“Alang… tok suka susu yang mama bagi kat atuk hari tu, susu tu mak sarah belikan kat mama hari tu..Atuk nak order satu..”
SMS
di atas adalah sedutan mesej yang dikirim oleh seorang aunty suami saya yang
menjaga tok dirumah.
Entri
kali ini saya tulis untuk berkongsi pengalaman pertama tok saya menggunakan ESP
Shaklee.
Tok
berusia 76 tahun dan sangat bergantung kepada ubat gastrik yang dibekalkan oleh
klinik/hospital. Masalah ini telah agak lama berlarutan. Ikhlas saya katakan, tok
sangat sukar untuk menukar rutin dan jadual makanan nya kerana masalah gastrik
akan menyerang setiap kali waktu makannya terlewat atau rutin makanannya
berubah. Saya juga agak risau pada awal nya nak memperkenal kan ESP Shaklee
kepada tok kerana takut sekiranya
berlaku side effect yang tak di ingini. (kalau dia cirit birit atau
pedih perut, tok akan selalu salahkan makanan yang dia makan sebelumnya sebagai
punca). Namun, kisah nya berbeza denga ESP shaklee.
Pagi
ahad tu, mama yang tiba-tiba buat gila. Dia baru dapat stok ESP dan dia bukak
dan isi sedikit ESP kedalam bekas plastik. Kemudian dia bagi kat aunty yang
menjaga tok dan suruh dia bancuhkan ESP tu diam diam tanpa bagitau tok. Sebab
tok tidak akan menerima sebarang perubahan pada pemakanan harian sekiranya ditanya.
Sebelum ni tok memang ade minum susu untuk warga tua, harapan dah doa sahaja
mengiringi supaya dia tidak menyedari. Seminggu selepas tu , saya dapat SMS di atas dari aunty
saya. ALHAMDULILLAH… :-)
Hujung
minggu seterusnya, saya pun pergi ke rumah tok nak menghantar ESP yang dipesan.
Tanpa ditanya tok bercerita. Pedih ulu hati dan masalah gastrik yang kerap tok
alami terasa semakin berkurang. Dengan izin Allah, ESP yang tok minum tiap hari
dari minggu lepas dapat melegakan. InsyaAllah tok ingin terus mengunakan produk
Shaklee dan saya sangat bersyukur kerana produk ini terbukti berkesan dan
testimoni ini datangnya dari family saya sendiri. Lebih mengembirakan tok juga
mahu menerima Mealshake sebagai tambahan dengan rela hati walaupon belom pernah
mencuba.
Nota ringkas:
ESP yang juga merupakan sumber
protein unggul daripada kacang soya merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi
sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan di dalam perut. Di samping
itu, nutrien protein yang terkandung di dalam ESP sangat membantu membina
sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat
dihakis oleh asid hidroklorik berikutan proses pencernaan makanan.
Semua
yang baik itu dari Allah, dan segala kekurangan dari diri saya sendiri. Wallahu
‘A’lam
No comments:
Post a Comment