Monday 11 September 2023

Keperluan Wanita Mengandung bagi Anak Pertama



Anda Hamil?? TAHNIAH....

Masih segar dalam ingatan ketika saya mengetahui saya hamil. Seronok tak terkata. Mana tidak, bila dapat tahu je ada 'lil hoooman' dalam perut, terus rasa mcm  geli-geli kan perut. Alhamdulillah, rezeki yang diberikan oleh Allah. Dan kita sebagai hambanya perlu la menjaga diri kita serta amanahnya.

Jadi, bagi mereka yang pertama kali mengandung, apakah yang perlu kita ketahui sepanjang 9 bulan perjalanan ini.

Keperluan wanita mengandung perlu tahu.


1. Pakaian yang selesa
Pakai pakaian yang selesa untuk rutin harian kita. Baju tidak terlalu ketat dan juga kain yang 'breathable' sangat penting. Ini kerana apabila berbadan dua ini, ada sesetengah ibu-ibu akan cepat berasa panas & berpeluh. Jadi kain yang breatable seperti cotton sangat membantu diri berasa selesa sepanjang hari. Selain pakaian, kasut juga penting. Kasut yang selesa berjalan dan tidak mengakibatkan kita jatuh itu sangat penting.

2. Nutrisi pemakanan yang lengkap
Apabila kita mengandung, keperluan zat-zat bagi badan sudah tidak sama. Zat-zat yang diperlukan adalah duakali ganda daripada biasa. Mana tidak, badan kita memerlukan zat- zat seperti protein, kalsium, asid folic, omega serta vitamin C  ketika badan kita menhasilkan janin dari sebesar 'biji benih' sehingga sebesar 'tembikai'.😂

Nutrisi lengkap bagi wanita mengandung juga berbeza mengikut fasa/trismester. Bahayanya kekurangan zat ketika mengandung juga boleh memberi kesan kepada kandungan.

3. Hadiri kelas Antenatal
Teringat dulu, masa dalam labour room doctor suruh tarik nafas & hembus macam diajar dalam kelas antenatal.... saya terus panic, apa doc? Kelas apa tu? lain ke tarik nafas dari biasa?😂😂

Itu la dia naifnya saya tak tahu pasal kelas antenatal. Kelas yang memberikan ilmu prenatal buat ibu & ayah supaya dibekalkan ilmu mengenai proces mengandung, process melahirkan anak, menjaga bayi juga menyusukan bayi. Bagi mereka yang mengandung anak pertama sangat disarankan untuk mengikuti kelas ini supaya lebih bersedia.

4. Kurangkan aktiviti berat.
Sudah tentu la bagi yang mengandung anak pertama, kita perlu berjaga-jaga ya. Kurangkan aktiviti berat serta aktiviti lasak. Aktiviti seperti mengangkat barang-barang berat, melompat trampoline, memanjat serta perkara-perkara yang boleh menyebabkan ibu jatuh dan mengakibatkan keguguran.

5. Jauhi makanan tidak masak (raw) & unpesturiezed susu.
Makanan yang tidak masak serta unpesturiezed susu mengandungi bateria atau parasit yang boleh menggangu pembesaran bayi. Lebih membahaya, ia boleh menyebabkan keguguran serta komplikasi yang lebih serious.

6. Exercise dan tidur mencukupi
Walaupun ibu-ibu sudah mengandung, bila dikatakan tidak melakukan aktiviti berat tetapi senaman diri tetap penting dan perlu dilakukan. Senaman-senaman ringan sambil duduk/baring masih boleh dilakukan bagi memastikan badan ibu tetap segar dan berat badan tidak naik mendadak. Exercise boleh membantu kita mengawal emosi serta hormon disamping mendapatkan tidur yang mencukupi.

7. Menyediakan plan/budget bersalin seawal mungkin
Yang ini mungkin ramai yang terlepas pandang, tapi menyediakan budget untuk bersalin sangat penting. Perbelanjaan untuk bersalin sangat besar jika ibu-ibu menginginkan bersalin di hospital yang selesa. Bukan itu sahaja, perlu juga sediakan duit lebih sekiranya perlu melahirkan anak secara C-zer (Emergency Czer). Bukan itu juga, jika dibuat dari awal, boleh juga kita sediakan perbelanjaan untuk confinement lady (Bidan) ketika pantang (Boleh baca dilink sini.)




Jom share apa lagi keperluan wanita mengandung anak pertama perlu kita tahu.😎



*These statement have not been evaluated by the FOOD and Drug Administration. These products are nit intended to diagnose, treat,cure or prevent any disease.. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan dinasihati untuk mendapatkan rawatan/konsultasi dari Doktor atau mana-mana pakar perubatan bertauliah.

No comments: