Wednesday 2 July 2014

First Time Sewing


Nak cerita tentang bermulanya sejarah saya dah jahitan.

Al-maklumlah sebelum nie tak pernah pon pegang mesin jahit.. Setakat nak jahit butang yang tercabut tu reti la jugak kan..hehehe

Bermulanya suatu hari  sedang mencuci-cuci mata di FB, terjumpa satu announcement oleh "Chomel Design" yang mengaturkan kelas menjahit & sulaman minky. Terus saya terpandang bantal Lil BamBam saya yang lunyai. Bukan saja lunyai, tapi size dia pon dah tak padan dengan kepalanya yang semakin besar kan. So, he really needs a new pillow!

Chomel Design memang ada buat custome made pillow untuk jualan. Tapi saya terfikir, daripada spend duit semata-mata nak order bantal.. then delivery ke rumah. Ada lebih baiknya saya pegi kelas, belajar macam mana nak buat. At least ilmu tu boleh diguna pakai sampai bila-bila .. Yer tak??
And the best part is.. all material disediakan. So i got to choose my own!! =D

So, ive arrange the class on Sunday ( memandangkan sunday jer la yang confirm tak ada aktiviti kan - sbb abi kerja sbnrnya) hahaha.. so mummy hasut la Cik Duda join sekali gi kelas jahitan ni. Cik duda yang tangan pengko pon dengan pasrahnya join jugak... wlpn tak minat. hahahha But trust me, by the end of the class- Cik Duda enjoy it too..=)

Kelas di buat kat rumah owner Chomel Design ni di Setiawangsa. Bermula pukul 9 pagi smpi pukul 4 petang.

1. Buat pilihan kain
Kain yang dipilih bertemakan SUPERHERO!
2. Sifu akan ajar kira-kira tuk membuat potongan kain.. Memula tu mmg blur..maklumla kan xpernah menjahit. A new term learn, basi (lebihan kain untuk dijahit). Kiraan & ukuran yang perlu diambil kira semuanya di ajar oleh Sifu. 

Hasil potongan kain..

3. Mulakan jahitan.. Terus Hands-On kau!. hhehehhe but lucky Sifu ader untuk ajar mana salah & silap..


Sulaman bermula.

4. TARAAA... SIAP!

Sesi penyerahan sijil dari Sifu Nani.. Siap Certificate uuu...=p

And the look & excitement on Lil BamBam  having his new pillow made by Mummy with Love is - PRICELESS!!

Mummy Love u Darling!



XoXo

No comments: