Thursday, 23 February 2023

MegaBlogShaklee1.0

Makcik memang Motor!!!

 
hahahha... tu la dia ayat suami saya beri pada saya bila dia dapat tahu saya berjaya menang hadiah untuk project #MegaBlogShaklee1.0
Siapa sangka kan... setelah lama saya tinggalkan dunia blog ni. Sekali dapat top 15 ya.😎
Alhamdulillah
Pengedar Shaklee Elmina
Bile Upline & Sideline duduk bersama brainstorming


Sebenarnya 2 minggu lepas saya ada mengikuti program MegablogShaklee yang dianjurkan oleh Master Norita & Master Salwa. Program ini hanya dijalankan selama 2 minggu dengan 2 tugasaan. Alhamdulillah banyak juga yang saya dapat belajar sepanjang program ini.

Terus terang saya sebenarnya bukan la seorang yang pakar IT ni..
Blog ini saya ingat hanya satu platform untuk menulis/ meluahkan kata-kata. MasyaAllah rupanya ilmu blog ini lebih dari itu. Dengan program ini saya dapat belajar benda-benda baru dalam blog ini, seperti keyword SEO, macam mana nak link dengan blogger-blogger lain. Cara penyampaian yang berkesan, malah even nak tukar templete, tambah footer semuanya saya baru belajar secara detail.😂😂
Mungkin disebabkan ini la kot, blog saya ni sebelom-sebelom ini bersawang jer.

Selain dari itu, saya tak sangka dalam project ini saya dapat merasakan a good vibration dengan peserta-peserta lain. Mana taknya, bukan saya kenal kesemua peserta-peserta yang ada, hanya segelintir sahaja yang saya kenal. Tetapi support & motivasi yang diberikan ... SubhanaALLah tak sangka sungguh.  Kami berkenalan tanpa rasa segan silu.. kejar - mengejar antara satu sama lain. Selagi tak siap blog tu .. rasa tak senang duduk la pendek kata. Rumah sepah kejab pon takpe la.. janji blog siap 😄. Settle post je back to housechores. #housewifeguilt

Pengedar Shaklee Elmina
Tetap semangat walaupon terpaksa memangku Faris

Disamping itu, program ini dapat membuka minda dan membuang perasaan malu saya untuk berkongsi. Selama ini, saya jarang share/menceritakan kisah hidup saya, hanya pendam pada diri sendiri dah keluarga. Tetapi kali ini ia membuka mata saya untuk berkongsi segala pengalaman saya yang ada. Seperti motivasi pagi di IKIM pagi tadi berkata, pengalaman & kemahiran seseorang haruslah di kongsi bersama sebagai pengajaran kepada orang lain. Betol kan?

Percaya atau tidak program ini juga mengajar kelemahan diri saya sebagai penulis. Kali terakhir buat karangan zaman sekolah kan? hahahahah Kelakar bila kenangkan teman- teman komen bila ada yang buat penulisan secara tesis, terlalu straight forward, terlalu santai ada juga isi tak kesampaian. Takper la, saya sendiri masih belajar benda ni. Sedikit sebanyak kita baiki kelemahan. 

Pada mula saya berniat untuk join program ini hanyalah sekadar untuk belajar ilmu blog dan mengisi masa lapang sahaja. Tak terniat langsung saya untuk menang apa-apa hadiah. Allah Maha Berkuasa..Alhamdulillah, saya tersenarai sebagai top 15 blog yang berjaya memenuhi criteria-criteria yang telah ditetapkan. Dan sebagai ganjaran, saya telah memenangi VIVIX (berharga RM 399) #happyfeetdance

Makcik memang VIvix!

Masih banyak lagi ilmu- ilmu blogging ni yang saya kena belajar. Bersyukur sangat program #MeagaBlogShaklee ini ada kesinambungannya..👍👍
Jutaan terima kasih tak terhingga saya pada Master Salwa & Master Norita yang banyak membimbing kami. Semoga ilmu yang diberi dapat menaikkan semula semangat para pengedar Shaklee diseluruh Malaysia. 
Jom kawan-kawan kita fighting untuk #MegaBlogShaklee2.0 
Never Give UP!


#MegaBlogShaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTrimph2023

*These statement have not been evaluated by the FOOD and Drug Administration. These products are nit intended to diagnose, treat,cure or prevent any disease.. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan dinasihati untuk mendapatkan rawatan/konsultasi dari Doktor atau mana-mana pakar perubatan bertauliah.

No comments: