Doa merupakan perisai utama. Siapa la kita sebagai hamba Allah yang lemah dah tidak mempunyai apa-apa. Hanya DOA yang dipanjatkan sebagai perisai diri ..
Doa itu sendiri membawa maksud 'memohon, permintaan atau rayuan seseorang kepada Allah SWT yang dipohon dengan keiklasan, rendah hati dan bersungguh-sungguh terhadap permintaanya'.
Suatu masa dahulu, Neelofar mendedahkan doa yang menjadi amalannya. Dan doa tersebut menjadi viral dan famous. Mana tidahk, jika dia lihat kejayaan dan doa yang diamalkan memang setanding. Doa yang ringkas tetapi padat. Permintaan yang hanya Allah yang berkuasa sahaja mampu memberi.
Doa merupakan permintaan setiap insan. Setiap insan juga mempunyai keinginan dan kemampuan yang berbeza. Hanya diri sendiri yang tahu apakah keinginan dan kemahuan kita. Tak salah sekiranya kita memasukkan juga doa seperti yang dibaca oleh Neelofar dalam doa harian kita. Selagi doa yang dibaca itu doa yang baik.
Jadi berdoa lah kepada-Nya dan luahkan segala isi hati kita. Hanya Allah yang Maha mendengar dan memahami segalanya.
Sebagai seorang wanita mahupon seorang ibu, kita pasti mahukan yang terbaik untuk diri dan keluarga kita. Janganlah kita lupa untuk mendoakan keselamatan dan kesehateraan suami yang bertugas, titipkan doa juga untuk anak-anak yang membesar tak lupa juga doa untuk ibu bapa sama ada yang masih hidup mahupun telah meninggal.
Disini suka saya nak kongsikan Doa Mustajab dan menjadi perisai kepada semua umat islam khususnya wanita. Ayat Kursi merupakan ayat 255 dari surah Al-Baqarah juga dikenali sebangai penghulu segala ayat Al-Quran. Ia mempunyai keistimewaan tersendiri seperti
1. Menghimpunkan nama-nama Allah swt yang indah
2. Ayat yang paling agung dalam Al Quran
3. Sebagai pendinding diri daripada syaitan
4. Bagi melindungi rumah dari syaitan
5. Sebagai batu loncatan ke Syurga
Marilah kita jadikan ayat kursi ini sebahagian daripada doa-doa harian kita. Amat digalakkan untuk dijadikan doa di waktu pagi & petang, sebelom tidur mahupon sebelum memulakan perjalanan.
Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Berkuasa
xoxo
Sarah Hussain
No comments:
Post a Comment