Tuesday 22 August 2023

Doa Perisai Utama Wanita


Doa merupakan perisai utama. Siapa la kita sebagai hamba Allah yang lemah dah tidak mempunyai apa-apa. Hanya DOA yang dipanjatkan sebagai perisai diri ..

Doa itu sendiri membawa maksud 'memohon, permintaan atau rayuan seseorang kepada Allah SWT yang dipohon dengan keiklasan, rendah hati dan bersungguh-sungguh terhadap permintaanya'.

Suatu masa dahulu, Neelofar mendedahkan doa yang menjadi amalannya. Dan doa tersebut menjadi viral dan famous. Mana tidahk, jika dia lihat kejayaan dan doa yang diamalkan memang setanding. Doa yang ringkas tetapi padat. Permintaan yang hanya Allah yang berkuasa sahaja mampu memberi.  



Doa merupakan permintaan setiap insan. Setiap insan juga mempunyai keinginan dan kemampuan yang berbeza. Hanya diri sendiri yang tahu apakah keinginan dan kemahuan kita. Tak salah sekiranya kita  memasukkan juga doa seperti yang dibaca oleh Neelofar dalam doa harian kita. Selagi doa yang dibaca itu doa yang baik.

Jadi berdoa lah kepada-Nya dan luahkan segala isi hati kita. Hanya Allah yang Maha mendengar dan memahami segalanya.

Sebagai seorang wanita mahupon seorang ibu, kita pasti mahukan yang terbaik untuk diri dan keluarga kita. Janganlah kita lupa untuk mendoakan keselamatan dan kesehateraan suami yang bertugas, titipkan doa juga untuk anak-anak yang membesar tak lupa juga doa untuk ibu bapa sama ada yang masih hidup mahupun telah meninggal. 

Disini suka saya nak kongsikan Doa Mustajab dan menjadi perisai kepada semua umat islam khususnya wanita. Ayat Kursi merupakan ayat 255 dari surah Al-Baqarah juga dikenali sebangai penghulu segala ayat Al-Quran. Ia mempunyai keistimewaan tersendiri seperti

1. Menghimpunkan nama-nama Allah swt yang indah
2. Ayat yang paling agung dalam Al Quran
3. Sebagai pendinding diri daripada syaitan
4. Bagi melindungi rumah dari syaitan 
5. Sebagai batu loncatan ke Syurga



Marilah kita jadikan ayat kursi ini sebahagian daripada doa-doa harian kita. Amat digalakkan untuk dijadikan doa di waktu pagi & petang, sebelom tidur mahupon sebelum memulakan perjalanan.

Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Berkuasa

xoxo
Sarah Hussain



*These statement have not been evaluated by the FOOD and Drug Administration. These products are nit intended to diagnose, treat,cure or prevent any disease.. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan dinasihati untuk mendapatkan rawatan/konsultasi dari Doktor atau mana-mana pakar perubatan bertauliah.

Saturday 19 August 2023

Asas Vitamin Untuk Wanita

17 Ogos : HAPPY BIRTHDAY!!

Wow, selamat datang ke 4 series.😎 Kalau dulu orang tanya umur birthday ke berapa.. malu-malu nak jawap kan. Tahun ni saya siap mintak lagi nak belon umur yang besar! 



Well, age is just a number! 
Betol kan? Number yang dikira sejak lahir sahaja. 

Apa yang penting? Sudah semestinya la kesihatan yang baik. Itu yang paling penting.
Zaman yang serba moden ini, kesihatan sangat mahal. Nak dapat pemakanan yang sihat juga bukan murah, tengok sahaja bahan-bahan oraganic berbeza sekali harganya. Arus moden yang banyak mengubah pembesaran tumbuh-tumbuhan serta haiwan ternakkan, semua ni memang agak sukar untuk kita elakkan. Semua ini kebanyakkan boleh merosakkan diri wanita dan selalunya akan kacau hormon-hormon kita.

Dan dari hormon yang terganggu la boleh menyebabkan banyak masalah wanita yang lain, seperti kulit bermasalah, period tak teratur, monopus di awal umur dan lain lagi.
Nampak remeh, tetapi kesannya agak berat.

Dua tahun lepas saya pernah diganggui oleh hormon yang tak stabil. Saya ingat lagi dikala umur 38, hormon saya sangat teruk. Akibat dari tu yang menyebabkan saya diserang eczema yang sangat teruk, period yang tidak terurus, moody, rambut gugur yang terus, senang stress dan sebagainya. Pelbagai cara saya cuba meredakan eczema yang teruk ditangan, tukar sabun badan , segala sabun yg saya sentuh, buat allergic test (result shown not allergic to any food) dan akhirnya saya buat hormon test. Dari sini saya cuba perbetulkan semua dengan mengambil nutrisi-nutrisi yang diperlukan. Nanti saya ceritakan result saya untuk blog akan datang ya.

Panjang pula mukhadimah kali iniπŸ˜…, secara keseluruhannya kesihatan sangat penting tak kira la berapa umur kita ;30an, 40an ataupon 50an. Pemakanan yang seimbang, aktif bersukan, tidur yang mencukupi perlu kita amalkan. Dan bagi saya zamanyang serba moden ini, memang perlu untuk mengambil pemakanan tambahan (supplement).

JOM kita lihat vitamin apa yang wajib saya ambil untuk memastikan nutrisi dalam badan saya mencukupi.  4 - Vitamin untuk Wanita yang sangat saya recomend.

1. VITALIZE ini merupakan multivitamin yang sangat penting. Ini kerana ianya lengkap dengan 25 jenis nutrisi. Gaya hidup sekarang, dengan makanan harian yang boleh dikatakan asal kenyang je, saya pasti sukar untuk mendapat nutrisi yang lengkap. 




2. OMEGA GUARD merupakan Omega-3 yang sangat bagus untuk jantung. Dengan peningkatan umur, risiko untuk mendapat kolestrol yang tinggi, sakit jantung dan sakit sendi sangat tinggi. Selain itu juga Omega juga merupakan nutrien anti-radang. Radang yang dimaksudkan bukan sahaja keradangan yang kita lihat dari luaran (bengkak, gatal-gatal, etc) tetapi keradangan termasuk juga dalaman akibat dari kekurangkan tidur, stress, merokok serta pengambilan makanan ringan.





3. OSTEMATRIX merupakan Calcium yang lengkap dengan Magnesium. Bila kita sebut kalsium ni, memang sudah menjadi kewajipan bagi setiap wanita untuk mengambilnya. Tahukah anda, calcium dalam badan akan hilang bersama haid (period) setiap bulan. Bukan itu sahaja, bagi ibu yang menyusu juga akan kehilangan calcium dimana ia akan disalurkan kepada bayi melalui susu badan. Tak hairanlah kepada wanita perlu mengambil Calcium tambahan melalui pemakanan. 
Dan untuk mengambil Calcium, pastikan ianya lengkap dengan Magnesium bagi penyerapan calcium yang optimum dalam badan. Tanpa magnesium juga calcium sahaja tidak lengkap.





4. GLA atau dikenali sebagai Gamma Linolenic Acid merupakan nutrien yang sangat penting untuk HORMON penting wanita. GLA juga mengatur kitaran haid, meningkatkan kesuburan dan juga membantu dalam menangani menopos. Bukan itu sahaja ia juga bagus untuk kecantikan kulit dengan adanya vitamin E.




Keempat-empat vitamin untuk wanita ini merupakan vitamin yang basic dan lengkap untuk badan. Tak perlu tunggu sehingga kita berumur 30an atau 40 an untuk consume. Tetapi sangat disarahkan dari umur 20an lagi untuk kita melihat kesan yang positif terhadap tubuh badan kita. Teringat baru-baru ini Shaklee Convention di US, Shaklee ada menyatakan ' with Shaklee we can be 'AGELESS'😎. 

 
Anda rasa saya ada masa untuk pening kepala??πŸ˜…


Kalau pening pon, perlu gagahkan jua demi menjaga keluarga kan. Lenguh badan, sakit kepala, demam selesema itu kadang-kadang tak boleh lari pon. Tetapi apa yang kita nak badan kita cepat recover. Betol kan? Tua ke Muda ke kita perlu menjaga kesihatan kita. 


So apa lagi, jom hubungi saya sekiranya anda perlukan bantuan.




xoxo,
Sarah Hussain
Pengedar Shaklee Elmina
SID:862703




*These statement have not been evaluated by the FOOD and Drug Administration. These products are nit intended to diagnose, treat,cure or prevent any disease.. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan dinasihati untuk mendapatkan rawatan/konsultasi dari Doktor atau mana-mana pakar perubatan bertauliah.

Tuesday 8 August 2023

Coenzyme Q10 (CoQ-10) : Kenapa ia penting untuk jantung


"Sarah, awak kena amik CoQ10 ni.. penting untuk jantung!"

Teringat lagi kisah lama, sewaktu kerja dengan Qatar Petroleum project..Project Manager saya tegur dan bercerita pasal CoQ10 bagus untuk jantung semua. Dalam hati fikir, "takpe la bos dah 40++ memang patut la amik coQ ni..PM lak tu sure la stress tinggi. Iols muda lagi yer".πŸ˜‚ Bertapa naifnya saya ketika itu. Punya panjang lebar dia cerita, masuk telinga kanan keluar telinga kiri je.. yang saya ingat dia menekankan pasal coQ yang diambil dari extract mangosteen. Dalam hati iakan jer la...

Jadi apa itu CoQ10 ni??


Coenzyme Q10 (CoQ10) adalah nutrisi larut lemak (fat soluble nutrient ) yang wujud dalam SETIAP sel tubuh badan manusia.

Mitochondria merupakan ‘powerhouse’ bagi setiap sel. Untuk menjana tenaga, molekul makanan bersama coQ10 diperlukan bagi penghasilan tenaga sel (ATP).

Food Molecule+CoQ10= ENERGY




Apa kaitan CoQ10 dengan kesihatan jantung?




Jantung kita berdegup sebanyak 100,000 kali sehari..

Jantung merupakan organ yang berkerja berterusan tanpa henti - 24 jam tanpa henti. Jadi oto-otot jantung memerlukan tenaga yang banyak untuk mengepam  oksigen ke seluruh tubuh badan. Tak hairan la Mitochondria memang terdapat banyak pada jantung bagi menghasilkan tenaga yang berpanjangan. Tanpa tenaga yang mencukupi, badan akan cepat berasa letih, lesu dan cepat mengantuk. Untuk menjaminkan jantung berkerja dengan baik, coQ10 merupakan kunci kepada penghasilan tenaga bagi setiap sel.

Walaupun coQ10 ini dihasilkan secara natural dalam badan kita, tetapi semakin meningkat usia kita penghasilan coQ10 dalam badan juga semakin menurun. Bukan itu sahaja faktor kesihatan (terutama mereka yang menghidap penyakit kronik) serta pengambilan ubat sintetik seperti Statin (terdapat dalam ubat merendahkan kolestrol) juga merupakan faktor coQ10 dalam badan semakin menurun.

Actually coQ ini bukan sahaja untuk jantung.. dia merangkumi seluruh sel-sel dalam badan kita.




😎  Kalau ada rezeki saya jumpa boss lama tu..  boleh la saya  bagi tahu bahawa saya skang mengambil coQ10 juga! Dan coQ10 perlukan Resveratrol dan juga Tocopherols untuk memastikan coQ10 diserap secara baik dalam badan. 








Jom kita menjana tenaga sel-sel tubuh badan dengan coQ-Trol Plus.
Dapatkan coQ Trol Plus anda dengan klik link ini  Saya Nak coQ-Trol Plus



xoxo
Sarah Hussain
Pengedar Shaklee
Sid:862703











*These statement have not been evaluated by the FOOD and Drug Administration. These products are nit intended to diagnose, treat,cure or prevent any disease.. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan dinasihati untuk mendapatkan rawatan/konsultasi dari Doktor atau mana-mana pakar perubatan bertauliah.

Monday 7 August 2023

Vitamin E - Supplement Essential bagi Lelaki & Wanita





Apa itu Vitamin E?

Vitamin E atau nama lain Tocopherols merupakan vitamin yang larut lemak dan mengandungi antioksidan yang mampu melawan radikal bebas. Vitamin E juga merupakan vitamin yang tidak boleh dihasilkan oleh badan. Ia perlu diconsume dari segi pemakanan. 

Sumber makanan yang mengandungi Vitamin E adalah daripada sayur-sayuran berwarna hijau gelap, kekacang dan biji-bijran serta minyak sayuran. Contoh lain sumber vitamin E adalah seperti gandum, kacang soya, gandum, almond, 

Vitamin E merupkan nutrient yang penting juga bagi penglihatan, penghasilan benih (reproduction) serta kesihatan jantung, sel darah dan juga kulit.

Jadi apa terjadi sekiranya kita kekurangkan vitamin E? Kekurangan vitamin E boleh menyebabkan ganguan kepada sistem pertahanan tubuh, gangguan penglihatan sehingga boleh merosakkan saraf serta juga kulit akan lebih cepat berkedut.

Kekurangan Vitamin E


 Manfaat Vitamin E pada Lelaki & Wanita

1. Mengurangkan risiko penyakit jantung.

    Mempunyai tekanan darah yang tinggi serta tahap lipid darah yang tinggi seperti LDL dan trigiliserida yang tinggi penyebab penyakit jantung.
Dengan pengambilan 800Iu vitamin E sehari boleh melingungi sel darah merah untuk mengelakkan pengasidan lipid, meningkatkan kolestrol baik (HDL), mengurangkan pembentukan sel darah beku pada salur darah serta vitamin E bertindak sebagai anti-oksidan melindungi sel daripada radikal bebes.

2. Anti penuaan

    Vitamin E bersifat antioksida yang membantu menghalang radikal bebas daripada memudaratkan kulit. Kajian menunjukkan, penggunaan Vitamin E bersama Vitamin C didapati dapat memberikan kesan anti penuaan dengan lebih effective. Anti penuaan yang dimaksudkan adalah melindungi kulit daripada kedutan, garis-garis halus, menghilangkan parut, tona kulit yang sekata serta keguguran rambut.

3. Meningkatkan kemampuan reproduktif 

    Vitamin E juga selalunya dikaitkan dengan vitamin lelaki. Ini kerana vitamin E mampu meningkatkan kemampuan reproductif. Para lelaki yang mengambil 600Iu - 800Iu setiap hari mampu meningkatkan penghasilan sperma yang sihat.


4. Kecantikan kulit & anti radang

    Sedar tak kebanyakkan skin product yang ada dipasaran sekarang mengandungi vitamin E? Ini kerana vitamin E juga berfungsi sebangai anti radang. Bagi mereka yang mempunyai masalah kulit berjerawat atau gatal-gatal (ruam/ekzema), vitaminE berfungsi meredakan radang yang berlaku pada kulit. Selain itu juga vitamin E juga membantu mencerahkan parut-parut pada kulit

5. Membantu melawan Menstural Pain ( Dynsmenorrhea)

Dynsmenorrhea merupakan ciri-ciri dimana sakit haid yang teruk dan kerap, seperti senggugut ataupun sakit pelvic. Para penyelidikan mencadang dengam pengambilan Vitamin E ini boleh membantu mengurangkan menstrual pain ini. Dimana kajian menunjukkan dengan pengambilan 200iu setiap hari melegakan kesakitan period ini lebih daripada plasebo. Walaubagaimana pun, keberkesananya adalah lebih effective dengan mengambil juga Omega -3 yang mengandungi 180mg EPA dan 120mg DHA.

Keistimewaan Vita - E Complex Shaklee


  1.  400IU vitamin E yang di extract secara semula jadi dari kacang soya (semulajadi) yang lebih mudah diserap oleh tubuh badan.
  2. Mengadungi 65mcg selenium dimana ia merupakan salah satu komponen yang penting bagi memastikan vitamin E dapat bertindak dengan lebih optimum.
  3. Mengadungi 39.4mg proanthocyanidins (daripada exract biji anggur) yang merupakan sebatian yang tinggi antioksida.


DID YOU KNOW??

Adalah terbaik bagi mengambilan sebanyak 400IU SEHARI

Dengan sifat Vitamin E yang hanya boleh diperolehi dengan food consumption ( tidak boleh dibuat dalam tubuh badan), mampukan anda mengambil 8kg bayam setiap hari?😳. Jadi kenapa perlu menyusahkan diri, jesteru Vita- E complex Shaklee mampu memberikan keperluan harian anda.

JOM dapatkan Vita-E Complex anda dengan saya.


xoxo
Sarah Hussain
SID: 862703
Pengedar Shaklee

*These statement have not been evaluated by the FOOD and Drug Administration. These products are nit intended to diagnose, treat,cure or prevent any disease.. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan dinasihati untuk mendapatkan rawatan/konsultasi dari Doktor atau mana-mana pakar perubatan bertauliah.