Monday 20 January 2020

Mr Bovie turns to Tuan Haji

Ha... ni nak update dak tecik Mr Bovie ni (gelaran abi panggil tuk Fayyad).
Ni skarang ni dah ada gelaran baru dah.. Tuan Haji.
Nak tahu kenapa?? haaaa gaya dia sekarang dah rupe YB!

Budak setahun 4 bulan ni.. sekarang ni kalau jalan dari hall rumah ke dapur nak carik mommy, tangan letak belakang pinggang.. pastu buat buka serious. Ala-ala YB pantau kawasan.. hahhah
Pastu kalau panggil orang.. dia punya sapa tu.."AAAIIINNGGG" sambil angkat tangan tinggi-tinggi.
Suara lak deras. Boleh bayang kan tak YB kecik berjalan. 😂Tu yang abi dia panggil Tuan Haji tu.

Tuan Haji.. Tuan Haji..
Muka bahagia dpt ais cream kakak Thia.


Semoga membesar nanti cepat-cepat la tunaikan haji kan.

Alhamdulillah, Tn Haji ni membesar dengan sihat. Setahun 4 bulan ni berat dia masih maintain 11.5kg. walaupon kaki dah makin kuat berjalan & panjat.
Gigi yang pertama pon tumbuh masa setahun 3 bulan.. lewat compare dgn abang & kakak dia. Tapi lewat-lewat pon, sekali dia tumbuh 2 batang terus.. dlm sebulan ni keluar terus 5 batang dah Alhamdulillah.. mommy pon takde la rasa bersalah kasi makanan keras-keras skit.😅
Dia sendiri pon dah xmahu makan bubur-bubur ni. Gatal gusi la kot.


Okay kite sambung lagi nanti yer... bovie dah mintak susu lak. 
Alhamdulillah jugak he still fully breastfeed.



*These statement have not been evaluated by the FOOD and Drug Administration. These products are nit intended to diagnose, treat,cure or prevent any disease.. Penghantaran product Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan. Pengedar Shaklee Melawati berminat nak beli product Shaklee? Berminat nak JOIN AHLI Shaklee? Nak makan vitamin Shaklee secara PERCUMA? Email: ssarah.hussain@gmail.com. Call/Whatsapp:012-9188995.

Panggilan Manja FI Sibling


FayFay... dikity-kity, dimanja-manja

Tudia...hangpa penah ada laju manja-manja gitu tak tuk anak hangpa?
Ni nak habaq laki cheq suka kasi nama manja kat anak-anak cheq.
heheheh lama tui tak sembang utara na?

Well mommy saja nak sembang, tadi memain dengan Fayyad teringat lak nama-nama panggilan anak-anak yang abi derang kasi..

Faiq Iman paling banyak nama panggilan manja.. tp mostly dah tak ingat, faktor usia agaknya. Tapi yang ingat masa baby panggilan- BabyStopo (Dont ask me apa maksud yer sbb mmg takde maksud) hahahah and now dah makin besar ni we called him Mr Patrick (macam dalam SpongeBob- tapi tak ada persamaan pon antara derang cuma macam sedap je panggil Faiq = Patrick ; itu yang abi dia claim la)

For our lil princess ni, mommy seriously forget her nick name masa baby (sebab tu la mommy nak blog ni tuk simpanan di layaran internet - nak suh tulis dalam diary memang tak ada la). But for now, selalu mommy dia la panggil Fatoosh! ala-ala salad arabic gitu. Tapi yang tak mau kalahnya, bile tanyer nama dia apa.. dia jawap - Princess Fathia Butterfly Imani! tak mau kalahhhh.. Tapi mommy abi panggil PUSSASS jer 😂

Lastly .. BOVIE!! our lil Fayyad nickname. 
Jangan tanyer nape panggillan dia begitu... Ni kalau ikot abi dia kata dulu nak jadi doctor, tapi tak kesampaian .. so dia panggil anak dia dgn medical equipment. hahahh

Nama panggilan manja ni memang akan berubah-berubah mengikut perangai & mood masing-masing.😂 Hanya kami sahaja yang memahami.. sebab diluar memang nama penuh sahaja dipanggil.
Aisha Zahra ( Iman Bestie), Fayyad Israr, Fathia Imani & Faiq Iman



Tata-Titi-Tutu