Sekarang ni business online ni sangat la popular, mudah dan boleh dibawa kemana-mana sahaja. Semuanya dihujung jari.
Dunia digital pula kian meningkat. Yer la kan internet ni wujud lama sudah semakin lama semakin laju gak internet, 3G kepada 4G dan sekarang dah 5G.
Begitu juga la pemasaran di dunia digital. Semakin banyak platform-platform yang ada bagi memasarkan peniagaan kita, contohnya dia Tiktok, IG, FB Ads, BLOG, Google dan macam-macam lagi. Kadang-kadang tu memang tak terkejar kita untuk ikut keadaan semasa.
Walaubagaimana pon, kita perlu tahu basic tips untuk kita mulakan business online. Tak kesah la apajua produk, tetapi apabila langkah permuaan kita betul insyAllah you on the right track.😊
5 Tips Dalam Perniagaan Online
1. Bina audience dari awal.
Bayangkan seorang penyanyi nak buat konsert tanpa war-warkan kepada umum. Tak pernah menyanyi di youtube, atau mana-mana media sosial tiba-tiba terus buat konsert. Anda rasa ada orang nak datang? Silap-silap takde siapa pon.
Bina audience dari awal. Enggage dgn golongan sasaran dari awal. Ini penting untuk built trust. Disini juga penting untuk kita bina database pelanggan.
2. Buat Personal Branding
Personal branding penting untuk kita bina kepercayaan orang lain. Bila orang selalu tengok kita kongsikan hal-hal yang memberi manfaat, secara tak langsung orang akan mula percaya dengan kita. Unlikely untuk kita jadi scammer.
3. Jangan beli lambakan stok
Dengan membeli lambakan stok, maksudnya duit kita akan beku. Kita perlu habiskan dahulu stok-stok yang ada bagi mendapat balik pulangan duit.
Tak salah untuk adakan sedikit stok dirumah, tetapi pelu kita tahu juga product mana yang menjadi kegemaran ramai dan pasti akan habis stok tersebut.
4. Belajar skill pemasaran digital
Dunia digital sekarang sangat laju, dan sangat luas. Ada pelbagai cara untuk pemasaran digital seperti di Ig, Tiktok, FB Ads, blog dan banyak lagi. Untuk kita menaikkan jualan kita, kita perlu tahu selok belok bagaimana untuk kita menaikan audience. Jangan lak kita ikut jer.. orang buat FB ads, kita pon buat juga Tapi sales takde la mencanak naik. Kena tahu ilmunya.
5. Fokus untuk memberi nilai
Bila kita melihat sesuatu laman jualan contohnya di IG, kita tengok asyik post pasal product sahaja. Sedikit sebanyak kita akan rasa boring kan? Sebab itu kita tidak boleh untuk fokus pada product sahaja, sebaliknya fokus pada Nilai.
Kongsikan hal-hal yang bermanfaat pada aundience sedikit sebanyak meningkatkan lagi kepercayaan pelanggan pada kita dan juga product. Berikan tips-tips atau pun kata-kata motivasi.
JOM kita mulakan business online dengan SHAKLEE bersama saya!
You will be our own BOSS!
xoxo
Sarah Hussain
SID: 862703
Pengedar Shaklee Elmina
No comments:
Post a Comment