Wednesday 24 May 2023

Renewal Membership Shaklee dengan mudah.

Pengedar Shaklee Elmina


Membership Shaklee dah nak expired?Meh sini saya kongsikan bagaimana cara mudah untuk kita renew membership Shaklee.

Mana-mana keahlian/membership lazimnya akan ada expired date. Dan selalunya membership ini akan diberi untuk tempoh masa setahun. Begitu juga untuk Shaklee, setiap keahlian Shaklee perlu di renew setiap tahun. Dan untuk lebih memudahkan, Shaklee telah menetapkan bahawa tarikh expired membership adalah tarikh hari lahir. Mudahkan? Bila birthday je ingat 2 benda yang akan expired; Shaklee membership & juga lesen memandu!😂

Kenapalah nak kena ada expired date semua ni? Ini adalah untuk memastikan setiap tahun, data-data keahlian adalah up to date. Tak dinafikan juga dalam Shaklee juga ada yang tiba-tiba senyap dan tidak membuat sebarang pembelian selama setahun lebih.Mungkin ada sebad-sebab tertentu. Walaubagaimanapon, uniknya Shaklee ini.. selama mana ditinggalkan, pasti anda akan berpatah balik lebih-lebih lagi bila kita sudah merasakan keberkesanannya.

Jadi bagaimana nak renew membership Shaklee?

Mudah sahaja.. dengan pembelian mana-mana product Shaklee dalam tempoh 3bulan sebelum atau selepas Birth date anda. Automatically, membership anda akan di renew.
Simple..


Pengedar Shaklee Elmina

Tapi bagaimana pula bagi mereke yang dah lama expired? Yang lebih dari setahun..
Ha, ini tuan puan boleh contact saya *winkwink😎. Kemungkinan besar membership anda sudah tiada dalam database. Jadi, anda perlu mendaftar semua keahlian sama ada dengan membuat pembayaran sebanyak RM35 atau dengan membeli mana-mana promosi yang menawarkan keahlian percuma.
Promosi Set Rahmah yang masih ada untuk keahlian percuma!


Perlu ke nak renew membership Shaklee??

Sudah semestinya.. YA! Jom kita tengok apa benefit membership Shaklee.

  1. Sudah semestinya boleh menikmati harga ahli ( 25% discount) dari harga retail.
  2. Anda boleh membeli belian secara Online atau pon mana-mana branch Shaklee dengan menggunakan ID anda.
  3. Anda boleh mendapatkan info-info product atau Promosi bulanan secara langsung dari website Shaklee.
  4. Anda boleh attend mana-manas kelas nutrisi yang disediakan oleh Shaklee.
  5. Dengan pembelian minimum sebanyak 150 UV, anda layak untuk mendapat Cash Rebate Shaklee. (klik sini)
  6. Malah anda juga boleh memulakan Business Shaklee anda & join Community Shaklee.
Pengedar Shaklee Elmina




Jom Renewal Shaklee Membership anda dah be a Proud Shakleerian!

Bagi mereka yang belum menjadi ahli, Jom hubungi saya ur trusted SID😊 


#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#ShakleeElmina
#ShakleeReadyStockElmina

*These statement have not been evaluated by the FOOD and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat,cure or prevent any disease.. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan dinasihati untuk mendapatkan rawatan/konsultasi dari Doktor atau mana-mana pakar perubatan bertauliah.

Tuesday 23 May 2023

Vitamin Percuma dengan Cash Rebate Shaklee

Kadang-kadang saya terfikir bertapa untungnya zaman dulu-dulu, sewaktu ibu ayah kita membesar. Untung bukan apa, bila terkenang zaman dulu-dulu boleh dikatakan natural. 
Zaman sekarang, kalau boleh setiap bahan makanan yang dibeli tu mesti tengok la dulu ramuannya. Sayur-sayuran, buah-buahan pon boleh dikatakan semuanya mesti ada semburan racun atau bahan kimia lain. Sebab itu la kot orang tua-tua skang masih sihat-sihat, hanya sakit tua malah kulit mereka pon cantik & bersih je tengok. Walhal anak-anak muda sekarang pelbagai penyakit yang kita dengar.. Nauzibillah.

Zaman kita ni bukan tak ada makan-makanan yang natural atau dengan erti kata lain organic. Tapi itu la kan, kalau kat supermarket tu bahagian organic ni memang tak lalu pon kan? Tengok harga pon mengucap sendiri.😄
Well, you get what you paying for la kan..

Ya Allah, kau hindarkan la kami semua dari penyakit-penyakit berbahaya. Semoga kita juga tak leka dengan permakanan-permakanan yang memudaratkan diri kita. Sebab itu juga la orang kata kesihatan itu mahal sebenarnya.

Sebagai salah satu iktihar yang saya amalkan untuk diri sendiri dah keluarga adalah dengan mengamalkan makanan tambahan (supplement). Dah nama pon makanan tambahan..memang la selalunya tidak dia ambil kesah pon. Tapi percayalah sepanjang saya mengamalkannya.. sedikit sebanyak memang nampak perbezaannya.Memang berbeza.  Dah pemilihan vitamin terbaik juga memainkan peranan ya.

"Shaklee ni mahal la..." Ayat yang selalu saya dapat. Tetapi tahukah anda juga boleh makan vitamin Shaklee dengan PERCUMA?

CASH REBATE SHAKLEE - Siapa yang layak?

Semestinya la setiap  ahli Shaklee layak menerima cash rebate shaklee. Syarat utama adalah anda perlu membeli product-product shaklee dengan menggunakan ID
anda sendiri. Di setiap ahli yang berdaftar, anda akan menerima ID anda yang tersendiri. 

Sekiranya kita membeli product shaklee tanpa menggunakan ID, anda lah yang rugi. Anda sudah terlepas untuk melayakkan diri anda menerima Cash Rebate.

Belom ada lagi ID Shaklee? Jom klik dibawah ni.


LAYAK CASH REBATE SHAKLEE

Pengedar Shaklee Elmina
Anggaran kiraan Cash Rebate.


Setiap product Shaklee ada UV point tersendiri. Jadi untuk melayakkan diri anda untuk mendapat cash rebate dari Shaklee, anda perlu membuat pembelian sekurang-kurangnya 150UV minimum di dalam bulan yang sama (anggaran dalam RM510).

Ini bermakna, lebih banyak belian yang anda lakukan didalam satu bulan. Maka besar la cash rebate yang anda akan dapat di bulan hadapan. Peratusan calculation adalah berbeza bagi setiap UV yang terkumpul, itu uniknya Shaklee. 

Ada downline saya dahulu, sewaktu dia nak buat pembelian. Mesti dia akan tanya satu department dia untuk dia dapatkan UV yang lebih besar. Sudahnya bulan depan dia akan rolling balik cash rebate yang diberi oleh Shaklee pada setiap 14hb untuk membeli product-product baru. Bijak kan?

CASH REBATE : Macam mana nak tahu?

Dan layak dapat cash rebate ni macam mana pula kita akan dapat?
Apabila anda mendaftar menjadi ahli Shaklee, salah satu form yang anda perlu isi adalah detail mengenai no acc anda. Di sinilah Shaklee anda bank-in Cash Rebate anda pada setiap 14hb. Untungkan. Dapat Cash rebate tengah-tengah bulan lagi! Memang sempat la untuk top up vitamin anda secara pecuma!

Pengedar Shaklee Elmina
Online Enrolment


Ramai sahaja kenalan saya yang hanya mendaftar sekadar untuk consumption sendiri dah keluarga. Tolong belikan untuk adik beradik juga kadang- kadang boleh dapat cash rebate ni dari Rm200-Rm500 sebulan. Sedikit sebanyak boleh juga kita bantu ibu ayah atau ahli keluarga lain makan vitamin secara percuma. 

Mana tidak, vitamin Shaklee ni sebenarnya bukan la vitamin yang perlu dibeli/top up setiap bulan pon. Rata-rata vitamin Shaklee quantiti nya adalah untuk 2 ke 3 bulan consumption bergantung pada berapa ramai yang makan seharian. Contohnya, multivitamin (Vita-Lize) tahan sehingga 2 bulan. Vitamin C pula boleh tahan up to 4 bulan jika seorang sahaja yang consume. Tapi kalau dirumah saya Hero Kiddo atau Vitamin C Chewable, boleh dikatanya setiap bulan kena top up sebab total ada 6 orang yang makan. Hot StuFF!😂

Sangat berbaloikan? Hanya dengan mendaftar menjadi ahli Shaklee Rm 35 ataupon mendapatkan promosi keahlian percuma anda layak untuk mendapat Cash Rebate.
Asbab cash rebate ini, dalam jangka masa yang panjang anda akan mendapat kesihatan yang baik dah juga supply vitamin Shaklee bulanan anda secara Percuma!

Pengedar Shaklee Elmina
Dapatkan Set Rahmah dah Pendaftaran Ahli Percuma!

Jangan tunggu lama-lama. Sekiranya anda belom mempunyai ID Shaklee anda. Jom sembang dengan saya untuk penerangan lebih terperinci. 


xoxo
Sarah Hussain
SID: 862703

*These statement have not been evaluated by the FOOD and Drug Administration. These products are nit intended to diagnose, treat,cure or prevent any disease.. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan dinasihati untuk mendapatkan rawatan/konsultasi dari Doktor atau mana-mana pakar perubatan bertauliah.

Wednesday 17 May 2023

Dapatkan Berat Badan Ideal dengan Hello New You


Assalamualaikum semua!

Sebelum ni saya ada share pasal kurus sebelum raya (klik sini). Tapi sekarang raya pon dah nak sampai penghujungnya. So amacam? Dah dapat ke berat badan yang diidam- idam kan?? BELOM?? ALAMAKKKKK...

Haa jangan nak salahkan sebab raya yer!😁

Takpe..masih belom terlambat lagi.. masih sempat lagi untuk mendapatkan  berat badan yang ideal.Mungkin ada yang dah dapat berat ideal masa bulan puasa. Tapi bila raya ni.. almaklum je la. Its okay. Apa yang penting dalam berat yang idea ni pon sebenarnya adalah bergantung pada Jisim Badan seseorang itu juga.. erti kata lain BMI index (Body Mass Index).  Berat badan yang ideal tu macam mana kita nak tahu? Jom kita buat kira-kira untuk renungan bersama. 

BMI Calculation
Kiraan BMI


Senang je nak kira.. hanya perlukan berat badan dan juga ketinggian. Bahagi kedua-duanya dah kita boleh dapat BMI . Dari nilai BMI itu kita tengok sama ada kita berada dalam BMI normal atau overweight.

Index BMI.

So macam mana BMI kita lepas raya ni?
Overweight atau Obess atau Normal..

Jaga-jaga ya. Seperti mana yang kita semua tahu. Overweight atau obesiti sangat membahayakan kesihatan. Ia boleh menjadi punca kepada penyakit-penyakit kronik yang lain seperti kolestrol tinggi, serangan jantung, strok, serangan asma mahupon cancel. 

Jom say HELLO TO NEW YOU!


Alhamdulillah, sebenarnya saya sendiri baru mengamalkan  set Hello New You ni pada bulan puasa yang lepas secara serious. Alhamdulillah dengan bantuan set ini memang memberi tenaga yang memberangsangkan. Sepanjang bulan puasa ni saya berjaya turunkan berat badan sebanyak 5kg.

Dan..

Dan menariknya, sepanjang syawal ini juga saya berjaya kekalkan berat badan saya. Yer, di musim-musim raya ni, setiap minggu ada open house. Bukan satu.. tapi 2-3 buah rumah. Bagi saya satu yang mengkagumkan yer.. bukan senang. Di bulan Syawal ni terus terang ni saya bukan la yang menjaga pemakanan sangat. Boleh kata semua saya belasah. Maklumla tambah-tambah juga musim-musim panas ni. Memang segala air saya minum.. yang manis-manis pon lagi banyak saya minum. #guilty.

Tetapi bila berat badan saya masih maintain macam bulan puasa. WOW!
Apa yang saya amalkan? Semestinya set Hello New you dari Shaklee.

Pengedar Shaklee Elmina

Pepagi lagi saya akan bancuh Cinch & ESP sebagai alas perut. Ye saya cepat lapor pepagi.. 😅 Mesti minum ESP & Cinch ni then baru saya boleh menguruskan hal anak-anak ke sekolah. Lepas balik tu mesti la cari breakfast, tapi alhamdulillah dengan Cinch & ESP ni membantu saya mengawal nafsu untuk makan yang berat. Sekadar roti sekeping pon boleh tahan sampai lewat lunch. Kadang-kadang tu memang skip sahaja.

Satu lagi yang menjadi kegemaran saya dalam Set Hello New You ni adalah Performance Drink. Dalam musim-musim panas ni memang dah menjadi kewajpan saya akan buat sebalang penuh Performance Drink ni dah habis by tengah hari. Suprizingly, performance Drink ni memang cepat hydrate badan saya dah juga yang saya suka adalah kurang craving saya pada air manis. Kalau panas-panas ni selalunya Tealive ke.. ais blended memang la menjadi kegemaran! #Guiltylagi.

Potong rumput dikala musim panas bersama Performance Drink.

Di tambahkan lagi dengan Lechitin ,Omega Guard & Herb-Lax , memang membantu dalam pemecahan lemak. Nak tahu macam mana? 😄 Anda boleh rasa sendirinya process sebelom, semasa & selepas pembuangan. Nak cerita kang .. ada yang tak sanggup nak baca lak kan? Takpe.. msg saya kalau nak tahu details. Memang badan rasa sangat sedap bila process pencernaan/ pembuangan badan anda tip-top ya. 

Walaubagaimana pun, saya sendiri masih belom lagi mencapai target berat badan yang yang ingin. Masih ujung-ujung nak Overweight. Kalau boleh nak juga dalam awal-awal skala BMI Normal kan.
Mungkin selepas ini saya akan memulakan semula Intermitten Fasting bagi membantu lagi process untuk mendapatkan berat yang diidamkan. 

Jangan risau set Shaklee Hello New You ini sudah pon terbukti SELAMAT & TERBUKTI. Ramai yang sudah mendapat result memberangsangkan dengan Set Hello New You ni. Tak kira jantina baik lelaki mahupon perempuan. Ada yang sudah turun sebanyak 10kg, ada juga yang sampai 20kg.
Apa yang penting... istiqamah.


i Klik Sini sekiranya anda nak tahu lebih mendalam untuk Set Hello New You.
Nak dapatkan set ni? Jom Whatsapp saya!

xoxo
Sarah Hussain
Sid: 862703


*These statement have not been evaluated by the FOOD and Drug Administration. These products are nit intended to diagnose, treat,cure or prevent any disease.. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan dinasihati untuk mendapatkan rawatan/konsultasi dari Doktor atau mana-mana pakar perubatan bertauliah.

Thursday 11 May 2023

Seronoknya menganjurkan Hari Raya Open House .

Pagi tadi sewaktu saya hantar anak-anak saya ke sekolah, saya dengar ulasan menarik di radio Zayan. Topic mengenai  apa hukum apabila sesorang itu sudah pon RSVP  ke atas undangan Open House tetapi tak hadirinnya.

Dasyatkan sekarang ni open house pon nak kena RSVP, detik hati saya. 
Tapi takpe lah itu mungkin bagi mereka yang selesa membuat majlis yang besar terus. Menjemput semua sahabat handai, keluarga besar, jiran tetangga sekali gus. Mengemas, memasak, berhias untuk satu hari sahaja. Ada senangnya kan.


Tetapi bagi saya, Open House hari raya ini adalah untuk mengeratkan siratulrahim. Diwaktu inilah kita berjumpa sanak-saudara, sahabat handai yang mungkin kita dah lama tidak berjumpa. Hanya setahun sekali sahaja kita berjumpa. 
Saya lebih gemarkan Hari terbuka yang kecil-kecilan, dimana boleh berborak panjang sesama tetamu. Masa ini la kita nak bersembang yer tak?

Teringat tahun lepas, setiap minggu saya buat rumah terbuka!😎 
Yer la kan..saya pindah ke Elmina di ujung tahun 2019., awal tahun 2020 terus Lockdown akibat Covid.  Selama 3 tahun, rumah saya tiada pengunjung. Sedara mara pon tak tahu lokasi rumah saya di Elmina ni. Suami saya terus setuju buat rumah terbuka setiap minggu!
Setiap minggu berturut...dimulakan dengan sedara mara belah saya, minggu seterusnya sedara mara belah suami, kemudian open house untuk jiran-jiran terdekat dan minggu terakhir kawan-kawan saya dah kawan-kawan sekolah anak-anak saya.

Penat, memang la penat. Setiap minggu kena kemas rumah. Setiap minggu juga saya & suami tertungkus lumus siapkan juadah. Yer, kami masak sendiri.
Tapi, alhamdulillah kami berpuas hati. Dapat menyediakan juadah dari air tangan kami, dapat berkumpul tak ada la ramai sangat, mungkin dalam 20-30 orang setiap minggu. Dapat berbual-bual, makan, gelak ketawa, melihat perkembangan anak-anak sedara. Seronok kan.


Hari Raya Open House

Tak susah pon untuk menganjurkan rumah terbuka ni, janji kita tahu caranya.

1. Tetapkan Masa yang sesuai.
Kita kena tahu jemputan kita duduk dimana. Kalau ramai jemputan yang jauh, kita buka la masa untuk rumah kita ni panjang sedikit. Beri masa untuk mereka tiba dan menikmati juadah yang kita sediakan dengan tenang. Mungkin dari kul 11am - 4pm. 
Bagi jiran-jiran pula boleh la kita undang di sebelah malam atau di pagi hari. Jangka masa 2-3 jam sudah memadai. 

2. Juadah yang bersesuaian
Pilih la juadah yang mudah disediakan. Ada setengah orang, menu nasi merupakan juadah yang senang untuk disediakan, ada setengah orang laksa atau mee kari yang mudah baginya. Bagi saya menu apa sahaja boleh sahaja dijadikan Juadah untuk hari terbuka hari raya ni, lagipun tujuan utama adalah untuk merapatkan siratulrahim sahaja. Kadang-kadang hidangan nasi lemak pon sedapkan, tak larat juga nak makan lemang rendang setiap minggu kan?

Walaubagaimana pun, jangan lupakan hidangan untuk anak-anak kecil. Sediakan la hidangan juga untuk anak-anak kecil yang simple, tak pedas , apa-apa sahaja menu yang boleh mengisi perut anak kecil. Menu mudah seperti ayam goreng, bihun goreng, nugget dah sebagainya.
Jangan biarkan ibu-bapa balik kekenyangan tapi jenuh kena cari makan lain untuk anak-anak mereka.😉
Seronoknya anjur Hari terbuka
Ruangan main pon saya sediakan untuk anak-anak.

3. Sediakan ruang Solat.
Zaman sekarang ni setiap hujung minggu mesti ada sahaja jemputan hari terbuka kan.
Kadang-kadang sampai 2 ke 3 buah rumah. Jadi apa salahnya kita permudahkan urusan jemputan kita. Sediakan ruang untuk bersolat dah fresh -up sebelum mereka meneruskan perjalanan mereka.  



Semperna bulan mulia ini, dan bagi mereka yang dah lama berhajat nak buat hari terbuka rumahnya. Teruskan la niat itu. Menganjurkan Hari raya open house ini bukan la satu kewajipan, tetapi anggap ia sebagai suatu ibadah bagi merapatkan hubungan siratulrahim.Dalam setiap yang penat, ada manisnya. Lakukan lah mengikut keupayaan diri sendiri. Bagi saya, tetamu yang datang juga membawa rezeki kepada kita.

xoxo,
Sarah Hussain

*These statement have not been evaluated by the FOOD and Drug Administration. These products are nit intended to diagnose, treat,cure or prevent any disease.. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan dinasihati untuk mendapatkan rawatan/konsultasi dari Doktor atau mana-mana pakar perubatan bertauliah.


Wednesday 3 May 2023

Hadapi Gelombang Haba dengan bijak

Pagi ni dapat massage berjela panjang dari group sahabat karib. Terkejut tengok pepagi lagi whatsapp dah beratus yang masuk. Rupanya mereka membincangkan issue semasa iaitu Heat Wave/ Gelombang Haba. Heat Wave yang melanda Malaysia sekarang amat merisaukan pelbagai golongan. Golongan anak-anak kecil, mereka yang berkerja di site,tak kurang juga warga emas.

Teringat pula saya pada zaman saya masih berkerja di Pasir Gudang, di site office yang begitu lapang dan terbuka. Tiada pokok-pokok besar yang boleh bertedung. Bila musim-musim panas ni la memang tinggi cabarannya. Berjalan jauh dari satu tempat ke satu tempat memang cepat je tenaga habis.  

Heat Wave
Project ONGC di SDE pada tahun 2012

Dan baru-baru ini juga kita ada mendengar berita tentang seorang kanak-kanak 12 tahun yang meninggal dunia kononnya akibat Heat Strok. Walaupun, KKM telah menjelaskan bahawa kematian arwah adalah disebabkan Septic Shock ini tidak bermaksud kita perlu mengambil lewa tentang isi Gelombang Haba ini.



Kenali Strok Haba & Heat Exhaustion.


Walaupun kita sebangai rakyat Malaysia memang sudah biasa hidup dimusim panas & hujan. Tetapi jangan kita ambil ringan tentang issue perubahan musim ini, sebab kita tidak akan sedar sehinggakan badan kita collapse.

Pastikan badan kita hydrate. Paling penting!

Shaklee juga menghasilkan ramuan khas untuk mengekalkan badan hidrasi. Rumusan yang pada asalnya dibuat untuk astronut-astronut NASA supaya mengekalkan badan mereka hidrasi  dan aktif di angkasa lepas, iaitu Performance Drink.

Performance Drink


Peformance drink ini juga membantu dalam menggantikan air yang hilang sewaktu melakukan aktiviti fizikal (seperti bersenam),  cepat menghilangkan rasa haus, mengelakkan cramp, melembabkan kulit serta yang mengelakkan keletihan setelah penat berkerja dibawah cuaca yang panas.