Friday 28 July 2023

Percutian Shaklee : Apa yang best?




Seperti mana yang kita tahu Business Shaklee ni memberikan kita 3C; Cash, Convention & Car. So harini saya nak citer pasal convention Shaklee, iaitu Percutian Shaklee.

Untuk pengetahuan, Percutian Shaklee ini ada 2 jenis.
  • Regional Trip - Negara-negara ASEAN 
  • International Trip; terbahagi kepada 2 bahagian 
    • International - Mana-mana negara
    • Umrah bagi yang beragama Islam sahaja.
Bagaimana pula untuk melayakkan diri anda untuk Convention Shaklee ini.
  • Regional trip; anda perlu menjadi effective leader serta mempunyai 570 Convention Point (CP)
  • International Trip: juga effective leader, rank Coordinator serta 1150 convention point (CP)
 Uniknya dengan Shaklee ini kita boleh membawa mana-mana ahli keluarga kita untuk menyertai percutian Shaklee ini. Sekirannya CP kita melebihi dari 1 tiket, tak kisah ibu bapa ke, suami atau anak-anak sekali pun boleh mengikuti percutian ini. Best kan? Memang ramai leader-leader Shaklee akan berkejar untuk dapatkan tiker lebih dari 1.   

Yer la kan, Shaklee akan announce di awal tahun untuk convention destination. Untuk FYP2022/23 , International Convention akan ke USA pada bulan Ogos ini dan Regional pula akan ke Korea pada bulan October.



Dan untuk tahun 2023/2024 pula akan ke Japan untuk international dah Royal Carribean Cruise untuk regional.



Teruja tak nak pegi FREE trip Shaklee ni? Tak.?? Jom baca lagi sampai bawah apa yang bestnya Percutian Shaklee ni.

1. Percutian Percuma - Mesti la trip percuma..tak perlu fikiran tiket, hotel mahupun duit makan sepanjang percutian. Semuanya di sediakan oleh Shaklee.

2. Makanan Halal - Ini yang paling best, bila kita bercuti sudah semestinya kita hendak merasa masakkan tempatan kan? Dan sepertimana kita tahu, bukan senang untuk kita dapatkan makanan tempatan yang halal kan. Tetapi dengan Shaklee tidak perlu risau, kerana Shaklee akan menguruskan dan memastikan makanan yang dihidang adalah HALAL.

Pengedar Shaklee Elmina
Cheese Foundue kebanyakkannya tidak halal, tetapi trip Shaklee dibuat special.

3. Penginapan Mewah - Hotel yang mewah 5 start sudah semestinya menjadi pilihan Shaklee bagi setiap qualifier. Hotel yang tak terjakau dek akal untuk kita pergi sendiri.😁

 
Pengedar Shaklee Elmina
Hotel Burgenstok yang diduduki qualifier di Swiss tahun lepas.


4. Full of Suprize - Bayangkan percutian anda sudah ditanggung, makan minumpon tak perlu keluarkan duit. Balik hotel ada pulak suprize yang menanti dibilik anda. MasyaAllah seronoknya!! Bukan sekali ya...

Pengedar Shaklee Elmina
Malam pertama di Swiss dah terima goodies dalam bilik.

Pengedar Shaklee Elmina
Limited edition Olimpic Watch diterima setiap orang yang bercuti di Swiss.

5. Jumpa dengan orang yang berjaya & positive - Masa convention ini la kita akan berjumpa dengan ramai orang-orang yang dah berjaya dalam Shaklee ini. Bukan itu sahaja kita akan berjumpa juga dengan orang-orang yang 'living proof' pengguna tegar Shaklee yang bertahun-tahun lamanya. Sedikit sebanyak ini akan berikan aura yang positif dan bersemangat melihat kejayaan orang lain.

Pengedar Shaklee Elmina


Pengedar Shaklee Elmina
CEO Shaklee -Roger Burnett 


 
Pengedar Shaklee Elmina
Living Proof Shaklee dari US berusia 90 tahun.


Business Shaklee biar sampi layak dapat Percutian Shaklee!

Begitu la target yang perlu kita kecapi dalam business Shaklee ni. Jangan kata sekali setahun, tapi kita boleh untuk dapat kedua-dua trip! - International & Regional. 
Ini kerana dah pergi sekali pasti berkobar-kobar untuk ke trip seterusnya. Layanan 5 star dari hotel, makanan serta tempat dikunjungi sudah pasti tidak dapat dilupakan.
Begitu juga dengan Umrah, sudah pastinya akan mendapat hotel yang dekat dengan masjid.

Jom sertai saya dan kita kejar sampai dapat trip Percutian Shaklee!


xoxo
Sarah Hussain
Pengedar Shaklee Elmina
SID:862703


*These statement have not been evaluated by the FOOD and Drug Administration. These products are nit intended to diagnose, treat,cure or prevent any disease.. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan dinasihati untuk mendapatkan rawatan/konsultasi dari Doktor atau mana-mana pakar perubatan bertauliah.

Tuesday 25 July 2023

Tips Travel Umrah Bersama Anak-anak

"Mommy.. Thia rindu la nak gi Mekah lagi."

YA ALLAH.. anak kecil ni pun tahu rindu akan rumah Allah. Inikan pula mak ayah yang dewasa kan. Setiap kali azan di TV berkumandang, menunjukkan gambar-gambar Masjidil haram mesti anak-anak saya kan bercakap pasal nak pergi Umrah.

Memang Rindu...

Kali terakhir kami menjejakkan kaki di bumiAmbia adalah pada tahun 2019. Tahun sebelum dunia dilanda wabak Covid. Sebelum rumah Allah juga ditutup dari dunia luar.



Alhamdulilah, keadaan sekarang sudah semakin pulih dan jemaah dari seluruh negara dibenarkan melakukan umrah tanpa apa-apa sekatan sekarang ini. 

Alhamdulillah juga mommy diberi rezeki untuk bawa setiap anak-anak mommy ke tanah suci. Bak kata orang, sebelum melawat ke negara lain kita melawat dulu rumah Allah. (Tapi ini semua mengikut kemampuan dan niat masing-masing).  
Pada tahun 2015, anak sulung - Faiq Iman menjejak kaki di umur 1 tahun 5 bulan.
Lahirnya Fathia Imani, kami kembali ke tanah suci pada tahun 2016 ketika dia berumur 10 bulan. Dan terakhir bersama Fayyad Israr - 9 bulan  pada Syawal tahun 2019. 

Tak menganggu nak beribadat ke bila bawa anak-anak ni? 
Sudah tentu Tidak kalau kita tahu tipsnya...

Jom ikuti TIPS TRAVEL saya sendiri ketika menjalani ibadah Umrah.

Sediakan persalinan & permainan ketika berada dalam kapal terbang.

Semua ini bergantung pada jadual perjalanan kapal terbang itu sendiri, sekiranya flight pada waktu malam, sebaik-baiknya cuba penatkan dia dengan berjalan keliling  airport supaya bila masuk kapal terbang anda boleh berikan susu dan akan tidur sepanjang perjalanan. Tetapi sekiranya jadual berada pada waktu siang, saya akan sediakan satu beg untuk setiap seorang membawa mainan yang mereka hendaki. Selalunya saya juga akan menyediakan aktiviti books bagi mengisi masa lapang mereka.

Membawa keperluan anak-anak mencukupi

Keperluan anak-anak bukan sahaja dari segi pakaian, tetapi termasuk juga dari segi perubatan dan makanan. Dari segi pakaian, perlu kita ambil tahu tentang suhu sewaktu di Mekah dan Madihah. Selalunya Madihah akan lebih sejuk.. Dan juga baju sejuk untuk anak-anak saya perlu terutama bila kita nak iktiqaf di masjid pada waktu malam dan subuh. Dapat pula tempat duduk tepi lubang aircon, boleh tahan juga sejuknya.
Untuk perubatan pula memang perlu siapkan segala macam ubat; ubat demam, cool patch, batuk, selesema dan juga ubat alahan. Harga ubat disana boleh tahan mahal ya.
Begitu juga dari segi makanan, bagi anak-anak yang masih dibawah 1 tahun, memang perlu bawa bekalan makanan mereka. Ada masa memang saya bawa periuk nasi juga untuk memudahkan masak bubur. Bagi sayur dan buah-buahan memang senang sahaja untuk dapat di Bin Dawood.πŸ˜‚

Stroller, Baby Carrier dan Baby Harness.

Ini memang menjadi kewajipan  untuk bawa. Kalau tidak, mau sakit pinggang ibu ayah bila nak bawa jalan-jalan. Persekitaran masjid sahaja dah besarrrr nak pusing-pusing. Walaubagaimanapun, sangat disarankan untuk bawa stroller yang kecil & mudah dilipat. Bukan apa, ada masa mak guard kat pintu-pintu tak benarkan bawa stroller masuk kedalam masjid. Sekiranya kita plan untuk buat tawaf sunat bersama anak-anak adalah senang bersama stroller ataupon baby carrier bagi yang masih baby.
Selain itu juga bawa juga alas untuk anak-anak baring-baring di masjid. Ada masa tidak dapat solat atas carpet, alas la penyelamat untuk anak-anak baring dan main.

Pengedar Shaklee ELmina
Fayyad 9 bulan ketika menunggu waktu Dhuha.


Menjaga kebersihatan 

Ini sangat penting terutama berada didalam rumah Allah. Sebab itu sewaktu disana saya memang bawa banyak pampers (Bagi anak yang masih dlm pampers). Bagi setiap waktu, sebelum ke masjid, saya akan tukar pampers baru untuk pastikan kita tidak membawa najis kemasjid. Memang beg akan besar dan penuh dengan pampers, tetapi jangan risau sebab habis ke pampers, ada la ruang untuk kita isi cenderamata dari sana pula.πŸ˜…
Selain itu juga, pastikan kita lengkapi wipes dan plastic ketika di masjid kalau-kalau ada yang perlu dibersihkan.

Pastikan anak-anak cukup rehat

Ini juga sangat penting apabila kita membawa anak-anak menunaikan umrah. Tolak ansur diantar suami isteri juga sangat penting. Kalau ikutkan tenaga kita yang dewasa memang kita akan berkejar untuk melakukan ibadat/ solat di masjid untuk setiap waktu. Tetapi anak kecik kita mungkin tidak. Perlu di ingat apabila anak kita mula moody, kita akan tidak selesa dan hilang kusyuk kita untuk beribadat. Jadinya jangan stress-stress. Cuba cari penyelesaiian dan kesesuaian waktu  untuk bawa anak ke masjid dan jika perlu salah seorang tinggal di bilik untuk menemani anak, tiada salahnya untuk solat dan beribadat di bilik hotel sekalipun.

Teringat saya dahulu, Faiq Iman dijangkiti Chicken Pox ketika kami hendak bertolak ke tanah suci. Sangat mencabar dan mendebarkan untuk kami, alhadulillah pihak airline benarkan kami menaiki penerbangan. Disana memang saya banyak habiskan masa di dalam bilik. Disini la tolak ansur antara suami isteri sangat penting. Alhamdulillah, suami sangat memahami dan kami bersetuju untuk ambil giliran waktu solat di masjid. Ketika Faiq Iman selesa dibilik dan tidak perlukan saya, saya akan berlari ke masjid untuk beribadat. Alhamdulillah juga chickenpox faiq tidak mengambil masa lama, hanya 4-6 hari, dan cepat kering.Menjaga anak-anak juga satu ibadah kan.

PEngedar shaklee Elmina
Mommy Abi bawa tawaf sunat n amik feel Sae'i setelah lama ddk dalam bilik.

Mainan

Bagi saya tak perlu pon bawa mainan dari rumah. Banyak sahaja mainan yang murah-murah jual disepanjang perjalanan balik hotel. Heheh kedai 2Riyal pon banyak mainan. Memang selalunya saya jadikan habuan untuk anak-anak bila dia behave dalam masjid. Alhmadulillah memang dengar kataπŸ˜‚. 
Tips untuk bawa mainan ke dalam masjid pastikan yang tidak ada bunyi/music ya. Kalau mak guard dapat tahan memang tidak benar untuk bawa masuk masjid takut mengganggu jemaah lain kan. Makanya dalam masjid, saya lebih gemarkan kertas & pensil warna untuk mereka mewarna. Bawa la lebih sedikit, sebab kadang-kadang boleh buat geng dengan anak mak arab untuk mereka mewarna. 

Pengedar Shaklee Elmina
Muka bahagia abi upah lepas solat di masjid.

Masuk Raudah bersama anak kecil

Semasa disana mesti ada terlintas dihati nak bawa anak masuk Raudah kan? Saya memang memasang niat untuk bawa anak-anak saya ke Raudah jika diberi peluang. Sepanjang masa disana,saya diajar oleh ustazah-ustazah yang membawa jemaah disini sekiranya berhasrat untuk bawa anak kecik ke taman syurga jika boleh ambil slot yang terakhir.Dia lebihkurang bersesak dan ada masa yang panjang sedikit dibandingkan dengan yang slot-slot yang awal. Dan yang paling penting adalah sentiasa berdoa kepada Allah supaya mempermudahkan urusan untuk masuk ke Raudah. Alhamdulillah walaupon bersama anak kecil dapat kami beribadat dan berdoa sepuas-puasnya.

Pengedar Shaklee Elmina
Bukti Faiq Iman masuk ke Raudah

Pengedar Shaklee Elmina
Sempat lagi menyusu di taman syurga.

Seronok tak terkata apabila anak-anak kecik sudah memahami kewajipan untuk menunaikan solat 5 waktu. Apabila anak-anak tahu akan rumah Allah, kepentingan menjaga kebersihan, adab & tata tertib ketika berada di masjid. Walaubagaimana pun untuk capai ke tahap itu, Ibu Bapa la yang perlu banyak bersabar dan bertolak ansur serta banyak menasihati mereka. Ibu bapa juga tidak dinafikan perlu sentiasa belajar memahami karenah anak-anak. Ujian dan dugaan tetap akan ada sewaktu berada di tanah suci, kita hanya perlu bersabar dan berdoa agar Allah permudahkan urusan. Percayalah ada rezeki  lain dituruni Allah bagi anak-anak ini  apabila  kita membawa mereka menjalani ibadah Umrah.

Ya Allah, kau jemput la kami sekeluarga lagi ke Tanah Suci mu. Semoga ada rezeki Faris Isyraf menjejakkan kakinya di rumahmu - InsyaAllah. 

Pengedar Shaklee Elmina
1 Syawal di Madinah - 2019




*These statement have not been evaluated by the FOOD and Drug Administration. These products are nit intended to diagnose, treat,cure or prevent any disease.. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan dinasihati untuk mendapatkan rawatan/konsultasi dari Doktor atau mana-mana pakar perubatan bertauliah.

Thursday 13 July 2023

5 Tips Business Online



Sekarang ni business online ni sangat la popular, mudah dan boleh dibawa kemana-mana sahaja. Semuanya dihujung jari.

Dunia digital pula kian meningkat. Yer la kan internet ni wujud lama sudah semakin lama semakin laju gak internet, 3G kepada 4G dan sekarang dah 5G.
Begitu juga la pemasaran di dunia digital. Semakin banyak platform-platform yang ada bagi memasarkan peniagaan kita, contohnya dia Tiktok, IG, FB Ads, BLOG, Google dan macam-macam lagi. Kadang-kadang tu memang tak terkejar kita untuk ikut keadaan semasa.

Walaubagaimana pon, kita perlu tahu basic tips untuk kita mulakan business online. Tak kesah la apajua produk, tetapi apabila langkah permuaan kita betul insyAllah you on the right track.😊



5 Tips Dalam Perniagaan Online

1. Bina audience dari awal.
    Bayangkan seorang penyanyi nak buat konsert tanpa war-warkan kepada umum. Tak pernah menyanyi di youtube, atau mana-mana media sosial tiba-tiba terus buat konsert. Anda rasa ada orang nak datang? Silap-silap takde siapa pon.
Bina audience dari awal. Enggage dgn golongan sasaran dari awal. Ini penting untuk built trust. Disini juga penting untuk kita bina database pelanggan.

2. Buat Personal Branding
   Personal branding penting untuk kita bina kepercayaan orang lain.  Bila orang selalu tengok kita kongsikan hal-hal yang memberi manfaat, secara tak langsung orang akan mula percaya dengan kita. Unlikely untuk kita jadi scammer.

3. Jangan beli lambakan stok
    Dengan membeli lambakan stok, maksudnya duit kita akan beku. Kita perlu habiskan dahulu stok-stok yang ada bagi mendapat balik pulangan duit. 
Tak salah untuk adakan sedikit stok dirumah, tetapi pelu kita tahu juga product mana yang menjadi kegemaran ramai dan pasti akan habis stok tersebut.

4. Belajar skill pemasaran digital
    Dunia digital sekarang sangat laju, dan sangat luas. Ada pelbagai cara untuk pemasaran digital seperti di Ig, Tiktok, FB Ads, blog dan banyak lagi. Untuk kita menaikkan jualan kita, kita perlu tahu selok belok bagaimana untuk kita menaikan audience. Jangan lak kita ikut jer.. orang buat FB ads, kita pon buat juga Tapi sales takde la mencanak naik. Kena tahu ilmunya.

5. Fokus untuk memberi nilai
    Bila kita melihat sesuatu laman jualan contohnya di IG, kita tengok asyik post pasal product sahaja. Sedikit sebanyak kita akan rasa boring kan? Sebab itu kita tidak boleh untuk fokus pada product sahaja, sebaliknya fokus pada Nilai. 
Kongsikan hal-hal yang bermanfaat pada aundience sedikit sebanyak meningkatkan lagi kepercayaan pelanggan pada kita dan juga product. Berikan tips-tips atau pun kata-kata motivasi.


JOM kita mulakan business online dengan SHAKLEE bersama saya!
You will be our own BOSS! 



Walaupon boleh online, kadang-kadang seronok juga keluar dr rumah!😎




xoxo
Sarah Hussain
SID: 862703
Pengedar Shaklee Elmina



*These statement have not been evaluated by the FOOD and Drug Administration. These products are nit intended to diagnose, treat,cure or prevent any disease.. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan dinasihati untuk mendapatkan rawatan/konsultasi dari Doktor atau mana-mana pakar perubatan bertauliah.

Menjana Pendapatan dengan BEKERJA DIRUMAH: Menjadi Trend


Sejak dunia dilanda wabak Covid19, kita semua sudah menormanisasikan bekerja dirumah. Kalau suatu masa dahulu, berkerja dirumah adalah suatu yang mustahil. Tetapi kini tidak lagi. 
 
Bagi saya ini merupakan suatu perubahan yang bagus. More work life balance. Betol kan? Anak-anak pon seronok bile mereka dapat melihat wajah ibu dan ayah mereka sebelum dan selepas mereka ke sekolah. 

Walaupon orang kata bekerja di rumah ini memerlukan disiplin yang kuat. Tetapi selagi kerja yang ditugaskan dapat diselesaikan dengan efficient. Tak  salah kan.

Bekerja dari rumah bukan sahaja bagi mereka yang mempunyai majikan. Tetapi dizaman sekarang, bekerja dirumah juga mampu menjada pendapatan sebagai side income ataupon main income. 

Dengan kos sara hidup yang tinggi sekarang, ramai yang mula mencari pendapatan sampingan bagi menampung keperluan keluarga. Sudah tidak asing lagi bagi mereka mempunyai kerja-kerja sampingan, ada yang 2 kerja.. mahupon 3 kerja berbeza dan selalunya melalui bekerja dirumah. 

Dibawah merupakan contoh senarai kerja yang boleh dilakukan dirumah sambil menjana pendapatan.

1. Membuat video di Youtube.
    Rahsia buat duit diyoutube ini sebenarnya bermula tahun 2014 lagi, apabila seorang rakyat sweeden yang bernama Felix kjellberg berjaya menjana pendapatan sebanyak 2.6 million Pound (RM14 Juta) setahun sengan hanya bermain komputer. Sekarang pon dah ramai je kan youtuber-youtuber di Malaysia ni dari pelbagai sektor.

2. Freelancer writer
     Ini sangat sesuai bagi mereka yang berjiwa menulis. Dari penulis blog, kepada penulis ebook, penulis ubahan (ghostwritter) dan juga pengarang copywriting untuk client. 

3. Sebagai Tutor
    Rasanya sejak PKP tahun-tahun lepas, memang ramai sahaja guru-guru cuba mengajar secara online. Walau pon kita tidak lagi berada dalam PKP, saya rasa ramai juga yang lebih gemarkan pembelajaran secara online untuk mendapat kesesuaian masa.

4. Mengikuti program Alfilliate
 Menjana pendapatan dengan program alffiliate ni pon semakin ramai yang menceburi. Paling senang sekarang ini adalah alffiliate dengan Shopee. Tugasan yang paling senang kerana hanya perlu promote/review product orang lain. Apabila video yang anda post menjadi viral dan ramai yang tekan link yang diberi, makanya makin tinggi la komisyen anda akan dapat. Yang penting, anda perlu be unik!
  
5. Peniagaan Makanan
Yang ini memang ramai suri rumah yang ceburi. Ye la kan, aktiviti memasak memang sudah menjadi rutin.. dengan skill-skill memasak yang ada sama ada main course atau pun pencuci mulut pastinya akan mendapat tempahan. Peniagaan ais krim Malaysia sahaja pon mendapat demand yang tinggi ya. Jangan main-main walaupon berharga RM1. Jualan pada acara keramaiian atau pada jiran tetangga juga boleh mendapat modal balik. 
 
Ini diantara 5 pekerjaan dirumah yang boleh menjana pendapatan. Memang banyak sahaja lain pekerjaan lain seperti Programmer, Translator, Pereka Graphic/animator dan banyak lagi. 

BERKERJA DIRUMAH BAGI SAYA?

Sudah semestinya la dengan SHAKLEE!! 
Ini Lambang Shaklee dikala saya mula menyertainya (πŸ˜‰ cuba kita brapa tahun)


Bagi saya menjana pendapatan dirumah merupakan sesuatu yang perlu difikirkan untuk jangka masa panjang. Disamping itu, latar belakang syarikat serta product yang dipromosi juga perlu genuine. 

Tahukan anda bahawa sektor kesihatan merupakan salah satu sektor yang kalis dengan kejatuhan ekonomi? Ye, sektor kesihatan seperti seperti hospital, pharmasutical, supplement dan wellness merupakan faktor yang penting dalam kehidupan. Dan diramalkan juga sektor supplement dijangka mengingkat sehingga 2029..



Shaklee jugak sebuah organisasi yang mudah dan fleksible. Selain menawarkan 3C (Cash, Convention & Car) dengan menjadi community Shaklee, akan lebih banyak ilmu-ilmu baru yang boleh dikita pelajari. Seronok...
Dengan bermodalkan Rm35, bersama impian dan cita-cita - pulangannya pasti lumanyan.

JOM  sertai saya Sarah Hussain, kita berkerja dirumah sambil menjana pendapatan.  Dan yang paling penting, sambil kita menjana pendapatan sambil kita menjaga kesihatan!
Kesihatan itu amat lah mahal!

By the way, Shaklee juga memenagi Trusted Brand untuk 3 tahun berturut-turut (2021-2023)




xoxo
Sarah Hussain
SID: 862703



*These statement have not been evaluated by the FOOD and Drug Administration. These products are nit intended to diagnose, treat,cure or prevent any disease.. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan dinasihati untuk mendapatkan rawatan/konsultasi dari Doktor atau mana-mana pakar perubatan bertauliah.

Tuesday 11 July 2023

VIVIX & RES-V : Apa Perbezaanya?




Sering kali saya mendapat soalan apakah berbezaan Vivix & ResV? Dah nama pon lain kan.. mesti la ada perbezaanya kan.

Apa persamaan Vivix & ResV?
Sebelom kita lihat perbezaan, jom kita fahami apakah persamaan kedua-dua product Signature Shaklee ini.

1. Mengandungi Khasiat Polifenol.
Sudah tentunya khasiat polifenol yang tinggi.
Polifenol merupakan komponan bioaktif yang terhasil secara semula jadi didalam tumbuh-tubuhan. Untuk mendapatkan polifenol yang perlbagai jenis, kita perlu mengambil sayur-sayuran & buah-buahan dari pelbagai warna. Ini kerana kepekatan dan jenis polifenol adalah berbeza-beza dari segi warnanya.MasyaAllah uniknya ciptaan Allah s.w.t
Sifat polifenol adalah melindungi tumbuh-tumbuhan tersebut. Makanya dengan mengambil polifenol ini dalam tubuh kita, ia dapat melindungi sel-sel yang ada dalam badan kita. Dengan erti kata lain polifenol ini juga anti-oksidan yang berkuasa.

2. Kajian Secara Scintific.
Product Shaklee sudah semestinya melalui kajian secara klinikal oleh scientis. 
Vivix dihasilkan selepas 6 tahun kajian dan mula dipasarkan pada tahun 2008. Manakala ResV merupakan kajian yang lebih terperinci pada Vivix dan mengambil masa selama lebih kurang 10-11 tahun dah mula dipasarkan pada tahun 2019. 
ResV dan Vivix juga mempunyai hak patern ekslusif terhadap process pembuatan dan ramuannya. Vivix mempunyai 3 pattern exclusive, manakala ResV mempunyai 6 pattern exclusive.

3. Ramuan Botani 
Kedua-dua ResV dan Vivix mengekalkan ramuan atas yang sama iaitu dari 3 jenis Muscadine Grape, Purple Carrot dan Japaneese Knotweed. 

Bahan utama bagi kedua-dua Vivix dan ResV, iaitu Muscadine Grape menjadi pilihan kerana sifat anggur itu sendiri secara fizikal bersize besar serta kulit yag tebal dan biji yang kaya dengan antioksidans serta mengandungi jumlah asid ellergic yang tinggi (sejenis polifenol). Muscadine grape ini juga mengadungi 15 jenis polifenol. Di samping itu juga keunikkan muscadine grape ini mengandungi extra kromosom berbanding ke anggur yang biasa. 

4. Certified Halal
Kedua-dua Vivix dan ResV memiliki certified Halal dari Islamic Service Of America (ISA). 


Jadi apa pula Perbezaan Vivix & ResV?
Ada banyak perbezaannya, suka saya disini nak sharekan dalam bentuk table supaya lebih mudah difahami dan lebih straight forward. 

 

VIVIX

RESV

Kuasa Polifenol

10% lebih berkuasa berbanding resvetrol tunggal

30% lebih berkuasa berbanding VIVIX

Kandungan Polifenol

Kandungan spektrum polifonol namum lebih fokus kepada khasiat detox

Kandungan spektrum polifenol lebih pelbagai  dan seimbang

Fokus

Khasiat detox lebih banyak, jesterus lebih banyak dari aspek detoxifying, anti inflamation, melindungi dan membaiki pada tahap selular seperti penyakit-penyakit tak berjangkit, kuruskan badan dan lain-lain.

Khasiat polifenol lebih seimbang jesteru membantu dalam perkara-perkara kecil tetapi memberi impak besar seperti hormon issues dan lain-lain.

Ramuan

4 Ramuan Utama : Muscadine Grape,
Purple Carrot,
 British Elderberry & Japanese Knotweed

7 Ramuan:
Muscadine Grape,
Purple Carrot,
Japaness Knotweed,
Blackcurrent,
Promoganate,
Red Grape, Chebulic Myrobalan

Bentuk

Cecair

Liguigel/Softgel

Shelf Life

1 tahun

2 tahun

Kaedah Penyimpanan

Perlu disimpan dalm peti sejuk

Tidak perlu disimpan dalam peti sejuk.

Kaedah Pengambilan

Disarankan pada waktu pagi

Disarankan pada waktu malam



Jom amalkan ViVix & ResV Shaklee.

Walaupon harga Vivix & ResV ini agak tinggi, tetapi sangat berbaloi apabila kita sudah memahami khasiatnya. Dengan ujian demi ujian yang telah dilakukan oleh pihak scientis  dengan menggunakan ramuan yang bermutu tinggi, tak hairanlah dua-dua product Vivix dan ResV ini menjadi rebutan ramai.

Saya sendiri mengamalkan Vivix disebelah pagi dah ResV disebelah malam. Saya dapati memang berbeza. Sebagai suri rumah yang menguruskan rumah & keluarga, ia memang memberikan saya tenaga yang berpanjangan, apabila badan rasa sihat dah bertenaga mood kita juga berada dalam keadaan yang baik dan tidak stress.

Bagi mereka yang ingin mencuba. Ini peluang terbaik kerana bulan ini Shaklee ada memberi promosi yang hebat bagi ke-dua-dua product ini.
Jom hubungi saya di talian 012-9188995, kita boleh sembang-sembang dan dapatkan product yang terbaik dengan anda. 


xoxo
Sarah Hussain
SID:862703
Pengedar Shaklee Elmina


*These statement have not been evaluated by the FOOD and Drug Administration. These products are nit intended to diagnose, treat,cure or prevent any disease.. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan dinasihati untuk mendapatkan rawatan/konsultasi dari Doktor atau mana-mana pakar perubatan bertauliah.

Monday 10 July 2023

Keunikkan Vivix Shaklee



VIVIX.. a signature Shaklee prouct. 


Apa yang unikknya Vivix ini sehinggakan dia menjadi signature product of Shaklee?
VIVIX merupakan minuman botani yang merupakan revolusi terbaru dalam permakanan polifenol.

VIVIX merupakan top product Shaklee. Ini kerana dia merupakan satu-satu supplement yang berjaya menembusi sel hingga ke tahap DNA. 

Seperti mana yang kita tahu badan ni mempunyai berbillion sel-sel badan yang bertindak membina otot, organ dah tisu badan. Walaubagaimana pun, sel-sel badan ini juga berrisiko untuk rosak disebabkan oleh pelbagai faktor. Diantaranya adalah disebabkan radikal bebas yang berlaku pada badan akibat gaya hidup yang tidak sihat; pemakanan tidak sihat, tekanan hidup, merokok ataupun tidak bersenam. Dan apabila sel-sel rosak ini tidak dirawat, ia akan membawa kepada masalah-masalah kesihatan.

Jadi, ini lah fungsi utama VIVIX yang hanya diperbuat daripada ramuan semulajadi dan mengandungi antioksidan yang tinggi mampu meningkatkan kesihatan serta membantu memperbaiki sel-sel badan yang rosak sehingga ke peringkat DNA.


Kekuatan vivix terdiri daripada 4 bahan semulajadi yang unik.

1. Muscadine Grape.
  • Sejenis anggur yang unik kerana mempunyai extra kromosom. Extra kromosom ini membantu memulihkan sel-sel yang rosak serta mmbetulkan kerosakan genetik.
  • Mempunyai 40 kali ganda Polifenol yang terbukti berfaedah untuk kesihatan kardiovaskular.
  • Kaya dengan antioksian yang melawan radikal bebas. (6 -8 kali lebih tinggi dari Blueberry)
2. Japanese Knotweed.
  • High anti-oksidant
  • Menurunkan tekanan darah
  • Melambatkan proses penuaaan
3. Purple Carrot.
  • Merupakan Superfood.
  • Mengandungi Anthocyanin yang merupakan anti-radang, anti-microb
  • Meningkatkan keanjalan salur darah
  • Mengalakan kesihatan mata.
4. European Elderberry
  • Meningkatkan immune system
  • Juga mengandungi anthocyanin
  • Membantu melawan selesema, demam dan influenza
  • Mengandungi Ellagic Acid yang bertindak melawan kanser dan jangkitan virus.
  • Menggalakkan pertumbuhan sel yang normal dan sihat.
Keunikkan dan Keistimewaan VIVIX SHAKLEE

Ramuan Vivix berupaya melawan penuaan pada peringkat sellular. Di dalam kajian makmal, ramuan botani vivix in mampu menunjukkan impat kepada 4 mekanisme utama penuaan pada tahap sellular iaitu;
  • Mampu memperbaiki DNA - Setiap hari sel dalam tubuh badan kita rosak (salah satu faktor adalah akibat radikal bebas) ini mengakibatkan proces penuaan berlaku dengan cepat. Vivix  boleh membantu membaiki dan melindungi sel DNA sekaligus melambatkan proces penuaan ini.
  • Memperbaiki Tenaga - Dalam sel kita ada satu penjana tenaga dipanggil Mitochondria. Apabila peranan dah fungsi mitochondria ini sekanin hari semakin menurun, tenaga sel juga semakin berkurang. Ini menyebabkan sel-sel semakin tidak bertenaga untuk melakukan aktivitinya secara normal mahupon melawan penyakit. Vivix membantu menggalakkan pembentukan baru mitochondria ini sekaligus membantu meningkatkan tenaga sel-sel.
  • Melambatkan pembentukan protein AGE - Advance Glycation End Product (AGE) adalah bendaasing akibat dari GULA dan protin. Dengan berlebihan protin AGE ini mengakibatkan kerosakkan sel dimana dia menganggu keutuhan sel serta jangka hayat sel itu sendiri. Ramuan Vivix mampu melambatkan process AGE ini. 
  • Kawalan Genetik - Pengawalan genetik menjadi faktor pada tahap umur sel. Ujian klinikal menunjukkan ramuan vivix ini boleh mengaktifkan  satu kawalan genetik utama yang akan melambatkan process penuaan.
Pengedar Shaklee Elmina

Vivix Shaklee
Kenapa VIVIX Shaklee menjadi pilihan

Secara peribadi vivix ini sangat membantu saya dalam tugasan harian. Memang terasa perbezaannya apabila kita mengamalkan vivix dengan tidak.
Jom hubungi saya dan kita sembang-sembang mengenai lebih lanjut.

Untuk tahu sape yang perlukan VIVIX.. jom kita baca Sapa perlukan VIVIX.

xoxo
Sarah Hussain 
Pengedar Shaklee Elmina
SID:862709




*These statement have not been evaluated by the FOOD and Drug Administra tion. These products are nit intended to diagnose, treat,cure or prevent any disease.. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan dinasihati untuk mendapatkan rawatan/konsultasi dari Doktor atau mana-mana pakar perubatan bertauliah.