sampai lewat lunch. Kadang-kadang tu memang skip sahaja.

Satu lagi yang menjadi kegemaran saya dalam Set Hello New You ni adalah Performance Drink. Dalam musim-musim panas ni memang dah menjadi kewajpan saya akan buat sebalang penuh Performance Drink ni dah habis by tengah hari. Suprizingly, performance Drink ni memang cepat hydrate badan saya dah juga yang saya suka adalah kurang craving saya pada air manis. Kalau panas-panas ni selalunya Tealive ke.. ais blended memang la menjadi kegemaran! #Guiltylagi.

Potong rumput dikala musim panas bersama Performance Drink.

Di tambahkan lagi dengan Lechitin ,Omega Guard & Herb-Lax , memang membantu dalam pemecahan lemak. Nak tahu macam mana? πŸ˜„ Anda boleh rasa sendirinya process sebelom, semasa & selepas pembuangan. Nak cerita kang .. ada yang tak sanggup nak baca lak kan? Takpe.. msg saya kalau nak tahu details. Memang badan rasa sangat sedap bila process pencernaan/ pembuangan badan anda tip-top ya. 

Walaubagaimana pun, saya sendiri masih belom lagi mencapai target berat badan yang yang ingin. Masih ujung-ujung nak Overweight. Kalau boleh nak juga dalam awal-awal skala BMI Normal kan.
Mungkin selepas ini saya akan memulakan semula Intermitten Fasting bagi membantu lagi process untuk mendapatkan berat yang diidamkan. 

Jangan risau set Shaklee Hello New You ini sudah pon terbukti SELAMAT & TERBUKTI. Ramai yang sudah mendapat result memberangsangkan dengan Set Hello New You ni. Tak kira jantina baik lelaki mahupon perempuan. Ada yang sudah turun sebanyak 10kg, ada juga yang sampai 20kg.
Apa yang penting... istiqamah.


i Klik Sini sekiranya anda nak tahu lebih mendalam untuk Set Hello New You.
Nak dapatkan set ni? Jom Whatsapp saya!

xoxo
Sarah Hussain
Sid: 862703


*These statement have not been evaluated by the FOOD and Drug Administration. These products are nit intended to diagnose, treat,cure or prevent any disease.. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan dinasihati untuk mendapatkan rawatan/konsultasi dari Doktor atau mana-mana pakar perubatan bertauliah.

Wednesday, 12 April 2023

Tips Kurus Dengan Cepat

 


Wow.. cun je tengok badan orang-orang korea ni. Pakai baju apa pon nampak cantik je kan. Kulit pon flawless gitew. Tapi boleh tahan ke makan apple je untuk breakfast? Sweet potato je untuk lunch.. takda makanan lain ke?  Ni rugi kalau duduk Malaysia ni.. sebab makan Malaysia semua sedap-sedapppppp..πŸ˜„

Itu la dia, nak kurus ni kekadang boleh nampak macam mudah je kan?? Tambah kalau tengok iklan-iklan yang ada dipasaran tu tak pikir panjang, terus je beli untuk mencuba kan. Hasilnya tidak menentu la kan.

Nak kurus dengan cepat ni memang boleh dibuat dengan pelbagai cara..
Nak cepat - Boleh je laburkan duit ke mana-mana slimming center atau operate buang lemak. Tapi ini memerlukan pelaburan yang besar ya kan.

Walaubagaimana pon, perlu diingatkan ya nak kurus ni sebenarnya merangkumi 'lifestyle' kita sendiri. Activiti dan permakanan harian perlu dijaga supaya kita dapat memastikan badan kita kurus dan sihat. Kita tak nak berat badan naik n turun macam yoyo kan? Dan labur duit gi slimming world lepas tu tak jaga juga .. naik balik berat.
Rugi...



TIPS KURUS DENGAN CEPAT
  1. Intermitten Fasting (IF) :  Tindakkan pertama bagi membantu kita mengawal nafsu makan. Apabila dalam waktu berpuasa sedikit sebanyak kita menahan nafsu makan. Apabila terasa lapar, kita hanya boleh mengambil minuman tidak berkalori.
  2. Mengurangkan pengambilan gula : Benda wajib yang perlu buat bila kita nak kurus. Apabila kandungan gula semakin tinggi, kalori sesebuah hidangan itu juga tinggi. Dengan kalori intake yang rendah, berat badan semestinya akan berkurangan.
  3. Mengambil air kosong secukupnya: Sebaik-baik air adalah air kosong. Ini kerana air kosong tiada kalori. Zero kalori makanya tiada penambahan berat disitu. Air juga boleh membantu kita berasa kenyang sambil hydrate badan.
  4. Lakukan Senaman : Nak tak nak senaman itu juga penting. Dengan bersenam kita kita akan mengerakkan otot dan meningatkan metabolisme. Senaman juga boleh mengatasi masalah stress yang membawa kepada nafsu makan membuak-buak. 
  5. Tidur yang mencukupi : Sesetengah manusia memerlukan 4-5 jam tidur sahaja mencukupi untuk melakukan aktiviti harian. Manakala ada juga manusia  yang memerlukan 8-9 jam waktu tidur untuk dia cerdas melakukan aktiviti harian. Yang penting juga kita perlu dapatkan deep sleep. Dengan tidur mencukupi, organ-organ dalam kita akan berfungsi dengan baik. 
  6. Pastikan  pengambilan protein mencukupi : Makanan berprotein lebih mengenyangkan berbanding karbohidrate seperti roti, nasi, mee dah sebagainya. 

Tuesday, 14 March 2023

Kurus Sebelum Raya dengan Set Kurus Shaklee

Boleh button lagi tak Baju kebaya ni?

Dilema mak-mak. Bila buat persiapan untuk raya ni selalunya mak-mak ni mendahulukan keperluan anak-anak dah suami dahulu. Bila persiapan diri sendiri mesti risau pada penampilan diri dahulu. Betol tak?

Kadang-kadang mata wanita ni memang la nampak baju yang dijual semua cantik-cantik. Tapi bila kita cuba... aduh, rasa tak sesuai la dengan badan. Warna & design tudung ni cantik gila tapi, tak kena la pulak pada kulit. πŸ˜– Aduh kulit pulak baru je sunburn ni.. jeragat pon toksah cakap la kan. End up, cari balik baju lelama kan, dah  tu risau pulak tak muat la pulak!πŸ˜“

JOM KITA RESET BADAN KITA.

Yer bukan komputer atau Hp je kena reset. Badan kita pon kena reset. Sebab itu la dalam Islam dikita disuruh berpuasa di bulan Ramadhan selama 30 hari. Pada masa inilah badan kita akan di reset. Seluruh organ dalaman akan berehat setelah bekerja sepanjang masa. Dengan reset inilah membolehkan badan kita kembali berfungi dengan baik. Memperbetulkan semula pattern permakanan kita untuk organ-organ badan mendapat zat yang lengkap.

Pengedar Shakle Elmina
Jom lihat apa berlaku bila badan berpuasa.


Ramadhan pon dah dekat sangat. Bulan yang sangat berkat. Rugi rasanya sekiranya kita melepaskan peluang ini . Bukan sekadar untuk menurunkan berat badan, tetapi banyak juga yang kita boleh dapat mencapai impian itu
  • Reset/Rehatkan badan supaya organ dalaman kita dapat berfungsi dengan lebih baik.
  • Mengembalikan kulit yang sihat.
  • Dengan badan yang sihat dah segar dapat melakukan ibadat dengan baik
Jom reset dengan Set Puasa Shaklee.... Nnti bila raya, tersenyum indah sambil bisik dihati...... Hello New You.😎

Pengedar Shaklee Elmina
Nutrien yang diperlukan dalam proces nak kurus.


Pengedar Shaklee Elmina


Sebelum ini saya ada menceritakan mengenai Set Kurus Shaklee & Set Puasa Shaklee.
Jangan pening-pening.. bunyi macam banyak je kan product yang perlu diambil.
TIDAK.... product yang sama, fungsi yang sama juga tetapi kita gabungkan untuk effect yang MELETOP!.
Jom saya recap product yang penting dalam menjayakan misi Kurus Sebelum Raya terutama dibulan Ramadhan ni.

1. ESP:  Minuman Protein yang berasakan dari tumbuhan yang berkualiti. Ia membantu berikan tenaga yang berpanjangan dengan membina asas/sel badan yang sihat & kukuh.

2. CINCH: Membantu membakar lemak dan membina otot secara berkesan dengan adanya Leusine. Leusine bertindak dengan membantu 
membina dan mengekalkan otot untuk berat badan yang lebih tegap dan sihat. Ia mengandungi 20 jenis vitamin dan mineral penting. Dengan ini ia dapat menampung kekurangan nutirisi sekaligus menghilangkan rasa 'craving'.

3. PEFORMANCE DRINK: Minuman yang mengadungi 6 jenis elektolit yang mengekalkan badan hydrate. Ini penting apabila puasa badan selalunya kekurangan air. Apabila air dalam badan kurang, penyerapan nutrisi juga terbantut.

4. LECITIN: Bertindak sebangai elmusi/mengurai lemak-lemak kepada size yang lebih kecil supaya mudah disingkirkan. Ia juga mencegah pengumpulan lemak pada hati, dengan ini memudahkan pembuangan toxic dari hati.

5. OMEGA GUARD: Meningkatkan metabolisme dan mempercepatkan process pembakaran lemak terutamanya pada sekeliling organ dalam dah juga saluran darah. Ia juga meningkatkan sensitiviti insulin dalam badan, ia dapat mengawal penyimpanan lemak dlam badan.

6. HERB-LAX: Membantu membersihkan system perkumuhan dengan sempurna. Dengan bantuan daun senna dapat merangsang pergerakkan usus dan membuang najis-najis lama yang tersekat. Dengan adanya usus yang bersih, ia membantu lagi penyerapan zat/ nutriet dengan lebih berkesan. * Boleh mula sekarang sebelum puasa.

Ramai yang sudah menikmati kesan kurus dengan Set Hello New You ni. 


Kalau ada yang boleh mengurangkan berat badan 20kg dalam 2 bulan, why not kita usahakan 10kg dalam sebulan kan? 10 kg tu pon comfirm lompat bintang kan kita. πŸ˜‚  Macam rakan seperjuangan saya, AMIRAH jADILAH yang dah turun 12kg dengan Set Kurus Shaklee ni. Menarik kan?

So let START!
Let have a HELLO NEW ME by the end of Ramadhan.

Jom whatsapp saya dan dapatkan Set Kurus ini sebelom terlambat.


P/s: Dengan set ini juga jika kita istiqammah, lepas raya pon tak perlu risau berat naik mendadak ye.


#PengedarShakleeElmina
#BlogMegaShakle2.0
#ShakleeTriumph2023
#ShakleeThrive2023


*These statement have not been evaluated by the FOOD and Drug Administration. These products are nit intended to diagnose, treat,cure or prevent any disease.. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan dinasihati untuk mendapatkan rawatan/konsultasi dari Doktor atau mana-mana pakar perubatan bertauliah.

Friday, 10 March 2023

Menyusu dengan Set Puasa Shaklee

Aduhhh bulan pose ni mesti susu badan tak banyak kan?

Mesti ada mommies disini yang terpikir macam tu kan? Ya Allah saya sendiri walaupon anak bongsu ni dah 2 tahun masih lagi menyusu badan.. dan setiap kali puasa mesti extra penat. Ye la kan, ibu menyusu ni walaupon nampak sempoi jekan menyusu anak sambil baring-baring ni sebenarnya membakar kalori ya.  Dengan menyusu badan, mommies mesti rasa penat kan?? Tak kira lagi dahayanyaaaa bila lepas menyusu kan.

Saya masih ingat lagi masa menyusu anak no 1 saya pada tahun 2014.. anak lelaki pulak tu kan. Dia punya la ‘mengempeng’ la org johor kata… setiap sejam ya ( Not kidding ya). Sangat kuat menyusu!! Time itu juga berniat nak puasa penuh since dah confirm memang boleh puasa penuh kan. Malas betul pikir nak kena ganti-ganti puasa ni.😝

Alhamdulillah sangat  Shaklee banyak sangat membantu terutamanya dibulan puasa.



Bulan ni Shaklee ada membuat promo Ramadhan Set 1-2-3. Bila tengok Set ni sangat la sama dengan apa yang saya amalkan dahulu iaitu ESP, Cinch & Performance Drink. The BEST... Best sangat untuk membantu saya berpuasa dah menyusu, dari 2013 sehingga la hari ini.



Berpuasa dengan set Ramadhan ni semudah 1-2-3.
  1.  ESP : Minuman berasaskan Protein yang membekalkan 9 asid amino yang perlu untuk membantu anda kekal bertenaga dan sebagai asas untuk kehidupan yang lebih lama dah sihat. Ini lah suppliment yang sangat penting/asas dalam process penyusuan juga. Baik untuk ibu dah bayi.
  2. Cinch : Sebagai Meal replacement yang lazat dah berkhasiat dengan adanya Luesin ia dapat membantu kekal bertenaga serta menyurangkan selera makan. Penting tau, dah la lepas bersalin - nak raya.. mestila nak dapatkan shape masa anak dara kan?😚
  3. Performance Drink: Ini la penyelamat ibu-ibu menyusu untuk kekal hydrate. Minuman yang mengandungi 6 jenis elektrolit yang membantu mengekalkan kandungi air dalam badan mencukupi.
Pengedar Shaklee Elmina

Bulan Ramdhan, bulan yang mulia. Rugi rasanya bila kita tak grab bulan ini untuk memperbaiki diri, menambahkan amalan. Betul tak? Dengan bangun awal siapkan sahur, kemudian nak uruskan anak-anak lagi, bagi yang bekerja nak kena commute ke tempat kerja dah masalah terbesar bila nak pikirkan juadah berbuka lagiπŸ˜…πŸ˜….... Penatkan? 

Takpe, InsyaAllah dengan mengamalkan Set Ramadhan berserta tips di bawah ia pasti membantu.
  1. Tidur yang mencukupi. 
  2. Keep hydrate!
  3. Mengamalkan makanan yang seimbang ; Suku-suku Separuh
  4. Menjaga system pencernaan dengan baik supaya mengelakkan masalah sembelit.
  5. Mengurangkan makanan berminyak, pedas, kafein untuk mengelakkan masalah pedih ulu hati.
Set Puasa Ramadhan sini bukan sahaja berkhasiat untuk para ibu-ibu menyusu sahaja, malah ia juga boleh dinikmati oleh setiap golongan. Para bapa, warga emas malah anak-anak jugak boleh menikmati dah merasakan kesegarannya. Dan selalu menjadi perbualan bila ada masalah gastric atau gerd dibulan Ramadhan ni kan. Nak tahu cara mengatasi masalah gerd ni dengan  Set Puasa boleh baca artikel dari GeehaAman ni.

Jom dapatkan Set Ramadhan 1-2-3 ini dengan mengubungi saya. InsyaAllah saya akan bantu.

p/s: Jangan pikir panjang, set Ramdhan ni dapat percume Shaker. Senang sgt, shake-shake je dah settle!


#BlogMegaShaklee2.0
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#PengedarShakleeElmina


*These statement have not been evaluated by the FOOD and Drug Administration. These products are nit intended to diagnose, treat,cure or prevent any disease.. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan dinasihati untuk mendapatkan rawatan/konsultasi dari Doktor atau mana-mana pakar perubatan bertauliah.

Tuesday, 14 February 2023

SET KURUS SHAKLEE

Semasa BLNC 2023, haritu terdapat speaker Micheal Tan Cun menceritakan pengalaman beliau menurunkan berat badannya 20kg dengan menggunakan set Hello New You disamping mengamalkan Intermittent Fasting.

Kebanyakkan kita, bila fikir nak turun kan berat badan/ kurus ni mesti fikir diet; kurang makan, jangan makan dengan kuantiti yang banyak, puasa dan sebagainya.
Tapi terfikirkah kita, bila kita kurang makan meaning badan kita juga kurang zat. Dari mana kita nak dapat zat jika bukan dari makanan kan? Dan dari apa yang kita makan, cukupkah zat-zat penting masuk dalam badan kita?

Di sini, Shaklee ada memperkenalkan set Hello New You atau dikenali Set Kurus Shaklee. Set ini mengadungi Cinch, Lechitin , Omega & Herb Lax.  
Set kurus shaklee

Cinch Shake merupakan minuman yang berasaskan protein berfungsi sebagai meal replacement sepanjang process menurunan  berat badan. Pengambilan Cinch akan memberikan rasa kenyang yang memuaskan. Istimewa Cinch Shake ini adalah kerana mengandungi Leucine. Fungsi leucine ini menjaga jisim otot dimana ia bertanggungjawap untuk pertumbuhan otot dan mengekalkan pertumbuhan otot tersebut. Biasakan kita lihat apabila seseorang itu menurunkan berat badan dari besar ke kurus, perut & lengan mula lembik (flabby). Inilah yang dikatakan otot badan juga hilang ketika process menurunkan berat badan ni. Tak bagus ye kengkawan. Otot sangat penting untuk badan kita.

Kedua, kita juga memerlukan nutrient yang membantu kita memecahkan lemak dalam badan. Inilah fungsi Lechitin. Lechitin diestrak dari kacang soya tanpa menggunakan pewarna, mengawet atau pemanis. Lechitin boleh mengemulsikan/ mengurai
 lemak- lemak kepada size yang lebih kecik supaya mudah disingkirkan. Ia jugak menecegah mengumpulan lemak dalam hati dah menyingkirkan tosin dari hati.



Selain dari Lechitin, Omega Guard juga memainkan peranan penting untuk penyingkiran lemak. Omega Guard ini memainkan peranan penting dalam pembakaran lemak yang termendap. Lemak-lemak degil dibawah kulit, dalam salur darah & lemak yang berkumpul disekeliling organ. Sebab itu, Lechitin & Omega Guard ni bila bergabung, ia lebih mempercepatkan penyingkiran lemak.Bukan itu sahaja fungsi Omega Guard  dalam set kurus shaklee ni, ia juga mengingkatkan paras hormon Leptin, iaitu sejenis hormon yang mengawal selera makan. Leptin ini juga meningkatkan metabolisme, sekali gus membantu pembakaran lemak dalam badan. Fungsi ketiga Omega ini juga adalah ia membantu meningkatkan kadar rangsangan sensitiviti insulin dalam badan. Apabila kadar insulin rendah, pembakaran lemak-lemak terkumpul akan berlaku untuk ditukarkan kepada tenaga. Ini yang kita mahukan.

Herb-lax pula merupkan campuran tumbuh-tumbuhan (herbs) semulajadi. Salah satu ramuannya adalah daun senna, yang merupakan salah satu bahan laksatif semulajadi. (Laksatif =Bertindak bagi mempercepatkan menyingkiran makanan tidak hadam dengan sempurna) . Bagaimana dia berfungsi? Dengan merangsang pergerakkan usus, maka ia dapat melancarkan process perkumuhan dengan sempurna. Ia juga dapat membuang najis-najis lama yang tersekat dan tersimpan lama dalam tubuh. Oleh itu, segala toxic dalam badan jugak dapat dibuang. Uniknya Herb-lax ini, dia bukan macam julab ya, makan terus nak cari toilet. Dia membersihkan usus secara lembut, dia hanya berkesan 8-12 jam setelah mengambilan. Sebab itu, Herb-lax ini disaran ambil sebelum tidur ya.
supaya lancar perjalanannya esok pagi.
 
Set Kurus Shaklee



Disini juga saya senaraikan Vivix dalam set kurus shaklee ini. Kenapa vivix ya?
Ha ini kerana saya katagori kan Vivix ni sebagai super-vitamin.😍 Vivix ini diperbuat daripada 4 jenis tumbuhan yang tinggi antioksidan iaitu muscadine grape, carrot purple, european elderberry dan japaness knotweed. Vivix ini mengandungi Polifenol yang sanagt membantu untuk mengurangkan berat badan. Polifenol ini membantu menaikan metabolisme, meningkatkan sensitiviti insulin dalam badan dan ia akan mengurangkan rasa craving. 

Secara keselurahan, Set Kurus Shaklee ini boleh membantu seseorang untuk menurunkan berat badan. Walaubagaimana pun, ia memerlukan komitmen and usaha yang kuat untuk mencapai berat badan yang diingini. Perlu diingatkan juga penjagaan makanan juga penting dengan mengamalkan konsep suku-suku-separuh.Selain itu juga senaman juga perlu diamalkan bagi mempercepatkan process penuruan berat badan.
Tanpa usaha, macam mana nak dapat hasil kan?

Berminat? Jom hubungi saya.


#MegaBlogShaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#PengedarShakleeElmina

*These statement have not been evaluated by the FOOD and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat,cure or prevent any disease. Pengedar Shaklee Elmina berminat nak beli product Shaklee? Berminat nak JOIN AHLI Shaklee? Nak makan vitamin Shaklee secara PERCUMA? Email: ssarah.hussain@gmail.com. Call/Whatsapp:012-9188995.

Friday, 10 February 2023

I.F BERSAMA SHAKLEE

PENGEDAR SHAKLEE ELMINA
I.F BERSAMA SHAKLEE

MasyaAllah, baca artikel mengenai Islamic Intermitten Fasting daripada pengalaman Farah sungguh menakjubkan. Bagi yang tertanya-tanya cerita ini, boleh baca di blog sebelom ini disini.

Menarikkan...

Intermittent Fasting ini memang sangat disyorkan. Oleh itu pihak Shaklee jugak ada mengeluarkan cadangan product yang boleh diamik ketika kita memlakukan IF ini.
Boleh dibaca disini.
I.F bersama Shaklee

I.F Bersama Shaklee

Ada beberapa product  Shaklee yang dapat membantu kita dalam menjayakan program IF ini. 

1. ESP :Merupakan protein yang berasaskan tumbuhan yang berkualiti. Dia memberikan tenaga yang berpanjangan untuk membina asas yang kukuk. Tiada kolestrol, tiada lemak trans, rendah GI. 

2. CINCH.: Cinch merupakan Meal Replacement. Di mana ia mengadungi 20 jenis nutrient yang lengkap serta mengandungi Leucine yang berfungsi mengekalkan lemak otot. 
  

Tidak perlu mengambil kedua-dua ESP dan Cinch secara serentak. Untuk ESP boleh diambil dipermulaan masa berbuka untuk mengembalikan tenaga. Manakala Cinch diminum ketika penutupan waktu makanan sebagai meal replacement.

2. CINCH TEA MIX: Ini merupakan campuran eksklusif teh putih, hijau & merah serta taurina. Dia dapat memberikan tenaga secara segera.Serta membantu meningkatkan metabolism badan 

4. VITA-LEA: Merupakan multivitamin..seperti yang pernah saya ceritakan sebelom ini, disinilah permulaan nama VITAMIN. Jom baca balik..

5. Vita -C: Bertindak sebagai anti-oksidan yang membantu mengurangkan risiko kerosakan sel dalam badan akibat daripada radikal bebas. Kadang-kadang bila kita buat IF, badan kita ada stress tanpa sedar. Jadi keperluan vita-C ini boleh membantu.

IF bersama shaklee ini sangat mudah. Ada banyak lagi product-product Shaklee yang boleh membantu.Bergantung kepada keperluan badan seseorang. Boleh ikuti juga pengalaman dari adik saya, Huda.



Disclaimer: Segala testi7moni/penulisan tentang product yang dikongso dilaman inibukan bertujuan utkmerawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.

Thursday, 9 February 2023

TIPS INTERMITTENT FASTING


Intermittent Fasting skang ini merupakan salah satu trend yang famous. Kebanyakkan sekarang IF ini sangat disyorkan bukan sahaja untuk mengurangkan berat badan, tetapi ia juga untuk meningkatkan kadar kesihatan badan. 




Seperti yang kita ketahui, Intermittent Fasting ini sebenarnya adalah Corak permakanan seharian kita dengan berpuasa. Method yang paling dikenali adalah 16:8 method. Dimana 16 jam adalah dimana kita berpuasa dah 8 jam waktu diboleh makan. Dengar macam lama kan berpuasa? heheh.. jgn yg risau.. 16 berpuasa itu termasuk la waktu tidur. 

Walaupun dikatakan berpuasa.. tetapi bukanlah berpuasa seperti di bulan Ramadhan dimana tidak boleh makan dah minum. Intermittent Fasting ini kita masih boleh minum sepanjang masa. Walau bagaimanapun,
kita perlu ingat minuman yang diboleh ketika waktu puasa hanyalah minum yang tidak bergula!. Ya,Teh atau Kopi juga dibenarkan...cuma jangan lupa -- tanpa gula!πŸ‘ŒPendek kata minuman tanpa kalori.

Macam mana pula ketika waktu makan? apa pantang larangan IF  apabila waktu makan?
Ianya bergantung kepada niat asal kita melakukan Intermittent Fasting ini.. sekiranya kita berhajat untuk kuruskan badan, jauhilah makanan berkarbohidrat,berlemak, berminyak. Sekiranya melakukan IF untuk mendapatkan kesihatan yang optimun, makanya kurangkan la makanan berkalori tinggi dan jugak process food. 
Ingat ya.. 4-8 jam kita berpuasa, blood sugar dalam badan kita semakin menurun, jangan la bila berbuka kita melantak sehingga boleh menaikkan blood sugar dalam badan semula. Rugi yer..

Simple explaination dari sihatologi.



Dalam IF ini pasti ada cabaran dan pantang- larangnya.
1. GULA .. aka SUGAR
    Berhenti mengambil Gula bukan la sesuatu yang mudah. Sejak kecik kita sudah terbiasa dengan gula. Gula bukan sahaja dalam minuman.. tepati juga makanan.  Gula dalam makanan yg tinggi inilah yang membuat makanan itu berkatagori makanan yang tinggi kalori. InsyaAllah dengan Intermittent Fasting ini kita cuba untuk menahan diri dari mengambil gula yang tinggi. 

2. Menahan Diri dari lapar.
     Badan yang masih belum biasa dengan Intermittent Fasting ini pasti terasa sangat lapar.. Bukan apa, kita tahu kita bukanla berpuasa seperti di bulan ramadhan, tapi kita hanya berpuasa diwaktu tertentu..  Sebab itu, lakukan IF ini dengan menentukan sendiri waktu berpuasa bergantung pada aktiviti harian  dan juga ambil kesihatan kita sekira ada. Sekiranya seseorg itu masih breastfeeding juga perlu menentukan waktu & jam yang berbeza untuk berpuasa. Sekiranya belom masa untuk makan, cuba tahan diri ya ...

Itu kita dah bincangkan pasal cabaran.. tapi apa pula TIPS nya.

1. Skip BREAKFAST.
  Ini yang selalu dilakukan bagi mengamal Intermittent Fasting, sebab waktu tidur sebelum itu badan sudah dalam mode berpuasa. Hanya tambahkan beberapa jam lagi untuk complete waktu berpuasa.  ( contoh ; Last dinner pukul 7 ptg smlm hingga 7 am seterusnya sudah 12 jam; hanya bebaki 4 jam utk berpuasa). Makanya, breakfast hanya diambil sekali dgn waktu Lunch. 
Mudah kan.

2. Water
     Perbanyakkan minum air kosong. Tahukan anda kadang-kadang badan kita tak dapat mebezakan sama ada kita lapar atau dahaga. Sebab itu apa bila kita berasa lapar, cuba minum air kosong dahulu.. insyaAllah akan hilang rasa lapar. Dan bagi mereka yang sukar untuk minum air kosong, kita boleh minum infuse water ; air kosong + lemon atau air kosong + timun / mint yang akan menaik rasa & bau dlm minuman. Tapi ingat ya tanpa gula!

3. Sibukkan Diri
    Mind over body. Ni la kitakan diversion untuk badan kita. Apa kata cuba sibukkan otak kita dengan kerja-kerja yang tertangguh atau mungkin excersice juga dapat melupakan diri daripada fikir nak makan apa kan? Dan selesai excersice .. teguk la berbotol-botol air kosong. Confirm kenyang. πŸ˜…

4. Start Slow.
    Dont compare yourself with others. kalau ada kenalan yang juga melakukan IF ni, jangan banding-bandingkan waktu IF anda. Ingat ya semua bergantung pada badan masing-masing. Bagi yang nak mula mungkin boleh lakukan 12:12. Paling senang - 12 jam berpuasa, 12 jam makan . Cuba kawal diri dahulu dengan gula.. makanan berkarbohidrat dah sebagainya.


Mungkin banyak lagi info-info yang  berkaitan Intermittent Fasting Intermittent Fasting ni yang boleh kita belajar dan sesuaikan dengan diri kita. 




#MegaBlogShaklee #Shakleetriumph2023 #Shakleethrive2023
# Intermittent Fasting
#ESP #Cinch,


*These statement have not been evaluated by the FOOD and Drug Administration. These products are nit intended to diagnose, treat,cure or prevent any disease..  Pengedar Shaklee Elmina berminat nak beli product Shaklee? Berminat nak JOIN AHLI Shaklee? Nak makan vitamin Shaklee secara PERCUMA? Call/Whatsapp:012-9188995.