Thursday, 9 February 2023

TIPS INTERMITTENT FASTING


Intermittent Fasting skang ini merupakan salah satu trend yang famous. Kebanyakkan sekarang IF ini sangat disyorkan bukan sahaja untuk mengurangkan berat badan, tetapi ia juga untuk meningkatkan kadar kesihatan badan. 




Seperti yang kita ketahui, Intermittent Fasting ini sebenarnya adalah Corak permakanan seharian kita dengan berpuasa. Method yang paling dikenali adalah 16:8 method. Dimana 16 jam adalah dimana kita berpuasa dah 8 jam waktu diboleh makan. Dengar macam lama kan berpuasa? heheh.. jgn yg risau.. 16 berpuasa itu termasuk la waktu tidur. 

Walaupun dikatakan berpuasa.. tetapi bukanlah berpuasa seperti di bulan Ramadhan dimana tidak boleh makan dah minum. Intermittent Fasting ini kita masih boleh minum sepanjang masa. Walau bagaimanapun,
kita perlu ingat minuman yang diboleh ketika waktu puasa hanyalah minum yang tidak bergula!. Ya,Teh atau Kopi juga dibenarkan...cuma jangan lupa -- tanpa gula!👌Pendek kata minuman tanpa kalori.

Macam mana pula ketika waktu makan? apa pantang larangan IF  apabila waktu makan?
Ianya bergantung kepada niat asal kita melakukan Intermittent Fasting ini.. sekiranya kita berhajat untuk kuruskan badan, jauhilah makanan berkarbohidrat,berlemak, berminyak. Sekiranya melakukan IF untuk mendapatkan kesihatan yang optimun, makanya kurangkan la makanan berkalori tinggi dan jugak process food. 
Ingat ya.. 4-8 jam kita berpuasa, blood sugar dalam badan kita semakin menurun, jangan la bila berbuka kita melantak sehingga boleh menaikkan blood sugar dalam badan semula. Rugi yer..

Simple explaination dari sihatologi.



Dalam IF ini pasti ada cabaran dan pantang- larangnya.
1. GULA .. aka SUGAR
    Berhenti mengambil Gula bukan la sesuatu yang mudah. Sejak kecik kita sudah terbiasa dengan gula. Gula bukan sahaja dalam minuman.. tepati juga makanan.  Gula dalam makanan yg tinggi inilah yang membuat makanan itu berkatagori makanan yang tinggi kalori. InsyaAllah dengan Intermittent Fasting ini kita cuba untuk menahan diri dari mengambil gula yang tinggi. 

2. Menahan Diri dari lapar.
     Badan yang masih belum biasa dengan Intermittent Fasting ini pasti terasa sangat lapar.. Bukan apa, kita tahu kita bukanla berpuasa seperti di bulan ramadhan, tapi kita hanya berpuasa diwaktu tertentu..  Sebab itu, lakukan IF ini dengan menentukan sendiri waktu berpuasa bergantung pada aktiviti harian  dan juga ambil kesihatan kita sekira ada. Sekiranya seseorg itu masih breastfeeding juga perlu menentukan waktu & jam yang berbeza untuk berpuasa. Sekiranya belom masa untuk makan, cuba tahan diri ya ...

Itu kita dah bincangkan pasal cabaran.. tapi apa pula TIPS nya.

1. Skip BREAKFAST.
  Ini yang selalu dilakukan bagi mengamal Intermittent Fasting, sebab waktu tidur sebelum itu badan sudah dalam mode berpuasa. Hanya tambahkan beberapa jam lagi untuk complete waktu berpuasa.  ( contoh ; Last dinner pukul 7 ptg smlm hingga 7 am seterusnya sudah 12 jam; hanya bebaki 4 jam utk berpuasa). Makanya, breakfast hanya diambil sekali dgn waktu Lunch. 
Mudah kan.

2. Water
     Perbanyakkan minum air kosong. Tahukan anda kadang-kadang badan kita tak dapat mebezakan sama ada kita lapar atau dahaga. Sebab itu apa bila kita berasa lapar, cuba minum air kosong dahulu.. insyaAllah akan hilang rasa lapar. Dan bagi mereka yang sukar untuk minum air kosong, kita boleh minum infuse water ; air kosong + lemon atau air kosong + timun / mint yang akan menaik rasa & bau dlm minuman. Tapi ingat ya tanpa gula!

3. Sibukkan Diri
    Mind over body. Ni la kitakan diversion untuk badan kita. Apa kata cuba sibukkan otak kita dengan kerja-kerja yang tertangguh atau mungkin excersice juga dapat melupakan diri daripada fikir nak makan apa kan? Dan selesai excersice .. teguk la berbotol-botol air kosong. Confirm kenyang. 😅

4. Start Slow.
    Dont compare yourself with others. kalau ada kenalan yang juga melakukan IF ni, jangan banding-bandingkan waktu IF anda. Ingat ya semua bergantung pada badan masing-masing. Bagi yang nak mula mungkin boleh lakukan 12:12. Paling senang - 12 jam berpuasa, 12 jam makan . Cuba kawal diri dahulu dengan gula.. makanan berkarbohidrat dah sebagainya.


Mungkin banyak lagi info-info yang  berkaitan Intermittent Fasting Intermittent Fasting ni yang boleh kita belajar dan sesuaikan dengan diri kita. 




#MegaBlogShaklee #Shakleetriumph2023 #Shakleethrive2023
# Intermittent Fasting
#ESP #Cinch,


*These statement have not been evaluated by the FOOD and Drug Administration. These products are nit intended to diagnose, treat,cure or prevent any disease..  Pengedar Shaklee Elmina berminat nak beli product Shaklee? Berminat nak JOIN AHLI Shaklee? Nak makan vitamin Shaklee secara PERCUMA? Call/Whatsapp:012-9188995.

No comments: