Wednesday 12 April 2023

Tips Kurus Dengan Cepat

 


Wow.. cun je tengok badan orang-orang korea ni. Pakai baju apa pon nampak cantik je kan. Kulit pon flawless gitew. Tapi boleh tahan ke makan apple je untuk breakfast? Sweet potato je untuk lunch.. takda makanan lain ke?  Ni rugi kalau duduk Malaysia ni.. sebab makan Malaysia semua sedap-sedapppppp..😄

Itu la dia, nak kurus ni kekadang boleh nampak macam mudah je kan?? Tambah kalau tengok iklan-iklan yang ada dipasaran tu tak pikir panjang, terus je beli untuk mencuba kan. Hasilnya tidak menentu la kan.

Nak kurus dengan cepat ni memang boleh dibuat dengan pelbagai cara..
Nak cepat - Boleh je laburkan duit ke mana-mana slimming center atau operate buang lemak. Tapi ini memerlukan pelaburan yang besar ya kan.

Walaubagaimana pon, perlu diingatkan ya nak kurus ni sebenarnya merangkumi 'lifestyle' kita sendiri. Activiti dan permakanan harian perlu dijaga supaya kita dapat memastikan badan kita kurus dan sihat. Kita tak nak berat badan naik n turun macam yoyo kan? Dan labur duit gi slimming world lepas tu tak jaga juga .. naik balik berat.
Rugi...



TIPS KURUS DENGAN CEPAT
  1. Intermitten Fasting (IF) :  Tindakkan pertama bagi membantu kita mengawal nafsu makan. Apabila dalam waktu berpuasa sedikit sebanyak kita menahan nafsu makan. Apabila terasa lapar, kita hanya boleh mengambil minuman tidak berkalori.
  2. Mengurangkan pengambilan gula : Benda wajib yang perlu buat bila kita nak kurus. Apabila kandungan gula semakin tinggi, kalori sesebuah hidangan itu juga tinggi. Dengan kalori intake yang rendah, berat badan semestinya akan berkurangan.
  3. Mengambil air kosong secukupnya: Sebaik-baik air adalah air kosong. Ini kerana air kosong tiada kalori. Zero kalori makanya tiada penambahan berat disitu. Air juga boleh membantu kita berasa kenyang sambil hydrate badan.
  4. Lakukan Senaman : Nak tak nak senaman itu juga penting. Dengan bersenam kita kita akan mengerakkan otot dan meningatkan metabolisme. Senaman juga boleh mengatasi masalah stress yang membawa kepada nafsu makan membuak-buak. 
  5. Tidur yang mencukupi : Sesetengah manusia memerlukan 4-5 jam tidur sahaja mencukupi untuk melakukan aktiviti harian. Manakala ada juga manusia  yang memerlukan 8-9 jam waktu tidur untuk dia cerdas melakukan aktiviti harian. Yang penting juga kita perlu dapatkan deep sleep. Dengan tidur mencukupi, organ-organ dalam kita akan berfungsi dengan baik. 
  6. Pastikan  pengambilan protein mencukupi : Makanan berprotein lebih mengenyangkan berbanding karbohidrate seperti roti, nasi, mee dah sebagainya. 
Fun Fact
Sebagai panduan kita perlu mengambil 2-2.5gram protein bagi setiap kilogram berat badan anda.

Dalam Shaklee juga kita mengeshorkan pengambilan Cinch dan ESP sebagai protein tambahan bagi memastikan protein yang diambil mencukupi. Selain dari itu, pengambilan Omega dan Lechitin juga membantu mencepatkan process pembakaran lemak. 

Secara kesimpulannya, untuk kurus dengan cepat ini semuanya bergantung kepada kitaran kehidupan kita sendiri. Dengan tip-tips yang telah dijelaskan diatas, inysAllah berat badan yang diidamkan akan dikecapi. Walaubagaimana pon, ia juga perlukan dilakukan dengan  KOMITMENT, CONSISTANCE, DISIPLINE & DETERMINATION yang kuat. Sebuah kejayaan itu pasti perlukan pengorbahan kan.

SELAMAT BERUSAHA!




xoxo
Sarah Hussain
SID 862703
Pengedah Shaklee Malaysia


*These statement have not been evaluated by the FOOD and Drug Administration. These products are nit intended to diagnose, treat,cure or prevent any disease.. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan dinasihati untuk mendapatkan rawatan/konsultasi dari Doktor atau mana-mana pakar perubatan bertauliah.

No comments: