Thursday 11 May 2023

Seronoknya menganjurkan Hari Raya Open House .

Pagi tadi sewaktu saya hantar anak-anak saya ke sekolah, saya dengar ulasan menarik di radio Zayan. Topic mengenai  apa hukum apabila sesorang itu sudah pon RSVP  ke atas undangan Open House tetapi tak hadirinnya.

Dasyatkan sekarang ni open house pon nak kena RSVP, detik hati saya. 
Tapi takpe lah itu mungkin bagi mereka yang selesa membuat majlis yang besar terus. Menjemput semua sahabat handai, keluarga besar, jiran tetangga sekali gus. Mengemas, memasak, berhias untuk satu hari sahaja. Ada senangnya kan.


Tetapi bagi saya, Open House hari raya ini adalah untuk mengeratkan siratulrahim. Diwaktu inilah kita berjumpa sanak-saudara, sahabat handai yang mungkin kita dah lama tidak berjumpa. Hanya setahun sekali sahaja kita berjumpa. 
Saya lebih gemarkan Hari terbuka yang kecil-kecilan, dimana boleh berborak panjang sesama tetamu. Masa ini la kita nak bersembang yer tak?

Teringat tahun lepas, setiap minggu saya buat rumah terbuka!😎 
Yer la kan..saya pindah ke Elmina di ujung tahun 2019., awal tahun 2020 terus Lockdown akibat Covid.  Selama 3 tahun, rumah saya tiada pengunjung. Sedara mara pon tak tahu lokasi rumah saya di Elmina ni. Suami saya terus setuju buat rumah terbuka setiap minggu!
Setiap minggu berturut...dimulakan dengan sedara mara belah saya, minggu seterusnya sedara mara belah suami, kemudian open house untuk jiran-jiran terdekat dan minggu terakhir kawan-kawan saya dah kawan-kawan sekolah anak-anak saya.

Penat, memang la penat. Setiap minggu kena kemas rumah. Setiap minggu juga saya & suami tertungkus lumus siapkan juadah. Yer, kami masak sendiri.
Tapi, alhamdulillah kami berpuas hati. Dapat menyediakan juadah dari air tangan kami, dapat berkumpul tak ada la ramai sangat, mungkin dalam 20-30 orang setiap minggu. Dapat berbual-bual, makan, gelak ketawa, melihat perkembangan anak-anak sedara. Seronok kan.


Hari Raya Open House

Tak susah pon untuk menganjurkan rumah terbuka ni, janji kita tahu caranya.

1. Tetapkan Masa yang sesuai.
Kita kena tahu jemputan kita duduk dimana. Kalau ramai jemputan yang jauh, kita buka la masa untuk rumah kita ni panjang sedikit. Beri masa untuk mereka tiba dan menikmati juadah yang kita sediakan dengan tenang. Mungkin dari kul 11am - 4pm. 
Bagi jiran-jiran pula boleh la kita undang di sebelah malam atau di pagi hari. Jangka masa 2-3 jam sudah memadai. 

2. Juadah yang bersesuaian
Pilih la juadah yang mudah disediakan. Ada setengah orang, menu nasi merupakan juadah yang senang untuk disediakan, ada setengah orang laksa atau mee kari yang mudah baginya. Bagi saya menu apa sahaja boleh sahaja dijadikan Juadah untuk hari terbuka hari raya ni, lagipun tujuan utama adalah untuk merapatkan siratulrahim sahaja. Kadang-kadang hidangan nasi lemak pon sedapkan, tak larat juga nak makan lemang rendang setiap minggu kan?

Walaubagaimana pun, jangan lupakan hidangan untuk anak-anak kecil. Sediakan la hidangan juga untuk anak-anak kecil yang simple, tak pedas , apa-apa sahaja menu yang boleh mengisi perut anak kecil. Menu mudah seperti ayam goreng, bihun goreng, nugget dah sebagainya.
Jangan biarkan ibu-bapa balik kekenyangan tapi jenuh kena cari makan lain untuk anak-anak mereka.😉
Seronoknya anjur Hari terbuka
Ruangan main pon saya sediakan untuk anak-anak.

3. Sediakan ruang Solat.
Zaman sekarang ni setiap hujung minggu mesti ada sahaja jemputan hari terbuka kan.
Kadang-kadang sampai 2 ke 3 buah rumah. Jadi apa salahnya kita permudahkan urusan jemputan kita. Sediakan ruang untuk bersolat dah fresh -up sebelum mereka meneruskan perjalanan mereka.  



Semperna bulan mulia ini, dan bagi mereka yang dah lama berhajat nak buat hari terbuka rumahnya. Teruskan la niat itu. Menganjurkan Hari raya open house ini bukan la satu kewajipan, tetapi anggap ia sebagai suatu ibadah bagi merapatkan hubungan siratulrahim.Dalam setiap yang penat, ada manisnya. Lakukan lah mengikut keupayaan diri sendiri. Bagi saya, tetamu yang datang juga membawa rezeki kepada kita.

xoxo,
Sarah Hussain

*These statement have not been evaluated by the FOOD and Drug Administration. These products are nit intended to diagnose, treat,cure or prevent any disease.. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan dinasihati untuk mendapatkan rawatan/konsultasi dari Doktor atau mana-mana pakar perubatan bertauliah.


No comments: