Mr Bovie turns to Tuan Haji

07:17

Ha... ni nak update dak tecik Mr Bovie ni (gelaran abi panggil tuk Fayyad).
Ni skarang ni dah ada gelaran baru dah.. Tuan Haji.
Nak tahu kenapa?? haaaa gaya dia sekarang dah rupe YB!

Budak setahun 4 bulan ni.. sekarang ni kalau jalan dari hall rumah ke dapur nak carik mommy, tangan letak belakang pinggang.. pastu buat buka serious. Ala-ala YB pantau kawasan.. hahhah
Pastu kalau panggil orang.. dia punya sapa tu.."AAAIIINNGGG" sambil angkat tangan tinggi-tinggi.
Suara lak deras. Boleh bayang kan tak YB kecik berjalan. 😂Tu yang abi dia panggil Tuan Haji tu.

Tuan Haji.. Tuan Haji..
Muka bahagia dpt ais cream kakak Thia.


Semoga membesar nanti cepat-cepat la tunaikan haji kan.

Alhamdulillah, Tn Haji ni membesar dengan sihat. Setahun 4 bulan ni berat dia masih maintain 11.5kg. walaupon kaki dah makin kuat berjalan & panjat.
Gigi yang pertama pon tumbuh masa setahun 3 bulan.. lewat compare dgn abang & kakak dia. Tapi lewat-lewat pon, sekali dia tumbuh 2 batang terus.. dlm sebulan ni keluar terus 5 batang dah Alhamdulillah.. mommy pon takde la rasa bersalah kasi makanan keras-keras skit.😅
Dia sendiri pon dah xmahu makan bubur-bubur ni. Gatal gusi la kot.


Okay kite sambung lagi nanti yer... bovie dah mintak susu lak. 
Alhamdulillah jugak he still fully breastfeed.



*These statement have not been evaluated by the FOOD and Drug Administration. These products are nit intended to diagnose, treat,cure or prevent any disease.. Penghantaran product Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan. Pengedar Shaklee Melawati berminat nak beli product Shaklee? Berminat nak JOIN AHLI Shaklee? Nak makan vitamin Shaklee secara PERCUMA? Email: ssarah.hussain@gmail.com. Call/Whatsapp:012-9188995.

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

My Insta