Saturday, 16 November 2019

Tips Umrah bersama anak kecil


"Mommy, Thia nak gi umrah lagi la."
Best kan gi Umrah.

Tetiba pagi ni fathia sebut pasal umrah.. teringat pula waktu kami ke umrah di akhir ramadhan lalu.
Rindunya nak pergi rumah Allah lagi. Jangankan kita yang dah besar ni rindu, si anak kecik pon reti rindu akan rumah Allah.

Ramai sahabat terdekat tanya saya pasal tips-tips bawak anak kecik mengerjakn umrah.
Alhamdulillah, berkat izin Allah.. anak-anak mommy semua dah menjejakkan kaki ke rumah Allah sejak dari kecik lagi.

Bagi mommy, tak ada susahnya nak bawak anak kecik melakukan umrah.  Niat dan doa penting supaya Allah permudahkan segala urusan kita. Bagi mommy dua jer tips penting ;-
1. Prepare mentally anak-anak dengan memberi tahu mereka tentang perjalanan. Tunjuk keadaan suasana Mekkah & Madinah daripada azan-azan di tv sudah memcukupi untuk anak-anak memahami.
2. Tolak ansur antara parents dan anak-anak sangat penting.Tambah lagi tolak ansur suami isteri.
Ada masa anak-anak akan penat/jetleg. Ibu atau ayah yang kena mengalah untuk solat dihotel ketika anak-anak berehat seketika, tambah pula bg yang baru sampai  ke tanah suci. Walaupon duduk sahaja dalam flight, tetapi perubahan cuaca dah masa itu sesuatu yang besar untuk anak-anak.

Selain dari itu, pastikan kita bawak botol air anak-anak. Kemana sahaja diisi dengan air zam-zam dan pastikan mereka minum air yang mencukupi. Penting supaya anak-anak tidak mudah dapat demam atau batuk, selesema.

Alat mainan tuk anak-anak kecik? Tak perlu bawak pon.. sebab disana keliling masjid akan ada jual. Nak masuk dalam masjid pon. biasanya pegawai-pegawai dekat pintu tidak benarkan masuk mainan terutamanya yang berbunyi-bunyi. So anak-anak ni.. cawan-cawan air zam-zam pon dah boleh jadi mainan mereka.hehehe

Untuk anak-anak yang baru dapat kaki tu.. untuk keselesaan hati para ibu mungkin boleh la bawak tali ikatan kat badan/tangan tu. Supaya masa solat dapat rasa tenteram skit laaaa.. walaupon bagi saya macam lagi tak kusyuk sbb tangan tertarik-tarik kan.πŸ˜…Rasa lebih baik lagi, waktu solat tu datang awal sikit ke masjid dan cuba dapatkan tempat si saf ujung sekali atau dekat tiang supaya ada ruang untuk anak-anak bergolek-golek. Dan datang awal supaya anak-anak boleh berlari-lari sekejab sebelom saf penuh. Sambil-sambil tu sempat la mommy nak solat sunat ke, baca quran ke, zikir semua la. Bila tiba masa solat, saf akan penuh dah anak-anak dah dalam phasa rehat lepas berlari, time tu pesan suruh rehat sekejab sementara solat... abis solat boleh sambung.

Ubat-ubatan anak-anak jugak penting yer. Sepemerhatian mommy ubat-ubat kat mekah herga dia agak mahal dah jugak dose dia agak tinggi/ kuat. Ubat yang mesti kami bawak selalunya, thermometer, coolfever, ubat demam & ubat batuk/selesema..ni consider yang wajib. Selain itu vitamin wajib bagi anak-anak mommy : Vita-Lea Chewable (Multivitamin), Vit-C Chewable & Nutriferon. Vitamin ni memang setiap hari mommy akan pastikan anak-anak mommy, the FI sibling amik untuk boost their antibody.

Stroller or baby-carrier? Mommy bawak dua-dua, tapi mommy lebih prefer baby carrier sebab rasa lebih secure and anak kecik lebih tinggi. Compare to stroller and berada paras bawah terutama dikelilingi ribuan manusia. Stroller mommy cuba guna bile nak tawaf kidai jer.πŸ˜‚
Even untuk masuk masjid pon, mommy rasa lebih senang pakai baby carrier, specially masa security check.

Here some random picture
MommyFiona mission
Fi sibling bergolek-golek ditepi tiang.

MommyFIonamission
Big Brother yang dah lama niat nak botakkan kepalanya. Tu senyum lebar bile dapat.

Di Masjid Nabawi, see kerusi pon boleh jadi mainan.πŸ˜…

Family photo di pagi Raya 2019.

Ni gambar pada tahun Dec,2017. Umrah yang mommy tak boleh lupakan sebab 3-4 hari sebelom bertolak abg Faiq iman kena demam campak. Debarnya masa nak lepas naik flight sebab hampir ditahan tak lepas, moody dia-nya lagi.. hahahah hanya Allah yang tahu. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan allah.

Muka lepas bawak anak tawaf sunat.. alhamdulilah.
Rindunya la nak pergi lagi ke rumah Allah.
Semoga tips ni membantu mommy diluar sana yang berhajat nak bawak anak kecil ke tanah suci.




*These statement have not been evaluated by the FOOD and Drug Administration. These products are nit intended to diagnose, treat,cure or prevent any disease.. Penghantaran product Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan. Pengedar Shaklee Melawati berminat nak beli product Shaklee? Berminat nak JOIN AHLI Shaklee? Nak makan vitamin Shaklee secara PERCUMA? Email: ssarah.hussain@gmail.com. Call/Whatsapp:012-9188995.

No comments: