Showing posts with label Herb-Lax. Show all posts
Showing posts with label Herb-Lax. Show all posts

Wednesday, 17 May 2023

Dapatkan Berat Badan Ideal dengan Hello New You


Assalamualaikum semua!

Sebelum ni saya ada share pasal kurus sebelum raya (klik sini). Tapi sekarang raya pon dah nak sampai penghujungnya. So amacam? Dah dapat ke berat badan yang diidam- idam kan?? BELOM?? ALAMAKKKKK...

Haa jangan nak salahkan sebab raya yer!😁

Takpe..masih belom terlambat lagi.. masih sempat lagi untuk mendapatkan  berat badan yang ideal.Mungkin ada yang dah dapat berat ideal masa bulan puasa. Tapi bila raya ni.. almaklum je la. Its okay. Apa yang penting dalam berat yang idea ni pon sebenarnya adalah bergantung pada Jisim Badan seseorang itu juga.. erti kata lain BMI index (Body Mass Index).  Berat badan yang ideal tu macam mana kita nak tahu? Jom kita buat kira-kira untuk renungan bersama. 

BMI Calculation
Kiraan BMI


Senang je nak kira.. hanya perlukan berat badan dan juga ketinggian. Bahagi kedua-duanya dah kita boleh dapat BMI . Dari nilai BMI itu kita tengok sama ada kita berada dalam BMI normal atau overweight.

Index BMI.

So macam mana BMI kita lepas raya ni?
Overweight atau Obess atau Normal..

Jaga-jaga ya. Seperti mana yang kita semua tahu. Overweight atau obesiti sangat membahayakan kesihatan. Ia boleh menjadi punca kepada penyakit-penyakit kronik yang lain seperti kolestrol tinggi, serangan jantung, strok, serangan asma mahupon cancel. 

Jom say HELLO TO NEW YOU!


Alhamdulillah, sebenarnya saya sendiri baru mengamalkan  set Hello New You ni pada bulan puasa yang lepas secara serious. Alhamdulillah dengan bantuan set ini memang memberi tenaga yang memberangsangkan. Sepanjang bulan puasa ni saya berjaya turunkan berat badan sebanyak 5kg.

Dan..

Dan menariknya, sepanjang syawal ini juga saya berjaya kekalkan berat badan saya. Yer, di musim-musim raya ni, setiap minggu ada open house. Bukan satu.. tapi 2-3 buah rumah. Bagi saya satu yang mengkagumkan yer.. bukan senang. Di bulan Syawal ni terus terang ni saya bukan la yang menjaga pemakanan sangat. Boleh kata semua saya belasah. Maklumla tambah-tambah juga musim-musim panas ni. Memang segala air saya minum.. yang manis-manis pon lagi banyak saya minum. #guilty.

Tetapi bila berat badan saya masih maintain macam bulan puasa. WOW!
Apa yang saya amalkan? Semestinya set Hello New you dari Shaklee.

Pengedar Shaklee Elmina

Pepagi lagi saya akan bancuh Cinch & ESP sebagai alas perut. Ye saya cepat lapor pepagi.. 😅 Mesti minum ESP & Cinch ni then baru saya boleh menguruskan hal anak-anak ke sekolah. Lepas balik tu mesti la cari breakfast, tapi alhamdulillah dengan Cinch & ESP ni membantu saya mengawal nafsu untuk makan yang berat. Sekadar roti sekeping pon boleh tahan sampai lewat lunch. Kadang-kadang tu memang skip sahaja.

Satu lagi yang menjadi kegemaran saya dalam Set Hello New You ni adalah Performance Drink. Dalam musim-musim panas ni memang dah menjadi kewajpan saya akan buat sebalang penuh Performance Drink ni dah habis by tengah hari. Suprizingly, performance Drink ni memang cepat hydrate badan saya dah juga yang saya suka adalah kurang craving saya pada air manis. Kalau panas-panas ni selalunya Tealive ke.. ais blended memang la menjadi kegemaran! #Guiltylagi.

Potong rumput dikala musim panas bersama Performance Drink.

Di tambahkan lagi dengan Lechitin ,Omega Guard & Herb-Lax , memang membantu dalam pemecahan lemak. Nak tahu macam mana? 😄 Anda boleh rasa sendirinya process sebelom, semasa & selepas pembuangan. Nak cerita kang .. ada yang tak sanggup nak baca lak kan? Takpe.. msg saya kalau nak tahu details. Memang badan rasa sangat sedap bila process pencernaan/ pembuangan badan anda tip-top ya. 

Walaubagaimana pun, saya sendiri masih belom lagi mencapai target berat badan yang yang ingin. Masih ujung-ujung nak Overweight. Kalau boleh nak juga dalam awal-awal skala BMI Normal kan.
Mungkin selepas ini saya akan memulakan semula Intermitten Fasting bagi membantu lagi process untuk mendapatkan berat yang diidamkan. 

Jangan risau set Shaklee Hello New You ini sudah pon terbukti SELAMAT & TERBUKTI. Ramai yang sudah mendapat result memberangsangkan dengan Set Hello New You ni. Tak kira jantina baik lelaki mahupon perempuan. Ada yang sudah turun sebanyak 10kg, ada juga yang sampai 20kg.
Apa yang penting... istiqamah.


i Klik Sini sekiranya anda nak tahu lebih mendalam untuk Set Hello New You.
Nak dapatkan set ni? Jom Whatsapp saya!

xoxo
Sarah Hussain
Sid: 862703


*These statement have not been evaluated by the FOOD and Drug Administration. These products are nit intended to diagnose, treat,cure or prevent any disease.. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan dinasihati untuk mendapatkan rawatan/konsultasi dari Doktor atau mana-mana pakar perubatan bertauliah.

Saturday, 29 April 2023

Seronoknya Sambut Hari Raya bersama Shaklee.

Butang aku mana PAHHHH....??

Fav movie sepanjang zaman


Itu la statement yang mesti setiap isteri ditanya di pagi raya kan?😅 Baru tang suami yang tanya tu.. belom anak-anak lagi.. Mommy, mana tengkolok iman? Dan sudah.. tengkolok pula dia nak. Anak pompuan pulak.. Mommy, nak make up! Mana make up mommy? Sorang lagi.. kang kasi kang habis jahanam semua make ni..😅😅😅 . Mommy... nak mommy mandikan juga!! si kecik pulak.😡

Tu tak kira lagi dalam kepala otak dok pikir kuah lontong, rendang tak panaskan lagi.. Ketupat lemang tak potong lagi ni.

Tabah la wahai isteri.. tabah la wahai ibu.
😅😅

Alhamdulillah, memang menjadi kebiasaan saya dipagi raya sebelom mommy ni bertukar menjadi Mommy Monster ; cepat-cepat la telan 2 biji B-Complex! Jangan kata mommy monster... Hugh Hogen, Shrek, Grinch semua yang hijau la nak muncul kalau tak amik B-Complex ni. 
Telan B-complex... istighfar skit.. Alhamdulillah Mood mommy dipagi hari insyallah seceria kanak-kanak disogok dengan gula-gula! 😂

Mana tidaknya, hari-hari sebelum raya mak-mak la yang paling buzy. Beratur dipasar nak beli bahan-bahan juadah raya, nak kemas-kemas rumah, nak merendang toksah cakap la kan, dah la berejam nak masak.. tak kira lagi persiapan nak kopek bawang berguni kan? 

MasyaAllah secara general,  bukan sahaja kaum Hawa sahaja yang penat termasukkan la juga kaum Adam.  Minggu-minggu terakhir ramadhan tu memang la penat, dengan tak cukup tidurnya toksah kira la kan?. Malam berjaga, beritiqaf di masjid menjalani ibadah dengan sepenuh hati sedemi mencari malam-malam lailatulqadar, siang bekerja sama ada di pejabat/site begitu juga surirumah menguruskan keluarga.



B-Complex ini juga sebenarnya bukan sahaja membantu mengawal stress (dengan adanya B..) tetapi disebabkan rumusannya yang lengkap (B1-B12) ia juga boleh membantu menukarkan makanan kita kepada tenaga! Apabila makan-makanan kita bertukar kepada tenaga, insyaAllah kita dapat mengawal berat badan dimusim perayaan ini. 

Memang ramai dikalangan kita mengeluhkan berat naik dimusim perayaan ni, mana tidak weekend je berderet open house yang perlu dipenuhi kan? kadang-kadang tu selepas sebulan beraya pon masih ada jemputan 😅
Sebab itulah pentingnya mengambilan B-Complex ini. Bukan sahaja sekadar mengawal stress (stress hadap jalan jem), malah boleh kurus lagi. ( Klik disini)

Jemputan Open House Raya bersama Shaklee

Bercerita pasal open house, seronoknya nak berkumpul sanak saudara, jiran- tetangga, sesama keng-kawan yang dah berbulan atau bertahun tak jumpa. Memang itu la kan tujuan open house ni adalah untuk merapatkan siratulrahim. 

Walaupun dalam satu hari itu ada 2-3 jemputan, kita akan cuba gagahkan jua untuk menghadirikannya kan? Walaupon jarak di antara satu rumah ke satu rumah juga berjam  masa perjalanannya, kita hadapi juga. Tak kira lagi trafic jalanraya yang memang menguji kesabaran kan? 

Sebab itu bila musim raya ni, saya memang akan sentiasa bawa 2 supplement penting iaitu B-Complex & Hero Kiddo ketika menghadiri Open House.

B-Complex ni selalunya saya makan selepas  saya makan bagi membantu penukaran makanan kepada tenaga. Yer la kan, dah lepas satu open house nak ke satu lagi open house tu kadang-kadang punya la mengantuk kan? Perut dah kenyang, badan pon mula la cepat letih & mengantuk. So amiklah B-Complex. Insyallah badan akan segar dan minda pon akan alert.

Hero Kiddo ni pula memang sentiasa berada dalam kereta atau handbag saya. Sebelom keluar ke tempat-tempat yang ramai, saya perlu pastikan antibody saya, suami & anak-anak saya tip-top! Yer la kan sekarang ni macam-macam virus yang kita dengar, covid la, batuk selesema la, demam , influenza la. Nauzubillah. Raya-raya juga kan, kesihatan keluarga harus diutamakan. 
Hero Kiddo ni bagi saya senang dibawa kemana-mana, dan yang penting satu keluarga boleh makan dan menikmati manfaat dia. Yang dewasa, yang tua dan juga anak kecil memang laju tangan yang meminta.

Kebaikkan Hero Kiddo

B-complex dan Hero Kiddo ni biasanya memang saya ambil di siang hari. Walaubagaimana pun, disebelah malam pula ada 2 supplement yang saya ambil bagi membantu pembuangan toksik dan mempercepatkan process pembuangan. Yer la kan, siang hari perut dah makan macam-macam kan. Perlu la kita 'flush out' ya toksin-toksin yang membahayakan kesihatan. Jangan simpan pula, ini la punca pelbagai masalah kesihatan yang akan datang nanti. 

Dua supplement yang saya maksudkan adalah Alfafa & Herb Lax.
supplement ini dirumuskan khas untuk 'cleansing' usus, baik usus besar mahupun usus kecil. 



Itu la dia bila raya, memang tak dapat lari daripada juadah yang sedap-sedap. Berlemak, bersantan,berminyak serta kurang seratnya tapi nak buat macam mana kan memang makanan kita sangat sedap. Sangat rich with flavour gituw!😁

Apa yang kita boleh adalah dengan mengamalkan cara permakanan yang sihat, quantiti yang betul serta memastikan process pencernaan & pembuangan kita berjalan dengan lancar ya. Sebab itu la penjagaan usus amat dititik beratkan.

Haa nak  sambut Hari Raya bersama Shaklee juga demi kesihatan yang optimum?
Jom whatsapp saya. 😊

Tuesday, 14 March 2023

Kurus Sebelum Raya dengan Set Kurus Shaklee

Boleh button lagi tak Baju kebaya ni?

Dilema mak-mak. Bila buat persiapan untuk raya ni selalunya mak-mak ni mendahulukan keperluan anak-anak dah suami dahulu. Bila persiapan diri sendiri mesti risau pada penampilan diri dahulu. Betol tak?

Kadang-kadang mata wanita ni memang la nampak baju yang dijual semua cantik-cantik. Tapi bila kita cuba... aduh, rasa tak sesuai la dengan badan. Warna & design tudung ni cantik gila tapi, tak kena la pulak pada kulit. 😖 Aduh kulit pulak baru je sunburn ni.. jeragat pon toksah cakap la kan. End up, cari balik baju lelama kan, dah  tu risau pulak tak muat la pulak!😓

JOM KITA RESET BADAN KITA.

Yer bukan komputer atau Hp je kena reset. Badan kita pon kena reset. Sebab itu la dalam Islam dikita disuruh berpuasa di bulan Ramadhan selama 30 hari. Pada masa inilah badan kita akan di reset. Seluruh organ dalaman akan berehat setelah bekerja sepanjang masa. Dengan reset inilah membolehkan badan kita kembali berfungi dengan baik. Memperbetulkan semula pattern permakanan kita untuk organ-organ badan mendapat zat yang lengkap.

Pengedar Shakle Elmina
Jom lihat apa berlaku bila badan berpuasa.


Ramadhan pon dah dekat sangat. Bulan yang sangat berkat. Rugi rasanya sekiranya kita melepaskan peluang ini . Bukan sekadar untuk menurunkan berat badan, tetapi banyak juga yang kita boleh dapat mencapai impian itu
  • Reset/Rehatkan badan supaya organ dalaman kita dapat berfungsi dengan lebih baik.
  • Mengembalikan kulit yang sihat.
  • Dengan badan yang sihat dah segar dapat melakukan ibadat dengan baik
Jom reset dengan Set Puasa Shaklee.... Nnti bila raya, tersenyum indah sambil bisik dihati...... Hello New You.😎

Pengedar Shaklee Elmina
Nutrien yang diperlukan dalam proces nak kurus.


Pengedar Shaklee Elmina


Sebelum ini saya ada menceritakan mengenai Set Kurus Shaklee & Set Puasa Shaklee.
Jangan pening-pening.. bunyi macam banyak je kan product yang perlu diambil.
TIDAK.... product yang sama, fungsi yang sama juga tetapi kita gabungkan untuk effect yang MELETOP!.
Jom saya recap product yang penting dalam menjayakan misi Kurus Sebelum Raya terutama dibulan Ramadhan ni.

1. ESP:  Minuman Protein yang berasakan dari tumbuhan yang berkualiti. Ia membantu berikan tenaga yang berpanjangan dengan membina asas/sel badan yang sihat & kukuh.

2. CINCH: Membantu membakar lemak dan membina otot secara berkesan dengan adanya Leusine. Leusine bertindak dengan membantu 
membina dan mengekalkan otot untuk berat badan yang lebih tegap dan sihat. Ia mengandungi 20 jenis vitamin dan mineral penting. Dengan ini ia dapat menampung kekurangan nutirisi sekaligus menghilangkan rasa 'craving'.

3. PEFORMANCE DRINK: Minuman yang mengadungi 6 jenis elektolit yang mengekalkan badan hydrate. Ini penting apabila puasa badan selalunya kekurangan air. Apabila air dalam badan kurang, penyerapan nutrisi juga terbantut.

4. LECITIN: Bertindak sebangai elmusi/mengurai lemak-lemak kepada size yang lebih kecil supaya mudah disingkirkan. Ia juga mencegah pengumpulan lemak pada hati, dengan ini memudahkan pembuangan toxic dari hati.

5. OMEGA GUARD: Meningkatkan metabolisme dan mempercepatkan process pembakaran lemak terutamanya pada sekeliling organ dalam dah juga saluran darah. Ia juga meningkatkan sensitiviti insulin dalam badan, ia dapat mengawal penyimpanan lemak dlam badan.

6. HERB-LAX: Membantu membersihkan system perkumuhan dengan sempurna. Dengan bantuan daun senna dapat merangsang pergerakkan usus dan membuang najis-najis lama yang tersekat. Dengan adanya usus yang bersih, ia membantu lagi penyerapan zat/ nutriet dengan lebih berkesan. * Boleh mula sekarang sebelum puasa.

Ramai yang sudah menikmati kesan kurus dengan Set Hello New You ni. 


Kalau ada yang boleh mengurangkan berat badan 20kg dalam 2 bulan, why not kita usahakan 10kg dalam sebulan kan? 10 kg tu pon comfirm lompat bintang kan kita. 😂  Macam rakan seperjuangan saya, AMIRAH jADILAH yang dah turun 12kg dengan Set Kurus Shaklee ni. Menarik kan?

So let START!
Let have a HELLO NEW ME by the end of Ramadhan.

Jom whatsapp saya dan dapatkan Set Kurus ini sebelom terlambat.


P/s: Dengan set ini juga jika kita istiqammah, lepas raya pon tak perlu risau berat naik mendadak ye.


#PengedarShakleeElmina
#BlogMegaShakle2.0
#ShakleeTriumph2023
#ShakleeThrive2023


*These statement have not been evaluated by the FOOD and Drug Administration. These products are nit intended to diagnose, treat,cure or prevent any disease.. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan dinasihati untuk mendapatkan rawatan/konsultasi dari Doktor atau mana-mana pakar perubatan bertauliah.

Tuesday, 14 February 2023

SET KURUS SHAKLEE

Semasa BLNC 2023, haritu terdapat speaker Micheal Tan Cun menceritakan pengalaman beliau menurunkan berat badannya 20kg dengan menggunakan set Hello New You disamping mengamalkan Intermittent Fasting.

Kebanyakkan kita, bila fikir nak turun kan berat badan/ kurus ni mesti fikir diet; kurang makan, jangan makan dengan kuantiti yang banyak, puasa dan sebagainya.
Tapi terfikirkah kita, bila kita kurang makan meaning badan kita juga kurang zat. Dari mana kita nak dapat zat jika bukan dari makanan kan? Dan dari apa yang kita makan, cukupkah zat-zat penting masuk dalam badan kita?

Di sini, Shaklee ada memperkenalkan set Hello New You atau dikenali Set Kurus Shaklee. Set ini mengadungi Cinch, Lechitin , Omega & Herb Lax.  
Set kurus shaklee

Cinch Shake merupakan minuman yang berasaskan protein berfungsi sebagai meal replacement sepanjang process menurunan  berat badan. Pengambilan Cinch akan memberikan rasa kenyang yang memuaskan. Istimewa Cinch Shake ini adalah kerana mengandungi Leucine. Fungsi leucine ini menjaga jisim otot dimana ia bertanggungjawap untuk pertumbuhan otot dan mengekalkan pertumbuhan otot tersebut. Biasakan kita lihat apabila seseorang itu menurunkan berat badan dari besar ke kurus, perut & lengan mula lembik (flabby). Inilah yang dikatakan otot badan juga hilang ketika process menurunkan berat badan ni. Tak bagus ye kengkawan. Otot sangat penting untuk badan kita.

Kedua, kita juga memerlukan nutrient yang membantu kita memecahkan lemak dalam badan. Inilah fungsi Lechitin. Lechitin diestrak dari kacang soya tanpa menggunakan pewarna, mengawet atau pemanis. Lechitin boleh mengemulsikan/ mengurai
 lemak- lemak kepada size yang lebih kecik supaya mudah disingkirkan. Ia jugak menecegah mengumpulan lemak dalam hati dah menyingkirkan tosin dari hati.



Selain dari Lechitin, Omega Guard juga memainkan peranan penting untuk penyingkiran lemak. Omega Guard ini memainkan peranan penting dalam pembakaran lemak yang termendap. Lemak-lemak degil dibawah kulit, dalam salur darah & lemak yang berkumpul disekeliling organ. Sebab itu, Lechitin & Omega Guard ni bila bergabung, ia lebih mempercepatkan penyingkiran lemak.Bukan itu sahaja fungsi Omega Guard  dalam set kurus shaklee ni, ia juga mengingkatkan paras hormon Leptin, iaitu sejenis hormon yang mengawal selera makan. Leptin ini juga meningkatkan metabolisme, sekali gus membantu pembakaran lemak dalam badan. Fungsi ketiga Omega ini juga adalah ia membantu meningkatkan kadar rangsangan sensitiviti insulin dalam badan. Apabila kadar insulin rendah, pembakaran lemak-lemak terkumpul akan berlaku untuk ditukarkan kepada tenaga. Ini yang kita mahukan.

Herb-lax pula merupkan campuran tumbuh-tumbuhan (herbs) semulajadi. Salah satu ramuannya adalah daun senna, yang merupakan salah satu bahan laksatif semulajadi. (Laksatif =Bertindak bagi mempercepatkan menyingkiran makanan tidak hadam dengan sempurna) . Bagaimana dia berfungsi? Dengan merangsang pergerakkan usus, maka ia dapat melancarkan process perkumuhan dengan sempurna. Ia juga dapat membuang najis-najis lama yang tersekat dan tersimpan lama dalam tubuh. Oleh itu, segala toxic dalam badan jugak dapat dibuang. Uniknya Herb-lax ini, dia bukan macam julab ya, makan terus nak cari toilet. Dia membersihkan usus secara lembut, dia hanya berkesan 8-12 jam setelah mengambilan. Sebab itu, Herb-lax ini disaran ambil sebelum tidur ya.
supaya lancar perjalanannya esok pagi.
 
Set Kurus Shaklee



Disini juga saya senaraikan Vivix dalam set kurus shaklee ini. Kenapa vivix ya?
Ha ini kerana saya katagori kan Vivix ni sebagai super-vitamin.😍 Vivix ini diperbuat daripada 4 jenis tumbuhan yang tinggi antioksidan iaitu muscadine grape, carrot purple, european elderberry dan japaness knotweed. Vivix ini mengandungi Polifenol yang sanagt membantu untuk mengurangkan berat badan. Polifenol ini membantu menaikan metabolisme, meningkatkan sensitiviti insulin dalam badan dan ia akan mengurangkan rasa craving. 

Secara keselurahan, Set Kurus Shaklee ini boleh membantu seseorang untuk menurunkan berat badan. Walaubagaimana pun, ia memerlukan komitmen and usaha yang kuat untuk mencapai berat badan yang diingini. Perlu diingatkan juga penjagaan makanan juga penting dengan mengamalkan konsep suku-suku-separuh.Selain itu juga senaman juga perlu diamalkan bagi mempercepatkan process penuruan berat badan.
Tanpa usaha, macam mana nak dapat hasil kan?

Berminat? Jom hubungi saya.


#MegaBlogShaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#PengedarShakleeElmina

*These statement have not been evaluated by the FOOD and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat,cure or prevent any disease. Pengedar Shaklee Elmina berminat nak beli product Shaklee? Berminat nak JOIN AHLI Shaklee? Nak makan vitamin Shaklee secara PERCUMA? Email: ssarah.hussain@gmail.com. Call/Whatsapp:012-9188995.